Pengenalan
Berabad yang lalu, terdapat banyak karya yang hebat menjelaskan mengenai bentuk muka Bumi dengan kepercayaan umum bahawa Bumi berbentuk datar dan rata seperti dulang. Ketamadunan purba percaya bahawa Bumi adalah rata dan pegun kerana mereka tidak mempunyai keupayaan untuk memerhati ufuk melengkungnya Bumi dari ketinggian sekurang-kurangnya 10.7km, di mana penempatan tertinggi yang pernah di rekodkan sepanjang sejarah adalah di La Rinconada, Peru pada ketinggian sekitar 5km lebih sahaja.
Pemerhatian manusia apabila melihat pergerakan Matahari yang seolah-olah keluar dari hujung ufuk timur menguatkan persepsi bahawa Bumi sememangnya datar. Ini adalah kepercayaan yang biasa di kalangan masyarakat Mesopotamia, Sumeria, Greek kuno, serta di India, China, dan dalam berbagai budaya orang asli. Pandangan ini senada dengan Thales, yang dianggap oleh para pengkaji sejarah sebagai ahli falsafah Greek terhebat di zamannya.

Tidak ketinggalan juga Ptolemy seorang lagi ahli astronomi Greek yang hidup beberapa abad sebelum kelahiran Rasulullah SAW. Terdapat juga kenyataan di dalam kitab agama lain yang mengatakan Bumi berbentuk leper diletakkan di atas gajah yang berdiri di belakang seekor kura-kura dan juga Bumi berbentuk datar yang diselubungi kubah yang memisahkannya dari laut langit dan diletakkan di atas suatu dasar seperti mana yang terdapat di dalam Torah orang-orang Yahudi.


Galileo Galilei adalah satu sosok yang tidak asing lagi. Atas bidaahnya yang mendakwa Bumi mengorbit Matahari, Galileo dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Gereja Roman Katolik pada tahun 1633.
Kemajuan Manusia

Kemajuan dalam teknologi selama berabad-abad berikutnya, disertai dengan pemerhatian, penjelasan logik dan matematik masyarakat umum, ahli agama dan ahli sains telah menerima bahawa bumi bukan berbentuk datar. Ini dikuatkan lagi dengan pengesahan visual mengenai sifat sfera Bumi dapat dilakukan apabila manusia mula melepaskan teleskop keruang angkasa dan juga menjejakkan kaki ke bulan.
Namun dewasa ini, di negara Barat polemik Bumi datar ini kembali semula menjadi topik perbahasan. Ditambah lagi dengan sikap mereka yang semakin menggila menafikan sains dan memutar-belitkan fakta dengan paranoia bahawa pemikiran mereka sedang dikawal oleh kerajaan. Bagi kita umat Islam, kembali kepada Al-Quran dan sunnahnya adalah jawapan terbaik, untuk dijadikan sebagai panduan, ikutan dan mencari jawaban terhadap sebarang persoalan.
Polemik Isu Ini Di Dalam Al-Quran

Terdapat banyak ayat Al-Quran seperti di dalam surah Surah al-Baqarah (22), Surah al-Hijr (19), Surah al-Nazi’at (30) dan banyak lagi yang seolah-olah memberikan gambaran bahawa Bumi ini datar. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah pun mengeluarkan fatwanya berserta huraian melalui laman webnya berhubung isu ini.
Sementara itu, mari kita telusuri isu ini dari segi bahasa menggunakan kamus Bahasa Arab online untuk memberikan nilai tambah dalam kita memahami keindahan isi Al-Quran.
Almaany & Lexicon


Sebagai permulaan, untuk lebih memahami perkataan ini kita akan menggunakan Almaany.com. Ini adalah projek laman web kamus Arab online dengan penyertaan dari beberapa negara Arab seperti Jordan, Turkey dan Mesir. Terjemahan terus dari kamus di laman ini akan memberikan makna yang boleh terkandung di dalam sesuatu perkataan bergantung kepada konteks ayat yang digunakan.
Kita perlu menukar kategori sesuatu perkataan itu untuk mendapatkan makna dalam konteks yang tepat. Kamus ini juga akan memberikan kata dasar atau perkataan asal bagi sesuatu perkataan yang digunakan. Sekarang mari kita teruskan dengan mencari Surah Az-Zumar ayat 5 di dalam Quran.Com.

Laman ini memberikan terjemahan perkataan demi perkataan sepertimana yang saya tunjukkan di sini. Selepas kita copy perkataan tadi dari Quran.Com, kita paste pula di dalam Almaany.Com. Terjemahan terus sahaja sudah memberikan gambaran bahawa ayat tadi membawa maksud sesuatu yang bulat; ball, conglobe, englobe. Semua perkataan ini membawa maksud bulat, atau membulatkan.

Jika dilihat di sini, kata dasar bagi يُكَوِّر adalah كَوَّرَ . Di sini tiada maklumat lain yang boleh diperolehi. Dalam kes seperti ini, kita perlukan lexicon. Lexicon sebenarnya adalah kamus tetapi daftar katanya lebih luas dan terperinci. Di dalam web ini, ada terdapat Lexicon Lane yang mengumpulkan semua daftar kata Bahasa Arab yang terkandung di dalam semua kamus dan terjemahan yang pernah diterbitkan di negara-negara Arab dan diterjemahkan ke bahasa Inggeris.

