This website is bilingual

Penciptaan Roh & Perjalanannya

Posted:

Edited:

Author:

Melayu | English

Dari hamparan langit luas dengan bintang-bintang yang indah menghiasi, sehinggālah ke kedalaman jiwā manusiā  yang penuh misteri, persoalan roh adalah merupākan suatu perkarā yang tidak akan pernah jemu untuk diterokai. Kita terhubung dengan tuhan yang Maha Kuasā di dalam ikatan yang tak terjangkau oleh pancainderā. Ianya menjadi kompas kepada seluruh umat manusia, agar kita mencari siapakah Tuhan yang telah mencipta alam semesta, dan segala isinya.

Di-awal penciptaan penduduk dunia, roh telah ditiupkan ke dalam jasad Nabi Adam Alaihissalam, bapa kepada seluruh umat manusia. Dari situlah bermulanya segala jatuh dan bangun kita di dalam lipatan sejarah dunia. Sesungguhnya, roh tidak pernah mati sejak hari pertama ia diciptakan, sehinggalah berlakunya kiamat dan seterusnya dihimpunkan di hadapan Allah pada hari pembalasan.

Perpindahan roh dari satu alam ke alam yang lain adalah merupakan satu perjalanan yang panjang dan semuanya sudah pun diaturkan dan dirancang oleh Al-Khaliq, Tuhan yang Maha Perancang.

Jadi untuk episod kali ini, kita akan mengembara, mengikuti perjalanan roh yang bermula dari pertama kali dicipta, sehinggalah akhirnya dihimpunkan di hadapan Allah bila tiba masanya.

Sebuah hadis yang meriwayatkan perihal penurunan wahyu yang dibacakan tadi telah pun dirakamkan oleh At-Tirmidhi, diriwayatkan oleh Ibnu Abbas di mana menurut hadis tersebut, sewaktu Rasulullah sedang bersandar pada sebatang pelepah daun kurma, sekumpulan orang Yahudi sedang berjalan melintasi baginda yang duduk bersama para sahabat.

Orang-orang Yahudi itu berbalah sama ada ingin mengajukan soalan kepada Rasulullah ataupun tidak. Akhirnya salah seorang dari mereka bertanya tentang ruh.

Dengan angkuhnya, orang Yahudi itu menjawab:

Lalu turunlah wahyu yang seterusnya iaitu surah Al-Kahf ayat 109:

Dialog epic ini menunjukkan bahawa kita sebagai makhluk ciptaan-Nya hanya mengetahui sedikit sahaja berkenaan perkara ghaib ini. Ya, persoalan roh adalah persoalan alam ghaib, sama seperti yang telah kita bincangkan dalam video sebelumnya bertajuk Alam Jin. Jadi, tidak banyak yang kita dapat ketahui atau pelajari kecuali apa yang telah diberitakan kepada kita melalui lidah rasul junjungan kita, Nabi Muhammad (ﷺ)

Roh manusia pertama yang telah diciptakan, seperti yang telah kita semua sepakati  termasuk para ulama’ adalah Nabi Adam ‘Alaihissalam. Dalam Tafsir Qurthubi, jasad Nabi Adam telah ditiupkan ruh yang diciptakan oleh Allah dan kata “rohku” di dalam ayat tadi adalah berdasarkan hakikat bahawa Allah menyandarkan hasil ciptaan-Nya kepada diri-Nya adalah sebagai pemuliaan dan penghormatan.

Ianya sama sebagaimana firman-Nya yang berbunyi, “Bumi-Ku, langit-Ku, rumah-Ku, unta Allah dan bulan Allah.”

Dalam Hadis At-Tirmizhi, Abu Hurairah meriwayatkan hadis sahih yang akan saya ringkaskan, Rasulullah (ﷺ) menyebut bahawa sebaik-baik hari adalah hari Jumaat kerana pada hari itu, Adam diciptakan, hari itu juga dia masuk syurga, dan hari itu juga dia dikeluarkan daripadanya.

Dari sini dapat difahami yang tubuh Nabi Adam diciptakan pada hari Jumaat. Kemudian, dalam hadis Sahih Muslim dari kitabnya bertajuk Kitabul Birri Wassilati Wal’adabi, diriwayatkan daripada Anas, Rasulullah (ﷺ) bersabda:

Nota kaki hadis ini menyebut bahawa benda yang kosong tidak dapat menghalang apa-apa daripada memasukinya. Ya tuan-tuan, tubuh Nabi Adam kosong pada hari penciptaannya sehinggalah ditiupkan roh ke dalamnya seperti yang disebut di dalam surah Al-Hijr yang telah dibacakan tadi.

