This website is bilingual

Partikel Subatomic

Posted:

Edited:

Author:

Melayu | English

Saya yakin anda pernah melihat letupan bom atom sama ada di video ataupun televisyen. Ya, atom yang kita tau adalah partikel paling kecil itu. Dari situlah bom atom ini mendapat nama. Tapi bukan sebarang atom. Atom yang diperlukan adalah dari jenis yang tidak stabil dan mempunyai nukcleus yang besar seperti Uranium-235 dan Plutonioum-239. Atom sebenarnya bukanlah sebiji zarah yang mutlak. Tapi ia mempunyai struktur atau terdiri daripada beberapa element seperti nukleus yang terdiri daripada proton dan neutron dan juga elektron yang mengelilingi nukleus. Kombinasi semua inilah yang membentuk atom.

Perlu diketahui bahawa Democritus, seorang tokoh terkenal dari Greek yang hidup pada 23 abad dahulu, adalah orang pertama yang memperkenalkan teori bahawa semua benda di alam semesta ini terbentuk daripada partikel-partikel kecil yang disebut atom. Menurut teorinya, atom adalah partikel yang paling kecil dan tidak  ada  yang lebih kecil dari itu. Tetapi, Al-Quran ada idea yang lain.

Sila tonton video di channel YT saya untuk melihat pembentangan yang lebih interaktif.

Masyarakat Arab pada waktu dahulu sudahpun memahami idea yang sama dengan Democritus tadi di mana mereka menyebut dharrah sebagai partikel yang paling kecil iaitu merujuk kepada atom. Di dalam ayat yang dibacakan tadi, ذَرَّةٍۢ adalah merujuk kepada atom. Ayat tersebut juga menunjukkan ada sesuatu yang lebih kecil dari itu.

Nuclear Fission adalah merupakan proses pemisahan atom menjadi  lebih kecil. Proses ini menjadi asas kepada penciptaan bom atom ataupun dipanggil sebagai bom nuklear. Dipanggil sedemikian  kerana proses ini melibatkan pemecahan nukleus atom menjadi dua nuklei yang lebih kecil. Pemecahan nukleus atom ini menyebabkan penghasilan tenaga yang besar dan dahsyat.

Tapi apa pun, ayat ini membuktikan Allah adalah Tuhan yang Maha Mengetahui.

Tidak ada yang terlepas dari pengetahuan-Nya sama ada yang tersembunyi mahupun yang jelas nyata. Ia kemudian pergi lebih jauh dan mengatakan bahawa Allah Maha Mengetahui segala-galanya, termasuk yang lebih kecil atau lebih besar daripada atom itu. Perlu juga diingatkan bahawa hari kiamat seperti yang disebut di dalam ayat ini telah pun diramalkan akan berlaku menurut para saintis lanjutan daripada proses big bang. Sesungguhnya, ini adalah sesuatu yang amat mendalam dan terserahlah pada kita untuk melihatnya sekiranya kita dari kalangan orang-orang yang mahu berfikir.


| Linguistik | Astronomi | Biologi | Entomologi | Oceanografi | Geologi | Fizik |

  1. The Editors of Encyclopaedia Britannica. (1998, July 20). Atomic bomb | History, Properties, Proliferation, & Facts. Encyclopedia Britannica. https://www.britannica.com/technology/atomic-bomb
  2. Duignan, B. (2024, May 16). Democritus | Biography & Facts. Encyclopedia Britannica. https://www.britannica.com/biography/Democritus
  3. Steinberg, E. P. (2024, May 23). Nuclear fission | Examples & Process. Encyclopedia Britannica. https://www.britannica.com/science/nuclear-fission

Leave a comment

We understand that life’s challenges are a test of faith. Through reflections, Quranic miracles, and Islamic apologetics, we aim to help you deepen your understanding of Islam.