Pengenalan
https://www.bbc.com/news/articles/cg6766nzx39o
Satu berita yang bizarre telah dilaporkan di mana ada seorang lelaki Algeria telah ditemui semula selepas hilang selama 26 tahun. Apa yang sukar untuk diterima adalah jarak rumah diantara rumahnya sebelum dilaporkan hilang dari tempat dia ditemui adalah sejauh 200 meter sahaja. Saya mungkin tahu apa yang anda fikir. Mari kita selongkar kisah ini.
Pada 17 May 2024, Menurut laporan yang disiarkan di Al-Jazeera dan BBC, Seorang lelaki ditemui masih hidup di dalam bilik bawah tanah jirannya selepas hilang kira-kira 26 tahun lalu. Omar bin Omran hilang dari Djelfa, di Algeria, semasa perang saudara Algeria pada 1990-an, ketika dia berusia lewat belasan tahun.
Dia yang kini berumur 45 tahun, telah ditemui hanya 200m dari tempat dia dibesarkan.
Pegawai mengesahkan mereka telah menahan seorang lelaki berusia 61 tahun yang disyaki menahannya sebagai tahanan. Kehilangan Omar berlaku di tengah-tengah konflik selama sedekad diantara kerajaan Algeria dan kumpulan Islamis. Keluarganya bimbang yang dia telah menjadi antara yang dianggarkan 200,000 terbunuh, atau sebanyak 20,000 diculik, semasa pergolakan itu.
Menurut laporan, dia ditemui tersembunyi di dalam kandang biri-biri di bawah tumpukan jerami pada 12 Mei 2024. Pejabat pendakwa raya menerima aduan terhadap orang yang tidak dikenali yang mendakwa Omar berada di rumah salah seorang jirannya, di dalam kandang biri-biri, kata seorang pegawai mahkamah.
Pegawai mahkamah itu berkata: “Susulan laporan ini, pihak pendakwa raya telah mengarahkan pihak berkuasa membuka kertas siasatan dan menghantar pegawai berkuasa pergi ke rumah terbabit. “Pada 12 Mei jam 8 malam waktu tempatan, merek menemui mangsa di bilik bawah tanah jirannya, yang berusia 61 tahun.” Suspek dilaporkan cuba melarikan diri dari tempat kejadian, tetapi dihalang dan ditahan, kata pegawai mahkamah.
Kementerian berkata siasatan masih dijalankan dan Omar masih dalam proses menerima rawatan perubatan dan psikologi. Seorang jurucakap menyifatkan jenayah itu sebagai “keji”. Omar memberitahu anggota penyelamat bahawa dia pernah melihat keluarganya dari tempat kurungannya, tetapi mendakwa dia tidak dapat meminta bantuan “penculik telah mengenakan sihir ke atasnya”, lapor media tempatan.
Untuk menambah kedukaan kepada kisah Omar, Ibunya meninggal dunia pada 2013 sewaktu dia masih diculik.
Rasulullah Hilang

Melihat kepada kisah ini teringat kejadian di mana Rasulullah telah didapati hilang dan para sahabat kebingungan mencari baginda sehingga menjangkakan bahawa baginda diculik atau dibunuh. Tidak semena-mena selepas waktu subuh baginda datang dari arah Hiri dan para sahabat bertanya kepada baginda apa yang sebenarnya berlaku.
Kisah ini terakam di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Dawud daripada Amir di mana baginda menceritakan ada sekelompk Jinn datang kepadanya meminta untuk dibacakan Al-Quran. Ini membuktikan bahawa sekiranya kita termasuk ke alam jinn, kita memang tidak akan terlihat ataupun dijumpai.
Rasulullah Disihir

Berkenaan dengan sihir, ianya adalah kemungkinan yang tidak boleh ditolak kerana berlakunya transaksi antara penyihir dan juga jin yang jahat. Dalam satu kisah diriwayatkan oleh Aishah Radiallahu Anhu, Rasulullah telah dikenakan sihir sehingga baginda merasakan seperti melakukan sesuatu, tapi sebenarnya baginda tak buat pun perkara itu. Dalam hadis ini Rasulullah bersabda, “Aku merasakan bahawa Allah telah mengilhamkanku bagaimana untuk menyembuhkan diriku. Dua orang datang kepadaku (didalam mimpi) dan duduk, seorang di kepalaku dan yang lain di kakiku. Salah seorang daripada mereka bertanya kepada yang lain, “Apakah penyakit itu? lelaki ini?” Yang lain menjawab, ‘Dia telah disihir’ Yang pertama bertanya, ‘Siapakah yang telah menyihirnya?’ Yang lain menjawab, ‘Lubaid bin Al-A’sam.’ Yang pertama bertanya, ‘Apakah bahan yang dia gunakan?’ Yang lain menjawab, ‘Sisir, rambut berkumpul di atasnya, dan kulit luar debunga pokok kurma jantan.’ Yang pertama bertanya, ‘Di mana itu?’ Yang lain menjawab, ‘Ia ada di dalam telaga Dharwan.’ “Maka, Nabi (ﷺ) keluar menuju telaga dan kemudian kembali dan berkata kepadaku sekembalinya, “Daun pohonnya (pohon kurma di dekat telaga) seperti kepala syaitan.” Aku bertanya, “Adakah kamu mengeluarkan benda-benda yang digunakan untuk menggunakan sihir itu?” Dia berkata, “Tidak, kerana aku telah disembuhkan oleh Allah dan saya khuatir tindakan ini akan menyebarkan mudarat kepada orang lain. Kemudian telaga itu dikambus dengan tanah.