Di dalam dua buah Hadis berstatus hasan himpunan At-Tirmidhi yang akan saya ringkaskan juga,  Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda tentang kejadian yang berlaku sewaktu Allah meniupkan ruh ke dalam jasad Nabi Adam.

Sebaik sahaja ruh ditiupkan ke dalam jasadnya, Nabi Adam terbersin seraya mengucapkan Alhamdulillah. Lalu Allah mengajarkan cara menjawabnya iaitu “Yarhamukallah” iaitu semoga Allah merahmatimu. Allah kemudian memerintahkan baginda untuk pergi kepada para malaikat yang sedang duduk berkumpul untuk mengucapkan salam. Nabi Adam kemudiannya mengucapkan “Assalāmu’alaykum”. Para malaikat itu kemudiannya menjawab, “Wa’alaikassalamu Warahmatullah”. Nabi Adam kemudiannya kembali kepada tuhannya dan Allah memberitahunya bahawa itulah ucapan salamnya, dan ucapan anak-anak baginda kelak.

Kemudian Allah mengusap belakang Nabi Adam lalu berguguran lah roh anak-anak nabi Adam. Selain dari hadis-hadis ini, ianya juga dirakamkan di dalam surah Al-A’raf 7:172 –

Menurut Tafsir Al-Qurthubi, berkenaan peristiwa keluarnya roh-roh ini, ulama’ berbeza pendapat berkenaan lokasi kejadian tersebut di mana ada ulama’ yang mengatakan ianya berlaku di atas langit pertama iaitu langit Bumi, sebelum Nabi Adam menginjakkan kakinya ke Bumi selepas disingkirkan dari syurga, akibat memakan buah terlarang di sana. Malahan ada juga yang mengatakannya ia berlaku di Bumi. Wallahu A’lam Bisawaf. Namun apa yang paling penting sekali adalah, roh-roh itu adalah kita semua tuan-tuan.

Di dalam perhimpunan semua roh-roh itu, ataupun kata jamaknya arwah, Allah bertanya satu soalan kepada kita, “Bukankah aku tuhan kamu?”. Kesemua kita menjawab dengan jawapan yang sama iaitu “…ya…”. Jika difikirkan, ianya adalah aneh bagaimana roh-roh ini dapat menjawab dengan tepat tanpa sebarang bimbingan dan wahyu kepada arwah ini. Kenapa kita tidak jawab Adam adalah tuhan kita memandangkan kita datang dari tulang belakangnya? Sedangkan pada hari ini pun kita lihat manusia boleh tersalah tuhan dengan menyembah benda lain.

Jawapannya ada di surah Rum;

Ianya adalah fitrah. Fitrah ini telah dipasakkan ke dalam roh kita yang seterusnya sebati dalam hati dan sanubari. Atas sebab inilah sekalipun seseorang itu mengaku sebagai atheist, dia takkan pernah berhenti bercakap pasal tuhan, mencari dalil dan sokongan terhadap penolakannya itu. Hatinya juga tak kan pernah tenteram. Pengalaman saya sendiri berkawan dengan seorang atheist loser yang sentiasa tewas dalam perdebatan dengan saya, walhal saya bukanlah berilmu sangat pun sedangkan dia adalah pegawai atasan saya.

Seterusnya At-Tirmidzhi dalam hadis 3076, Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah menceritakan di dalam sabdanya, sebaik melihat roh-roh yang jatuh dari belakangnya itu, Nabi Adam bertanya kepada Tuhannya tentang siapakah mereka itu? Allah menjawab bahawa itulah anak-anak baginda kelak. Diantara ramai-ramai anaknya itu, ada seseorang yang mempunyai cahaya yang menakjubkan diantara kedua belah matanya. Nabi Adam bertanya siapakah orang itu? Allah menjawab bahawa itu adalah anaknya yang bernama Daud. Selepas mengetahui bahawa umur Nabi Daud adalah 60 tahun, Nabi Adam memohon agar 40 tahun dari umurnya diambil dan ditambahkan kepada Nabi Daud.

Begitulah kisahnya penciptaan jasad dan roh pertama umat manusia yang dimulai dengan Nabi Adam. Sebelum kita pergi ke bab berikutnya iaitu peringkat seterusnya roh-roh ini ditempatkan, izinkan saya untuk membentangkan satu hujah yang menarik berkenaan dengan Adam & Hawa sebagai pasangan manusia pertama bagi menentang teori Darwinisme.