Huraian terjemahan perkataan “Kawwiru,” كَوِّر membawa maksud “melilit serban di atas kepala”. “ia juga membawa maksud melilit berkali-kali di atas kepalanya”.

Maksud perkataan ini hanya sesuai diaplikasikan pada permukaan yang bulat atau sfera, berpadanan dengan idea bahawa Bumi sesuatu yang berbentuk bulat. Maksud saya, kita tak boleh balut serban pada pinggan yang leper betul kan?
Sekarang mari kita hayati ayat seterusnya, Surah Luqman 31:29:

Dengan menggunakan Lexicon yang sama, perkataan ini memang membawa maksud memasukkan. Untuk memahami kenapa perkataan ini boleh memberi klu bahawa Bumi bulat mari kita gunakan contoh yang diberi.

Mari bayangkan situasi gerakan kita masuk ke dalam rumah. Kita tidak akan muncul secara serta merta di dalam rumah seperti teleport. Sebaliknya jika kita melakukan gerakan perlahan, muncung hidung kita akan masuk dahulu kemudian disertai dengan muka bersama-sama dengan bahagian depan badan. Badan kita akan beransur-ansur masuk sepenuhnya dari bahagian depan badan hinggalah terakhir punggung kita.

Sekarang mari kita lihat gambar ini, lampu diandaikan sebagai matahari di mana cahaya “siang” perlahan – lahan memasuki “malam”.

Rajah di bawah apabila matt ini diratakan.

Hamparan
Al-Qur’an mengatakan bahawa Allah telah menjadikan bumi untuk kita seperti hamparan. Adakah ini memberi petunjuk bahawa bumi adalah rata? Soalan ini merujuk kepada Surah Nuh:
Surah Nuh 71:19
Dan Allah telah menjadikan bumi untuk kamu sebagai hamparan.
Mesej yang serupa diulang dalam Surah Taha:
Surah Taha 20:53
(Dia lah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan…
“[It is He] who has made for you the earth as a bed [spread out]“
Hamparan Sebagai Alas Di Atas Kerak Bumi Yang Cair
Permukaan bumi iaitu kerak bumi adalah kurang daripada 30 batu tebalnya dan sangat nipis berbanding dengan jejari bumi yang kira-kira 3750 batu. Lapisan bumi yang lebih dalam sangat panas, cair, dan tidak sesuai untuk sebarang bentuk kehidupan. Kerak bumi adalah cangkerang yang telah beku di mana kita dapat hidup. Al-Qur’an dengan tepat merujuk kepada ia seperti hamparan yang terbentang, supaya kita boleh berjalan melalui jalan-jalan dan lorong-lorong di atasnya. Tanpa “hamparan” ini, kita akan terjerumus ke dalam kerak Bumi yang panas dan cair.
Hamparan Tidak Semestinya Di Atas Permukaan Rata Sahaja
Hamparan boleh sahaja dibentangkan di atas permukaan yang tidak rata.
Sedar tak tidak ada satu pun ayat dalam Al-Qur’an yang mengatakan bahawa bumi itu rata. Al-Qur’an hanya membandingkan kerak bumi dengan hamparan. Sesetengah orang mungkin berfikir bahawa hamparan hanya boleh diletakkan di atas permukaan yang benar-benar rata. Sebenarnya, hamparan boleh sahaja dibentangkan di atas bola besar. Hamparan juga boleh sahaja diletakkan di atas permukaan tangga. Apa masalahnya?

Hamparan biasanya diletakkan di atas permukaan yang tidak begitu selesa untuk berjalan. Al-Qur’an menggambarkan kerak bumi sebagai hamparan, tanpa itu manusia tidak akan dapat bertahan kerana persekitaran yang panas, cair, dan tidak sesuai di bawahnya. Oleh itu, Al-Qur’an bukan sahaja rasional; ia menyebutkan fakta saintifik yang hanya ditemui oleh ahli geologi berabad-abad kemudian.

