Assalamualaikum. Hari ini kita akan kupas topik tentang negara kelahiran Rasulullah ini iaitu Arab. Kali ini, Putera Mahkota Saudi, Muhammad Bin Salman melakukan sesuatu yang menggemparkan dunia Islam lagi. Kontroversi demi kontroversi dilakukannya seakan ingin mencabar dunia Islam dan juga Allah Subhana Wataala. Konsert muzik telah pun diadakan di mana ada penyanyi yang juga bintang porn menyanyikan lagu anti tuhan. Pantai untuk percampuran bebas sedang diwujudkan, dan perkembangan yang lepas adalah penjualan alcohol dibenarkan di sana.
Kali ini, Arab Saudi telah menarik perhatian dengan pengumuman baru-baru ini yang amat mengejutkan kerana ia adalah sesuatu yang mempromosikan maksiat dan kelucahan di tanah bersejarah bagi umat Islam di seluruh dunia itu. Contoh terbaru adalah pertunjukan fesyen baju renang pertama yang telah diadakan di Arab Saudi, yang berlangsung pada hari Jumaat, 17 Mei. Dalam pertunjukan fesyen ini, model-model dengan beraninya berjalan dengan memakai baju renang seksi yang KATANYA mewakili etnik Arab Saudi.
Yasmin Qanzal, seorang pereka fesyen dari Morocco, mempersembahkan rekaan-rekaannya di acara tepi kolam ini. Apabila diminta mengulas tentang langkah bersejarah ini, Yasmin Qanzal menyatakan, “Memang benar negara ini sangat konservatif, tetapi kami cuba menunjukkan baju renang yang elegan yang mewakili dunia Arab.”
Yasmin berkata bahawa apabila mereka tiba, mereka memahami bahawa pertunjukan fesyen baju renang di Arab Saudi adalah detik bersejarah kerana ini adalah kali pertama acara sebegitu diadakan. Dia menambah bahawa ia adalah satu penghormatan untuk terlibat.
Adalah amat memalukan bahawa mereka melabel langkah yang tidak bermaruah ini sebagai detik bersejarah.
Pereka fesyen itu dengan bangganya menyatakan bahawa ini adalah satu penghormatan baginya kerana menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini dan rekaannya adalah mencerminkan dunia arab.
Kebodohan apakah ini? Tidakkah Rasulullah mengajarkan kepada kita betapa pentingnya bagi wanita menutup aurat bahkan ia adalah satu kewajiban di dalam Islam. Atau setidaknya, berpakaian secara sederhana dan tidak menjolok mata adalah amalan yang tidak boleh dinafikan sangat baik bagi semua wanita sekalipun dia tidak beragama Islam. Menurut dunia, semakin terdedahnya tubuh wanita, semakin kompetenlah dia dalam mengejar arus kemodenan.
Mengapa kemodenan dan kemajuan dikaitkan dengan wanita yang memakai pakaian yang semakin kurang? Mengapa ia tidak boleh dinilai berdasarkan peningkatan dalam teknologi, kecukupan di dalam ekonomi, kurangnya kadar perceraian, tiada kebuluran di kalangan kanak-kanak, kebersihan alam sekitar, dan sebagainya? Ini sebenarnya adalah plot oleh syaitan untuk menyesatkan masyarakat dan wanita khususnya, dengan menganggap bahawa memakai pakaian yang menutupi badan adalah simbol perhambaan dan bahawa orang yang memakainya tidak sesuai untuk hidup dalam masyarakat moden.
Seorang wanita beriman harus mematuhi ajaran Quran dan Sunnah yang menjelaskan bahawa wanita beriman harus menutup diri mereka dengan sebaik mungkin. Dengan melakukan ini, dia akan melindungi dirinya daripada pandangan tidak bermoral yang tidak perlu. Dia akan taat kepada suaminya kerana tindakan kecil ini akan membataskan pandangan kecantikannya hanya untuk suaminya. Dia akan menumpukan lebih banyak masa untuk menjaga anak-anaknya daripada membazirkan masa untuk kelihatan cantik bagi orang lain dan yang paling penting, dia akan menjadi lebih dekat kepada Allah Subhana wa Ta’ala.
Pertandingan baju renang ini tidak pernah sesuai untuk diadakan di mana-mana pun di dunia kerana ia hanya merendahkan martabat wanita dan membenarkan dirinya dilihat sebagai objek seks semata-mata. Apa yang menyinggungkan adalah apabila ia diadakan di Arab Saudi, negara paling suci di dunia pada waktu saudaranya diletupkan dan ditindas dengan kekejaman di Palestine sana. Menambah kekecewaan apabila ada umat Islam gembira dengan tindakan terbaharu ini di Arab Saudi dan menganggapnya sebagai tindakan bersejarah. Bersejarah katanya?
Penting untuk diperhatikan bahawa resort tempat pertunjukan fesyen itu diadakan adalah sebahagian daripada Red Sea Global, salah satu projek Giga yang merupakan pusat inisiatif reformasi sosial dan ekonomi Visi 2030 oleh Putera Mahkota Muhammad bin Salman di Arab Saudi.
Sesungguhnya ini adalah visi dan projek yang hanya akan mengundang murka Allah Subhana Wataala. Sejak Muhammad Bin Salman berkuasa, kita telah melihat pelbagai perkara gila yang dilakukannya.Kita tidak tahu apa lagi yang akan dilakukannya pada masa akan datang. Semoga Allah Subhana wa Ta’ala membimbing serta melindungi umat Islam dan hendaklah kita sentiasa berdoa agar terpelihara dari fitnahnya si dajjal. Amiin.
Itu sahaja video kita kali ini. Terima kasih kerana menonton. Sila hempas butang like dan subscribe untuk lebih banyak video tentang perkongsian berkaitan Islam dan juga mukjizat Al-Quran.
Semoga kita berjumpa lagi di video akan datang. Wallahua’lam Bissawaf. Assalamualaikum.







Leave a comment