Sekiranya kita mengajak para atheist ini untuk berfikir ke arah masa lampau, mereka akan mengatakan bahawa jumlah populasi manusia adalah mengecil. Semakin jauh ke masa lampau, maka semakin kecillah populasinya. Make sense?

Jika kita pergi lagi jauh ke masa dahulu, maka populasi ini akan semakin mengecil hinggalah ke satu titik di mana ianya dimulai oleh dua orang individu lelaki dan perempuan, tanpa mengambil kira siapa namanya. Ini dapat membantah manusia berevolusi daripada monyet.

Berkenaan dengan evolusi dari monyet, bantahan yang boleh diketengahkan adalah mengapa ianya berhenti pada bentuk manusia? Mengapa evolusi tidak berterusan kepada bentuk baru bagi menyesuaikan diri dengan alam sekitar sesuai dengan gaya hidupnya? Masyarakat laut seperti bajau laut di perairan Sabah…. Ama di Jepun…Haenyeo di Korea telah hidup beratus-tahun di perkampungan air mereka dan menjadikan penyelaman sebagai aktiviti harian untuk mencari punca pendapatan dan kehidupan. Kenapa tiada manusia separuh ikan di dalam masyarakat ini?

Sesungguhnya, teori manusia berasal dari monyet adalah merupakan satu usaha iblis untuk menidakkan ketinggian status kita sebagai makhluk yang mulia dan sekaligus menafikan Allah sebagai Tuhan yang Maha Pencipta.

Tempat di mana ruh-ruh ini tinggal adalah di alam ghaib yang hanya Allah sahaja tahu rahsia di mana lokasi sebenarnya. Ada beberapa penceramah yang mengatakan arwah ini mendiami suatu tempat yang dipanggil sebagai ‘Alam ‘Arwah sebelum tiba gilirannya untuk masuk ke rahim seorang ibu, namun saya tidak dapat jumpa rujukannya.

Maka bolehlah diabaikan kenyataan itu buat masa ini. Tapi apa yang pasti, di dalam Sahih Muslim Kitab Al-Birri Wassilati Wal’adabi, Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah (ﷺ) bersabda,

Maksudnya:

 “Arwah itu seperti tentera kerahan. Siapa yang mereka kenal, mereka akan datang bersama-sama manakala siapa yang mereka tidak kenal, mereka akan pergi”

Hadis yang senada juga diriwayatkan oleh Aisyah radiallahu anha di dalam hadis Sahih Bukhari.

Hadis ini menurut Ibnu Hajar As-Qalani di dalam kitabnya Fathul Ba’ari, penciptaan anak-anak adam ini terbahagi kepada 2 bahagian di mana bahagian pertama adalah ruh di letakkan di satu tempat di alam ghaib manakala bahagian seterusnya adalah di dunia fizikal apabila dilahirkan dari rahim seorang ibu. Semasa di alam ghaib, kita mungkin pernah berkenalan dengan seorang roh yang baik, dan kita pun selesa dengannya.

Apabila ditakdirkan bertemu di dunia fizikal, kita akan mudah bersatu dan berkawan dengannya. Manakala sebaliknya jika kita bermusuh dengan seseorang roh semasa di alam ghaib tadi, maka di dunia fizikal pun kita mungkin akan berselisih dengannya jika ditakdirkan bertemu.

Hadis dengan nada yang sama telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah di dalam Sahih Muslim. Pada saya ini sangat-sangat menarik dan mungkin menjelaskan beberapa perkara menurut pendapat peribadi saya. Mungkin ini lah sebabnya kenapa adakalanya apabila kita melihat seseorang, kita rasa macam pernah kenal orang itu padahal bila dah puas fikir dan cuba untuk ingat, memang pasti tak pernah berjumpa di mana-mana pun.

Mungkin juga inilah sebabnya kita berasa senang je nak ngam dengan seseorang walaupun baru berkenalan tak sampai sejam padahal sebenarnya dia takdelah best sangat. Sedangkan ada seorang kawan yang lain, walaupun dia tiada masalah apa-apa, tapi kita rasa tak best je untuk rapat dengan dia padahal dengan orang lain ok je.