Bumi Terbentang Luas (Spread Out)
Tambahan kepada hujah bagi terjemahan bahasa Inggeris yang menyebut hamparan sebagai “spread out”. Well, ini adalah metafora. Banyak je benda boleh terbentang luas dan ia tidak membawa sebarang makna samaada ia terbentang di atas bola, sesuatu yang rata, ataupun di ruang angkasa luas yang tidak terbatas. Easy.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, apabila kita menelusuri isu ini menggunakan tafsiran dan sumber yang sahih, kita dapat melihat bahawa Al-Qur’an tidak pernah secara langsung menyatakan bahawa bumi itu datar. Sebaliknya, ia menggunakan bahasa yang halus dan mendalam, menggambarkan sifat bumi sebagai sesuatu yang terbentang, tanpa sebarang percanggahan dengan pemahaman sains moden.
Melalui penggunaan kamus bahasa Arab dalam talian seperti Almaany, kita dapat melihat bahawa perkataan-perkataan yang digunakan dalam Al-Qur’an, seperti “yukawwiru” dalam Surah Az-Zumar, jelas menunjukkan bahawa bumi ini berbentuk sfera. Ini menunjukkan bahawa Al-Qur’an bukan sahaja relevan dengan penemuan saintifik semasa, malah ia merupakan satu mukjizat yang mengandungi pengetahuan yang luar biasa untuk umat manusia, meskipun ia diturunkan lebih dari 1,400 tahun yang lalu.
Marilah kita terus mendalami Al-Qur’an dengan pemahaman yang lebih luas, memanfaatkan teknologi dan tafsiran yang ada, untuk memperkukuhkan keimanan kita dan menjawab segala persoalan yang timbul dengan cara yang penuh hikmah. Dengan ini, kita dapat terus meningkatkan pengetahuan kita, serta menyebarkan kebenaran dalam masyarakat kita.
Teologi Pembelaan Isu Mukjizat
| Linguistik | Astronomi | Biologi | Entomologi | Oceanografi | Geologi | Fizik |
Rujukan:
- Baugh, L. S. (2023, December 19). Flat Earth | Theory, model, Meaning, & Facts. Encyclopedia Britannica. https://www.britannica.com/topic/flat-Earth
- Thales | COSMOS. (n.d.). https://astronomy.swin.edu.au/cosmos/T/Thales
- Hannam, J. (2023, September 22). A square, flat earth and round heaven meant the world to ancient China. Atlas Obscura. https://www.atlasobscura.com/articles/flat-earth-ancient-china
- McGlathery, G. (1980). Towards a Flat Earth Theory. Science and Children, 17(4), 13–15. http://www.jstor.org/stable/43160440
- Wikipedia contributors. (2023, December 23). World Turtle. Wikipedia. https://en.wikipedia.org/wiki/World_Turtle
- History of Mathematical Astronomy in India | Encyclopedia.com. (n.d.). https://www.encyclopedia.com/science/dictionaries-thesauruses-pictures-and-press-releases/history-mathematical-astronomy-india#hmaien33
- Lindegaard Knudsen, T. (2021). Three Purāṇic statements on the shape of the earth. History of Science in South Asia, 9, 128-166. https://doi.org/10.18732/hssa55
- Bible; New International Version:
Flat Earth
i – Job 28:24
24 for he views the ends of the earth and sees everything under the heavens.
ii – Matthew 4:8
8 Again, the devil took him to a very high mountain and showed him all the kingdoms of the world and their splendor.
iii – Psalms 75:3
3 When the earth and all its people quake, it is I who hold its pillars firm.
iv – Revelation 7:1
1 After this I saw four angels standing at the four corners of the earth, holding back the four winds of the earth to prevent any wind from blowing on the land or on the sea or on any tree.
v – Daniel 4:10-11
10 These are the visions I saw while lying in bed: I looked, and there before me stood a tree in the middle of the land. Its height was enormous. 11 The tree grew large and strong and its top touched the sky; it was visible to the ends of the earth
Earth in circular shape
vi – Isaiah 40:22
22 He sits enthroned above the circle of the earth,
and its people are like grasshoppers.
- New King James Version
Earth standing on a base/pillars/foundation
i- Psalms 104:5
You who laid the foundations of the earth,
So that it should not be moved forever,
- Complete Jewish Bible:
Earth have dome
i – 6 God said, “Let there be a dome in the middle of the water; let it divide the water from the water.” 7 God made the dome and divided the water under the dome from the water above the dome; that is how it was, 8 and God called the dome Sky. So there was evening, and there was morning, a second day.
- Jesus Christ Flat Earth – the truth of the Creator and His Creation. (n.d.). http://jesuschristflatearth.com/
- Zainal, F. (2021, April 29). “Makin dibaca Al-Quran itu, makin aku yakin Bumi ini datar” ROTIKAYA. https://www.rotikaya.com/makin-dibaca-al-quran-itu-makin-aku-yakin-bumi-ini-datar/
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan – BAYAN LINNAS SERIES 166: FLAT EARTH POLEMIC: AN ISLAMIC PERSPECTIVE. (2019, February 17). https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/3127-bayan-linnas-series-166-flat-earth-polemic-an-islamic-perspective
- Wikipedia contributors. (2024b, January 3). Almaany. Wikipedia. https://en.wikipedia.org/wiki/Almaany
- Wikipedia contributors. (2023a, December 1). List of highest settlements. Wikipedia. https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_highest_settlements
- Ancient-Origins, & Ancient-Origins. (2019, January 3). Flat Wrong: The misunderstood history of flat Earth theories. Ancient Origins Reconstructing the Story of Humanity’s Past. https://www.ancient-origins.net/news-science-space/flat-earth-0011265
- The Editors of Encyclopaedia Britannica. (2024, January 25). Coriolis force | Description, Examples, & Facts. Encyclopedia Britannica. https://www.britannica.com/science/Coriolis-force
- Galileo | Biography, Discoveries, Inventions, & Facts. (2024, January 4). Encyclopedia Britannica. https://www.britannica.com/biography/Galileo-Galilei/Telescopic-discoveries







Leave a comment