Pengenalan
Air adalah merupakan satu rahmat dan berkat yang diciptakan oleh Allah kepada sekelian makhluknya. Air adalah nadi kepada kehidupan dan kewujudan. Tanpa kewujudan air, tidak akan adalah sebarang hidupan dan makhluk yang bernyawa di atas muka bumi ini. Dalam episod kali ini, kita akan meneliti satu kebenaran Al-Quran berkenaan semua benda hidup adalah diciptakan dari air.
Surah Al-Anbiya

Hanya dengan kemajuan teknologi terkini sahaja kita dapat kepastian bahawa unit asas untuk kewujudan organisma adalah sel. Hasil kajian saintifik membuktikan bahawa unit sel terdiri daripada cytoplasm yang terdiri daripada 80% air. Sains juga membuktikan bahawa setiap organisma terdiri daripada 50-90% air. Ini adalah satu kemestian untuk memastikan mana-mana organisma dapat terus hidup memandangkan semua proses kimia yang berlaku di dalam sel memerlukan air sebagai medium.
Peraturan alam ini juga tertakluk kepada semua jenis tumbuh-tumbuhan kerana cytoplasma adalah komponen penting yang menjadi kunci kepada pembinaan sel. Pertimbangkan juga ayat 45 dari surah An-Nur:
Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Surah An-Nur 24:45
Ayat seterusnya Allah menyebut tentang penciptaan manusia dari air.
Dan Dia (pula) yang menciptakan manusia dari air, lalu Dia jadikan manusia itu (mempunyai) keturunan dan hubungan perkahwinan dan Tuhanmu adalah Mahakuasa.
Surah Al-Furqan 25:54
Tidakkah ia menakjubkan jika difikirkan bahawa lelaki ini juga tidak dapat membaca atau menulis untuk mendapatkan pengetahuan dari sumber ilmu peradaban lain?
Ini bukanlah lelaki biasa. Dia adalah Nabi kita yang disayangi, Rasulullah S.A.W., yang walaupun tidak boleh membaca atau menulis, telah diberikan wahyu dan hikmah oleh Allah. Melalui wahyu ini, baginda telah memberikan kita ajaran dan petunjuk yang berharga tentang kehidupan, penciptaan, dan tujuan kita diciptakan di dunia ini.
Teologi Pembelaan Isu Mukjizat
| Linguistik | Astronomi | Biologi | Entomologi | Oceanografi | Geologi | Fizik |
Rujukan:
Wikipedia contributors. (2024a, April 16). Cytoplasm. Wikipedia. https://en.wikipedia.org/wiki/Cytoplasm







Leave a comment