Bukan setakat itu sahaja, menurut Al Khaththabi pula, ini adalah isyarat adanya kesamaan dalam kebaikan dan keburukan, permasalahan dan kerosakan. Maka perkenalan diantara roh semasa di alam ghaib adalah selaras dengan tabiat bawaannya sama ada cenderung kepada kebaikan atau keburukan.

Alam di dalam rahim
Alam di dalam rahim

Proses kejadian manusia adalah satu keajaiban yang mengagumkan. Bermula daripada persenyawaan yang berlaku dalam rahim ibu, sehinggalah ke saat kita dilahirkan ke dunia, Ia adalah satu perjalanan yang penuh keajaiban dan kebesaran Allah Subhana Wata’ala buat mereka yang mahu berfikir.

Persenyawaan bermula apabila sel sperma berjaya menembusi ovum dan membentuk zigot. Zigot ini kemudian akan melalui proses pembahagian sel yang pesat, seterusnya berkembang menjadi embrio. Pada tahap ini, embrio mula mencari tempat untuk melekat pada dinding rahim dalam proses yang dikenali sebagai implantation. Proses ini memastikan embrio mendapat nutrisi dan perlindungan yang diperlukan untuk terus berkembang.

Firman Allah Subhana Wata’ala dalam Surah Al-Mu’minun, ayat 13-14:

Setelah melekat pada dinding rahim, embrio terus membesar dan melalui pelbagai fasa perkembangan. Ia mula membentuk organ-organ penting dan struktur tubuh yang lebih kompleks, menjadi janin yang dikenali sebagai fetus (fiːtəs). Fetus ( fiːtəs) ini akan terus membesar dan menjadi bentuk tubuh bayi yang sempurna di  dalam rahim ibu.

Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Mas’ud Raadiallahu Anha , Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Kesamaan diantara kita dan bapa umat manusia, Adam Alaihissalam adalah jasadnya disiapkan dahulu kemudian barulah roh ditiupkan ke dalamnya. Manakala perbezaannya pula, Allah-lah yang telah meniupkan roh ke jasad Nabi Adam sedangkan ruh kita ditiupkan oleh malaikat.  

Photo by Sau00fal Sigu00fcenza on Pexels.com

Akhirnya, setelah sembilan bulan yang penuh dengan keajaiban, dibelai dan dijaga dengan selamat di dalam kantung rahim seorang ibu, bayi yang sempurna dilahirkan ke dunia. Setiap detik perjalanan roh ini dari alam rahim ke alam dunia adalah bukti kekuasaan dan kebijaksanaan Allah Subhana Wata’ala dalam mencipta kitaran kehidupan makhluk-makhluk ciptaan-Nya.

Kelahiran kita sesuai dengan aturan dan perancangan-Nya, begitu jugalah kita juga harus menjalani kehidupan ini menurut perintah dan aturannya. Kelahiran kita adalah bermulanya perjalanan seterusnya yang mencabar dan penuh dengan liku-liku kehidupan seorang roh yang menghuni di dalam sekujur wadah yang dipanggil sebagai tubuh. Kelahiran kita juga bukanlah satu kebetulan seperti yang dihujahkan oleh golongan yang menolak Tuhan dengan mengatakan “everything happened by chance”. Kelahiran kita mempunyai tujuan iaitu mencari dan menyembah tuhan yang telah menciptakan kita. Maka seterusnya membesarlah kita dan seterusnya menjalani kehidupan di dunia yang fana ini. Fana bermaksud sementara. Allah berfirman:

Setiap dari kita mempunyai rezeki dan takdir yang berbeza-beza. Tapi ada satu perkara yang semua orang akan merasa perkara yang sama iaitu Sakaratul Maut. Sakaratul maut adalah kesakitan yang dialami seseorang ketika roh perlahan-lahan berpisah dari jasad pada saat kematian. Ini adalah saat-saat yang sangat tegang dan menakutkan.

Tanda-tanda sakaratul maut adalah termasuk pernafasan yang menjadi berat dan tidak teratur, atau kepenatan, atau mengantuk, dan kadang-kadang berpeluh di dahi. Ianya adalah mungkin berbeza-beza diantara individu yang lain.