Said Ramadhan Al-Buthy dalam The Great Episodes of Muhammad SAW (2017) mengatakan bahwa sihir yang menimpa Nabi Muhammad hanya berpengaruh pada jasad bagian luarnya saja. Ertinya, sihir tersebut tidak sampai ‘menyerang’ hati, akal, dan keimanannya. Nabi memang maksum, namun kemaksumannya bukan berarti beliau terbebas dari berbagai macam penyakit dan berbagai faktor manusiawi lainnya. Al-Buthy menegaskan bahwa Nabi Muhammad terkena sihir tersebut bukan aib atau kekurangan pada dirinya. Tetapi kemaksumannya itu ‘tidak berlaku’ dalam hal-hal keduniawian seperti sakit, lapar, haus, dan lainnya.
Tetapi Allah telah berfirman , “Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allah,” (Surat Al-Baqarah ayat 102)
Cara Menghindari Sihir

Ada beberapa cara yang dapat kita amalkan bagi menghindari ancaman sihir dan gangguan syaitan yang diajarkan melalui Al-Quran dan sunnah . Diantaranya adalah dengan meningkatkan iman kita dahulu. Mempunyai keimanan yang kuat terhadap Allah Subhana Wataala dan yakin hanya Dia sahaja yang berkuasa terhadap setiap sesuatu dapat menjadi pendinding daripada gangguan syaitan.
Ini diakui sendiri oleh seorang ahli sihir dari Rusia bernama Zhanna Kushnir yang mengatakan bahawa Muslim yang beriman seakan-akan dilindungi oleh kubah yang menghalangnya dari menghantar sihir kepada individu sasaran disamping mendapat perlindungan dari satu kuasa yang besar atau dia panggil sebagai “agregor”.
Rasulullah juga ada mengajarkan bahawa sebelum tidur baginda membaca 3 Qul selepas menghembus ke dalam telapak tangannya. Kemudian baginda menyapukan tangannya tadi ke seluruh badan sebanyak 3 kali. Ini haruslah dilakukan dengan kepercayaan penuh bahawa kita akan mendapat perlindungan di bawah kekuasaaan Allah, bukan ancaman dari syaitan dan sebagainya.
Antara perkara lain yang disebutkan oleh wanita sihir ini adalah kekuatan dalaman dan semangat yang kuat juga menentukan mudah atau sukarnya untuk menyihir seseorang. Dia juga menambah bahawa fikiran dan emosi yang suci dapat membataskan serangannya terhadap seseorang.
Kesimpulan
Kesimpulannya, saya bersimpati terhadap mangsa culik Omar bin Omran tadi dan juga kepada seluruh keluarganya. Tentunya ianya sangat gila bila difikirkan kita boleh tengok keluarga kita, tapi mereka tidak boleh melihat kita. Selama 26 TAHUN!! Subhananallah!
Dan kita seharusnya yakin dan percaya hanya Allah sahajalah tempat kita bergantung dan berlindung. Syaitan Iblis semua adalah nothing jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah Subhana Wataala.
Ingat firman Allah, “Mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat atau membahayakan dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah” – Surah Al-Baqarah 2:102
Akhir sekali, jangan lupa untuk sentiasa amalkan sunnah rasulullah dalam kehidupan seharian…dan jangan tinggal solat.
Teologi Pembelaan Isu Mukjizat
Rujukan:
- Clarke-Billings, L. (2024, May 16). Algerian man found alive after 26 years in neighbour’s cellar. https://www.bbc.com/news/articles/cg6766nzx39o
- Sahih Muslim 450a – The Book of Prayers – كتاب الصلاة – Sunnah.com – Sayings and Teachings of Prophet Muhammad (صلى الله عليه و سلم). (n.d.-b). https://sunnah.com/muslim:450a
- Sahih Al-Bukhari 3268 – Beginning of Creation – كتاب بدء الخلق – Sunnah.com – Sayings and teachings of Prophet Muhammad (صلى الله عليه و سلم). (n.d.). https://sunnah.com/bukhari:3268
- adminAbrar. (2023, October 10). Magic in Islam – 6 ways to protect yourself. Abrar Network. https://abrarnetwork.com/magic-in-islam/
- Shadow Control: Official English Channel. (2023, October 28). Zhanna Kushnir: Graveyard Magic, Payment to Evil Spirits, and Protection from Magic | Shadow Control [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=wsens3EtKzg
- Ramadhan Al-Buthy, S. (2017). The Great Episodes of Muhammad ﷺ. Darul Fikr. Halaman 672.







Leave a comment