This website is bilingual

Al-Quran Di Dalam Salur Kumbahan

Posted:

Edited:

Author:

Melayu | English

Pada awal tahun 2023, pernah viral di mana banyak naskah Al-Quran di temui di dalam longkang di Lombong Seri Murni, Selayang, Gombak, Selangor. Sebagai Muslim, ini tentunya amat menyedihkan dan kita hanya mampu berdoa agar pelaku yang buat kerja macam ni mendapat balasan daripada Allah ataupun setidaknya, diberikan hidayah oleh Allah Subhana Wata’ala. Tapi anda nak tau tak, sebenarnya ada beberapa insiden macam ni berlaku di negara Islam lain. Yang lebih memeranjatkan, di Arab Saudi.

Keratan skrin dari web tempatan yang memaparkan berita kejadian

Sebenarnya, kejadian ini berlaku di bandar Taif. Walaupun ini cerita lama, tapi baru-baru ini dia jadi persoalan balik di laman Quora. Ta’if sebenarnya adalah bandar bersejarah yang pernah membuatkan Rasulullah berduka kerana dakwah baginda ditolak oleh penduduk di situ. Di dalam sirah, dakwah Rasulullah bukan sahaja di tolak, malahan diusir dari bandar itu dan sewaktu berjalan keluar, baginda telah dibaling batu oleh orang-orang di sana sehingga baginda luka-luka dan darah bertakung di capal baginda.

Di dalam sebuah hadis diriwayatkan Bukhari, sewaktu Aishah Radiallahu Anha bertanya kepada Rasulullah jika ada hari yang lebih dahsyat dari perang Uhud, Rasulullah menjawab dengan menceritakan peristiwa di Ta’if. Kisah yang dirakamkan di dalam Sahih Bukhari ini menyebut betapa Rasulullah terlalu sedih dengan apa yang berlaku di sana sehinggakan Malaikat Jibril menawarkan untuk menghancurkan bandar itu dengan dua buah gunung. Baginda menolak tawaran itu dan berdoa agar anak-anak mereka beriman kepada Allah. Kisah ini sekadar mengimbau sirah yang pernah berlaku di Ta’if.

Berbalik kepada cerita Al-Quran dibuang ke dalam saluran kumbahan tadi, sebagai seorang Muslim sudah tentu kita akan berasa sangat sedih dan hairan. Kita tak hairan jika ianya berlaku di negara bukan Islam. Ada banyak je peristiwa-peristiwa menghina ayat suci Allah ini dilakukan dengan tujuan untuk memprovoke orang-orang Muslim supaya bertindak melulu, seperti membakar Al-Quran, memijak Al-Quran, menghina isi kandungan Al-Quran dan sebagainya. Kemudian dikatanya kita ni pengganas dan barbaric.

Tetapi apa yang menghairankan adalah ini:

Lelaki Arab memijak helaian Al-Quran

Di dalam video YT saya, ada menunjukkan seorang lelaki yang bercakap dalam Bahasa Arab memijak helaian Al-Quran ini. Agama sebenar lahanat ini tidak dapat dipastikan.

Sebagai mukmin yang berakal dan lebih tinggi IQ-nya dari mereka yang noob ini, jika terjadi lagi Al-Quran dibuang dalam saluran kumbahan seperti yang berlaku tahun lepas, laporkan perkara ini kepada pihak berwajib. Kemudian, kita boleh ambil dan serahkan kepada jabatan agama Islam untuk diuruskan. Kalau lah kita dapat tangkap si pelaku dengan tangan kita, serahkan kepada pihak berkuasa. Allah berfirman dalam Surah Al-An’am ayat 68, Allah menyuruh kita untuk meninggalkan mereka sekiranya mereka mengejek-ejek ayat Allah sehinggalah mereka bercakap perkara yang lain. Allah tak suruh untuk bantai atau diambil nyawa mereka dengan tangan kita sendiri. Dalam hadis Rasulullah diriwayatkan di dalam Sahih Muslim, adalah satu kewajipan untuk kita mematuhi undang-undang kerajaan. Biarkan mereka selesaikan dengan kuasa penguatkuasaan yang telah diberi.

Jadi, macam mana yang dikatakan janji Allah untuk menjaga ayat-ayat suci-Nya ini? Janji Allah di dalam surah Al-Hijr ayat 9, Allah berfirman bahawa Dialah yang menurunkan Al-Quran ini, maka Dialah yang akan menjaganya….macam mana? Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, inilah mesej sebenar video ini. Untuk kita renungi dan hayati kebesaran dan keagungan Allah Azzawajala yang Maha Berkuasa.