Dalam sebuah hadis Sahih Bukhari, Aishah Radiallahu Anha meriwayatkan kisah kesakitan Rasulullah sewaktu baginda diambang kewafatan di rumahnya. Di dalam hadis itu, Rasulullah bersabda:

Sebuah Hadis Ibnu Majah berkaitan kejadian yang akan berlaku sewaktu seseorang di ambang sakaratul maut, diriwayatkan oleh Abu Hurairah di mana Rasulullah bersabda:
 

Dalam hadis yang lain di dalam Sahih Muslim, Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda berkenaan mata Abu Salamah yang terbuka dan memandang tegak ke atas sewaktu ajalnya:

Sekejap….. Bayangkan tuan-tuan, sewaktu nyawa kita dicabut, kita melihat roh kita perlahan-lahan meninggalkan jasad sehinggalah akhirnya roh itu keluar dari kepala dan akhirnya mata kita kekal pada arah pandangan itu. Subhanallah, Allahuakbar!

Saya ada berita gembira untuk anda. Dalam hadis Sahih Muslim, diriwayatkan oleh Abu Hurairah, di dalam sabda Rasulullah baginda menyatakan bahawa roh orang mu’min selepas dicabut akan disambut oleh dua malaikat dan dibawa ke langit dalam keadaan berbau wangi.

Imam al-Qurtubi dalam menjelaskan ayat di atas menyebut bahawa barzakh itu ialah alam di antara kematian dan kebangkitan. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah membahaskan perkataan ini dengan membuat kesimpulan bahawa alam Barzakh merupakan satu tempat yang akan ditempati oleh mereka yang telah mati sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar. Ia merupakan tempat di antara kehidupan dunia dan akhirat. Oleh itu, sesiapa yang mati bermakna mereka telah memasuki alam barzakh.

Roh yang sebelumnya menggunakan mata untuk melihat, kaki untuk berjalan, telinga untuk mendengar, dan semua anggota jasad yang lain sebagai alat bantu dengan bebasnya, pada masa ini tidak akan mampu lagi melakukannya. Jika lumpuh itu bermakna kehilangan fungsi atas sesebuah anggota badan, maka maut adalah lumpuh yang menimpa seluruh anggota badan.

Apabila roh seseorang itu keluar daripada alam dunia dan pergi ke alam barzakh, maka dia terkeluar daripada kerangka perkiraan tempoh masa di dunia ini.

Hal ini berdasarkan firman Allah :

Imam al-Tabari menyebutkan hal ini dalam tafsirnya bahawa:

Disebutkan bahawa kadar tempoh masa naik para malaikat tersebut ialah sehari yang bagi makhluk-makhluk selain mereka dengan 50 ribu tahun. Hal ini kerana para malaikat naik daripada penghujung tempat yang paling rendah di bawah tujuh petala bumi sehingga pengakhirannya di atas tujuh petala langit. Tafsiran yang kami sebutkan ini juga disebutkan para ulama tafsir yang lain.

Apa yang dapat difahami daripada penerangan di atas, kerangka masa kehidupan di alam barzakh tidak sama dengan kehidupan di dunia. Oleh itu, bagi orang mukmin kehidupan di alam barzakh merupakan kerehatan baginya sebelum menunggu hari kebangkitan. Manakala bagi orang yang tidak beriman pula, ia merupakan azab yang didahulukan untuk mereka sebelum azab yang kekal di hari Akhirat kelak.

Hari Kebangkitan, dikenali juga sebagai Yaumul Mahsyar, adalah satu alam di mana setiap insan dari awal hingga akhir zaman akan dihimpunkan di satu dataran yang luas untuk dihisab oleh Allah. Pada hari tersebut, semua perbezaan antara manusia akan lenyap; tiada lagi penghormatan atas asal usul, warna kulit, atau kedudukan sosial. Setiap jiwa akan berdiri rata di hadapan pencipta-Nya, untuk dinilai berdasarkan tindakan dan niat mereka selama hidup di dunia.

Di padang Mahsyar, setiap orang akan menghadapi proses pengadilan yang saksama oleh Allah Subhana Wata’ala. Keadaan setiap manusia pada waktu ini juga berbeza-beza bergantung kepada amalannya.

Perjalanan ruh sejak ia diciptakan hinggalah dihimpunkan semua sekali di padang mahsyar nanti adalah sangat panjang. Mudah atau sukarnya perjalanan kita bergantung kepada amalan dan juga suratan yang telah ditakdirkan untuk kita di dunia ini. Hendaklah kita semua bersiap sedia. Rasulullah bersabda di dalam Sahih Bukhari bahawa hendaklah kita hidup di dunia ini seperti orang asing. Maksudnya kita hanya datang ke dunia ini dan singgah sebentar sahaja. Persinggahan ini adalah sangat penting kerana di sini lah kita akan mengumpulkan segala amal baik dan soleh demi mencapai tujuan penciptaan kita. Walaubagaimanapun, harus diingat bahawa tiket untuk kita masuk ke syurga bukanlah terletak pada banyaknya amalan kita semata-mata. Tetapi rahmat Allah jua lah yang menjadi penentu segala-galanya. Jika tidak, masakan seorang pelacur yang memberi minum seekor anjing yang kehausan mendapat ganjaran syurga?

