Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence adalah satu teknologi yang semakin berkembang pesat Ia mempunyai potensi untuk mengubah dunia.. seperti yang kita ketahui. AI sudah digunakan dalam banyak industri antaranya penjagaan kesihatan, kewangan, dan pengangkutan.
Teknologi AI mampu untuk meningkatkan kehidupan kita..dalam banyak cara. Sebagai contoh ia boleh membantu para penyelidik mengumpulkan data dengan cepat dan tepat, membantu membuat keputusan kewangan, bahkan sudah ada teknologi yang boleh memandu sendiri kereta kita.
Walau bagaimanapun AI juga membawa risiko yang besar. Apabila algoritma AI menjadi lebih canggih ia mungkin menjadi sukar untuk dikawal . dan menjadi ancaman kepada umat manusia .
Salah satu risiko yang paling membimbangkan tentang AI .adalah keupayaannya untuk mencipta imej dan video palsu . termasuklah – gambar bogel palsu.
Jadi untuk video kali ini kita akan membincangkan secara ringkas keupayaan teknologi gambar AI ini cara untuk menanganinya.anganinya.
Teknologi ini semakin canggih . dan sudah digunakan untuk membuat kandungan pornografi palsu. Ianya digunakan.. untuk mengugut mangsa bagi mendapatkan sesuatu daripada mereka.
Terdapat banyak laporan tentang mangsa yang menjadi sasaran salah laku eksploitasi kandungan AI palsu di Amerika Syarikat, Sepanyol, dan Britain. Dalam beberapa kes mangsa melaporkan telah dikejar, diintai, dan diperas dengan menggunakan gambar bogel palsu mereka yang dijana menggunakan AI.
Ini adalah isu yang sangat serius yang boleh mempunyai akibat yang sangat teruk bagi mangsa yang terlibat. Teknologi ini sangat mudah untuk digunakan dan sesiapa pun boleh mengendalikannya walaupun hanya pelajar sekolah rendah.
Perlu diingatkan bahawa gambar yang dihasilkan oleh AI semakin canggih sehingga hasil gambar yang dijana darinya terlau realistik sehingga sukar untuk dibezakan mana yang benar dan mana yang palsu. Jika ianya digunakan secara salah, kejadian seperti buli siber, peras ugut dan sebagainya akan semakin berleluasa.
Dan mangsanya tidak lain adalah wanita. Rachel yang merupakan seorang pempengaruh di TikTok adalah salah seorang mangsa pemerasan di mana penjenayah menggunakan gambar bogel palsunya untuk memerasnya dan mengancam akan memaparkannya dalam talian jika dia tidak mematuhi tuntutannya .
Untuk mengurangkan risiko penyalah gunaan AI, adalah penting untuk menyedari bahayanya dan mengambil langkah-langkah untuk melindungi diri kita sendiri.
Beberapa cara untuk melakukan ini termasuk berhati-hati dalam berkongsi maklumat peribadi dalam talian, menggunakan kata laluan yang kuat, dan berwaspada terhadap tanda-tanda gangguan atau pemerasan.
Islam juga menggalakkan kita untuk sentiasa menutup aurat disamping menjaga tatasusila kita apabila berkongsi video atau gambar di media sosial.
Islam sentiasa menuntut umatnya untuk sentiasa mengamalkan kesederhanaan di dalam kehidupan sehari-hari.
Kesederhanaan yang digariskan terhadap wanita bukanlah untuk menindas atau menafikan hak mereka untuk berketrampilan.
Tetapi haruslah mematuhi syarak bagi memelihara kehormatan mereka sendiri dan dapat mengelakkan diri dari menjadi mangsa salah laku bagi golongan yang bertuhankan nafsu serakah mereka semata-mata.
Kesimpulannya, walaupun AI mempunyai potensi untuk membantu kehidupan kita, ia juga membawa risiko yang sangat besar. Sebagai seorang Muslim, kita diajar untuk sentiasa berfikir tentang akibat tindakan kita dan sentiasa berusaha untuk melakukan kebaikan.
Penting untuk menyedari risiko yang timbul dari teknologi ini dan mengambil langkah-langkah untuk melindungi diri kita dan komuniti dari bahaya.”
Ini termasuklah berhati-hati dengan gambar yang dikongsi disosial media. Seboleh-bolehnya haruslah mematuhi syarak dengan tidak mendedahkan aurat bagi mengelakkan eksploitasi yang tidak diinginkan. Lebih selamat jika tidak dikongsikan langsung.
Kita harus mengambil masa untuk merenungkan risiko dan manfaatnya, dan mempertimbangkan sama ada ia selaras dengan nilai dan prinsip kita sebagai seorang Muslim.
Bagi seorang lelaki kita kena sentiasa harus menjaga penglihatan kita dan tidak melihat wanita sebagai objek seks semata-mata.
Dengan mengambil langkah-langkah ini, kita dapat membantu memastikan bahawa AI digunakan untuk faedah manusia dengan cara yang selamat dan etika, sambil mengurangkan risiko dan bahayanya.







Leave a comment