Pengenalan
Ahli sains dan ahli kosmologi menggunakan teori ‘Big Bang’ untuk menerangkan bagaimana alam semesta terbentuk.
Walaupun ada yang menolak teori ini, ‘Big Bang’ adalah teori yang diterima luas berdasarkan bukti pemerhatian dan eksperimen yang dikumpulkan oleh para saintis selama beberapa dekad. Al-Quran mengandungi ayat yang berkaitan dengan asal usul alam semesta ini:
Surah Al-Anbya’ 21:30
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya?
The Big Bang

Setakat ini, teori Big Bang adalah penjelasan utama yang diterima luas tentang bagaimana alam semesta bermula. Ia mengatakan bahawa alam semesta seperti yang kita ketahui bermula dengan titik tunggal yang sangat panas dan padat. Kemudian pada satu detik, berlakunya letusan besar yang dipanggil Big Bang yang kemudiannya terus berkembang pada satu kadar yang boleh diukur.

Alam semesta bukan sahaja berkembang, tetapi ia berkembang lebih cepat pada kelajuan yang lebih laju dari cahaya. Ini bermakna semua galaksi dan planet yang berada di angkasa raya semakin menjauh dan terus menjauh sejajar dengan masa yang semakin beredar. Teori ini dikukuhkan oleh pemerhatian Edwin Hubble bahawa semua objek angkasa semakin menjauh antara satu sama dengan menggunakan rakaman dari Teleskop Hubble pada 1920 di mana dia memerhatikan bahawa terdapat hubungan antara jarak galaksi dari Bumi dan anjakan merahnya atau “red-shift”. Keadaan ini dipanggil sebagai Inflation.
Allah Dah Sebut Dahulu

Adh-Dhariyat 51:47
Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.
Ayat ini merupakan salah satu bukti lain yang menunjukkan bahawa Allah-lah yang telah mencipta alam semesta ini. As-Seikh Said Hawa di dalam Al-Asas fi al-Tafsir, seperti yang dipetik oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard di dalam blognya beliau berkata, “Maksud ayat ini adalah langit ini Allah akan jadikan dalam keadaan mengembang secara berterusan ataupun Allah jadikan ia luas”
Jika proses ini diterbalikkan, maka pengembangan galaksi tadi akan semakin mendekat dan terus mendekat sehinggalah bertemu di satu titik atau dipanggil sebagai singularity. Jadi secara praktikalnya, Bumi yang kita diami ini benar-benar bercantum dengan objek angkasa lain di seluruh galaksi di peringkat awal letusan Big Bang!
Quran 21:30
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya?
Persamaan yang jelas antara ayat al-Quran dan ‘Big Bang’ adalah menakjubkan! Bagaimanakah sebuah kitab yang diturunkan di padang pasir Arab lebih daripada 1400 tahun lalu dapat mengandungi kebetulan yang dapat dipadankan secara saintifik ini? Walhal jika diteliti hasil tulisan lain samaada dari kitab suci agama lain ataupun kajian bintang yang ada pada zamannya tidak akan ada sebarang kenyataan yang setara dengan wahyu Allah ini.
Kesimpulan
Tidak mungkin semua ini adalah kebetulan melainkan dengan izin Allah yang telah mewahyukan ilmu pengetahuannya kepada Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Namun harus diingatkan juga untuk tidak terlalu taksub dgn sebarang teori dari golongan yang tidak mempercayai Tuhan ini. Ini kerana pada saat saya menulis sedang hangat diperdebatkan tentang teori multiverse dan sebagainya.
Sesungguhnya, hanya Allah jualah pemilik segala ilmu dan pengetahuan.
Teologi Pembelaan Isu Mukjizat
| Linguistik | Astronomi | Biologi | Entomologi | Oceanografi | Geologi | Fizik |
Rujukan:
[1]Johnson, S. (2022, April 19). Lawrence Krauss on “Seeing” The Early Universe. Big Think -|www.bigthink.com/hard-science/lawrence-krauss-on-looking-back-in-time-on-the-early-universe/
[2] Georges Lemaitre: Father of the Big Bang | AMNH. (n.d.). American Museum of Natural History -|www.amnh.org/learn-teach/curriculum-collections/cosmic-horizons-book/georges-lemaitre-big-bang
[3] Tafsir Ibnu Katsir, Jilid 7. (2005). Niaga Swadaya. p543
– Allah berfirman seraya mengingatkan penciptaan alam uluwwi (bagian atas) dan alam sufli (bagian bawah), “Dan langit itu Kami bangun.” Maksudnya, Kami jadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara, dan tinggi. Dengan kekuasaan,” maksudnya dengan kekuatan.
[4] Howell, E., & May, A. (2023, July 26). What is the Big Bang Theory? Space.com. |www.space.com/25126-big-bang-theory.html
[5] Wikipedia contributors. (2024, January 1). Redshift. Wikipedia. |https://en.wikipedia.org/wiki/Redshift
[6] Evidence for the Big Bang | The Schools’ Observatory. (n.d.). |https://www.schoolsobservatory.org/learn/astro/cosmos/bigbang/bb_evid
[7] Krauss, L. M. (2012). A Universe from Nothing: Why There Is Something Rather Than Nothing. Simon and Schuster. [pdf] p166, p22
[8] Naik, Z. (2007). The challenge of the Quran. In The Qur’ân & Modern Science: Compatible or incompatible? essay, Darussalam.
[9] The Creation of the Universe – The Brihadaranyaka Upanishad – Chapter I. (n.d.). https://www.swami-krishnananda.org/brdup/brhad_I-02.html
[10] Tafsir Ibnu Katsir. (2005). Niaga Swadaya. p543, p544







Leave a comment