This website is bilingual

Gunung Sebagai Pasak Bumi

Posted:

Edited:

Author:

Melayu | English

Gunung pernah dianggap sebagai timbunan batu besar yang menjulang tinggi di atas bumi. Itu adalah sehingga 1735, apabila ahli geofizik Perancis Pierre Bouguer (1698-1758) menyatakan bahawa daya graviti di Andes adalah jauh lebih rendah daripada yang dijangkakan, memandangkan saiz “timbunan batu” yang ketara ini. Ini menyebabkan dia percaya bahawa bahagian lain batu itu tertimbus di bawah bumi, sekali gus menjelaskan phenomena daya graviti yang tidak sepadan dengan saiz gunung itu.

Kemudian, Alfred Wegener lebih lanjut menjelaskan teori pergeseran benua dan sifat dinamik kerak Bumi, di mana apabila plat-plat ini bertembung, tekanan boleh menyebabkan tanah bergelung dan berlipat, membentuk gunung. Proses ini bukan sahaja mewujudkan gunung tetapi juga memainkan peranan penting dalam kestabilan benua. Akar gunung memanjang jauh ke dalam kerak bumi, bertindak seperti pasak yang membantu menstabilkan plat tektonik yang berada di atasnya.

Quran, dalam Surah Naba (78), ayat 6-7, menggambarkan gunung sebagai pasak, konsep yang selaras dengan pemahaman geologi kita sekarang. Bagaimana mungkin Rasulullah yang tinggal di tanah tandus yang tidak mempunyai gunung-ganang tinggi mampu menyebut perihal perkara ini. Sudahlah demikian, apabila dikaji secara saintifik terdapat penjelasan ilmiah yang sangat rumit untuk difahami oleh manusia pada zaman itu.

Sesungguhnya, ini adalah bukti kebesaran dan keagungan Allah, Tuhan yang Maha Pencipta yang telah menjadikan alam semesta ini dengan kebijaksanaan dan rahmatnya.


Teologi Pembelaan Isu Mukjizat
  1. Al-Muslih, ‘. I. ‘. A. (2019, April 22). The mountains as pegs. Knowing Allah. https://knowingallah.com/en/articles/the-mountains-as-pegs/
  2. Henderson, R. (2020). Bouguer’s gravity corrections and the shape of the Earth. Preview, 2020(208), 39–43. https://doi.org/10.1080/14432471.2020.1828499
  3. Conocimiento, V. A. (2020, December 30). Alfred Wegener and his theory of continental drift | OpenMind. OpenMind. https://www.bbvaopenmind.com/en/science/leading-figures/alfred-wegener-theory-of-continental-drift/

Leave a comment

We understand that life’s challenges are a test of faith. Through reflections, Quranic miracles, and Islamic apologetics, we aim to help you deepen your understanding of Islam.