Al-Quran yang sebenar adalah pada hafazan dan bacaan, bukannya pada teks dan tulisan. Naskhah Al-Quran yang kita pegang dan baca itu sebenarnya adalah mushaf. Sekiranya di dalam dunia ini ada sebuah alat canggih dan mampu menghapuskan sesuatu benda dengan hanya menekan satu butang dan semua naskhah Al-Quran dihapuskan dengan butang itu, kita akan dapat mengembalikan semula Al-Quran dalam masa kurang beberapa hari kerana setiap dari kita sudah pun menghafal sebahagian dari Al-Quran jika tak mampu menghafal semua pun. Kesemua kita mampu bergabung untuk menghasilkan naskhah baru yang terpelihara keasliannya, seperti yang dijanjikan Allah.Tak kisahlah walau apapun aliran dan manhaj kita, ayat Allah ini akan sentiasa mengalir di setiap pembuluh darah dan meniti dibibir-bibir kita dan juga anak cucu kita. Allah bukan pelihara naskhah Al-Quran, tapi Allah peliharanya di dalam hati orang-orang yang beriman. Inilah hujahnya. Ketika ada pihak yang mengubah-ubah ayat-ayat Al-Quran dalam bentuk teks sama ada dengan tujuan untuk mempersendakan, mengelirukan ataupun memanipulasi untuk manfaat dirinya, dia takkan dapat ubah Al-Quran yang telah terpelihara di dalam hati lebih 2 billion umat Islam di seluruh dunia. Dia hanya mengubah 1 mushaf sahaja. Noob.

Sebenarnya tuan-tuan, ini adalah mukjizat. Mari kita renung sekejap. Mana ada buku yang dihafal oleh seluruh umat di seluruh dunia, diperingkat segenap usia. Malahan ada anak kecil berusia 9 tahun sudahpun menghafal seluruh Al-Quran dari mula sampai habis. Anda pernah tengok movie the book of Eli? Di dalam filem ini, watak Eli memiliki salinan terakhir sebuah kitab yang dipercayai adalah kata-kata tuhan dan dapat mengembalikan manusia ke jalan yang benar selepas kesemua manusia sesat. Latar belakang filem ini adalah selepas apokalips. Saya tak nak cerita lebih-lebih sebab taknak jadi spoiler. Kalau belum tengok, boleh la cari online.

Pointnya adalah, tiada sorang pun manusia yang menghafal kitab tersebut padahal ia adalah kitab yang diimani oleh kebanyakkan manusia di dalam filem itu sebelum apokalips. Kalaulah kitab tu pun hangus dan watak Eli ini tewas, maka hilanglah terus apa yang dikatakan ayat-ayat tuhan itu. Namun kita, ada Al-Quran yang sebati di dalam hati, nurani, minda dan kehidupan seluruh umat Islam di seluruh dunia. Maka bersyukurlah dan marilah ucapkan Alhamdulillah.


Teologi Pembelaan Isu Mukjizat
  1. الطائف: خالد الشهري. (1970b, January 1). الطائف.. العثور على “مصاحف” بـ’مجاري’ الصرف الصحي. Watanksa. https://www.alwatan.com.sa/article/209391 (Ta’if)
  2. Sahih Al-Bukhari 3231 – Beginning of Creation – كتاب بدء الخلق – Sunnah.com – Sayings and teachings of Prophet Muhammad (صلى الله عليه و سلم). (n.d.). https://sunnah.com/bukhari:3231 (Sirah Rasulullah di Ta’if)
  3. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan – BAYAN LINNAS SIRI KE-139 : AL-QURAN : KALAMULLAH YANG MUKJIZAT. (2018, June 26). https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/2486-bayan-linnas-siri-ke-139-al-quran-kalamullah-yang-mukjizat (Al-Quran dan mushaf)
  4. Sahih Muslim 1839a – The Book on Government – كتاب الإمارة – Sunnah.com – Sayings and teachings of Prophet Muhammad (صلى الله عليه و سلم). (n.d.). https://sunnah.com/muslim:1839a (Follow Undang-undang)
  5. https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2022/07/979432/perluas-skop-akta-hasutan-hukum-penghina-agama-cetuskan-konflik (Akta Hasutan)
  6. Wikipedia contributors. (2024, March 17). Mushaf – Wikipedia. https://en.wikipedia.org/wiki/Mushaf 
  7. Ghani, M. S. A. (2019, April 10). Penganut Islam paling ramai di dunia menjelang 2070. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/22810/berita/nasional/penganut-islam-paling-ramai-di-dunia-menjelang-2070#google_vignette (Jumlah umat Islam)

Leave a comment

We understand that life’s challenges are a test of faith. Through reflections, Quranic miracles, and Islamic apologetics, we aim to help you deepen your understanding of Islam.