Itu sahaja video kita pada kali ini. Sebenarnya skrip ini terlalu panjang sehinggakan saya terpaksa membahagikannya kepada dua tajuk berbeza. Video seterusnya adalah bertajuk Roh, Nafs dan Qalbu. Jumpa lagi di episod akan datang. Sila hempas butang like dan subscribe untuk melihat lebih banyak video tentang mukjizat Al-Quran dan pengetahuan lain berkenaan Islam.


Teologi Pembelaan Isu Mukjizat
  1. Al-Jauziyah, I. Q. (1999). Roh. Pustaka Al Kautsar. https://play.google.com/books/reader?id=zDnuDAAAQBAJ&pg=GBS.PA5&hl=en
  2. Ahmad Iqram, M. N. (2023). Tersesat: Kebatilan Gerakan New Age (Edisi Kemaskini). NHA Publications,
  3. Jami` at-Tirmidhi 3140 – Chapters on Tafsir – كتاب تفسير القرآن عن رسول الله صلى الله عليه وسلم – Sunnah.com – Sayings and Teachings of Prophet Muhammad (صلى الله عليه و سلم). (n.d.). https://sunnah.com/tirmidhi:3140 (Question about ruh by Ibn Abbas)
  4. Jami` at-Tirmidhi 3141 – Chapters on Tafsir – كتاب تفسير القرآن عن رسول الله صلى الله عليه وسلم – Sunnah.com – Sayings and Teachings of Prophet Muhammad (صلى الله عليه و سلم). (n.d.). https://sunnah.com/tirmidhi:3141 (Question about ruh by Abdullah)
  5. Jami` At-Tirmidhi 491 – The Book on the day of Friday – كِتَاب الْجُمُعَةِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – Sunnah.com – Sayings and teachings of Prophet Muhammad (صلى الله عليه و سلم). (n.d.). https://sunnah.com/tirmidhi:491 (Adam dicipta pada hari Jumaat)
  6. Tafsir Al-Qurthubi (A.-H. Muhammad Ibrahim & U. Mahmud Hamid, Trans.; Vols. 1–20). (n.d.). Pustaka Azzam.
  7. Islamic Research Section Darussalam (Director). (2007). English Translation of Jāmi’ At-Tirmidhi (By Hāfiz Abu Tāhir Zubair ’All Za’i; Abu Khaliyl (USA), Trans.; 1st ed., Vol. 5)-p97 & 385 (Ruh sons of Adam)
  8. Ibnu Hajar Al-Asqalani. (n.d.). Fathul Baari: Penjelasan Kitab Shahih Al Bukhari (Syaikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz, Trans.; Vols. 1–36). Pustaka Azzam.
  9. Sahih Al-Bukhari: Arabic-English (Dr. Muhammad Muhsin Khan, Trans.; Vols. 1–9). (1997). Darussalam.
  10. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan – AL-AFKAR #63: MAKSUD ALAM BARZAKH. (n.d.). https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-afkar/3664-al-afkar-63-maksud-alam-barzakh 
  11. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan – AL-KAFI #644: MENGENAL ALAM BARZAKH. (2017, July 10). https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/753-al-kafi
  12. Sahih Muslim 921a – The Book of Prayer – Funerals – كتاب الجنائز – Sunnah.com – Sayings and Teachings of Prophet Muhammad (صلى الله عليه و سلم). (n.d.). https://sunnah.com/muslim:921a (Dead man fixed eye)
  13. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan – AL-AFKAR #31 : ADAKAH ROH ORANG MATI BOLEH PULANG. (n.d.). https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-afkar/2866-al-afkar-31-adakah-roh-orang-mati-boleh-pulang
  14. Sahih Muslim 2245b – The Book of Greetings – كتاب السلام – Sunnah.com – Sayings and Teachings of Prophet Muhammad (صلى الله عليه و سلم). (n.d.). https://sunnah.com/muslim:2245b (A prostitute and a dog)
  15. The Daily Reminder. (2022, September 27). HOW ALLAH CREATED & SENT YOUR SOUL – SOULS JOURNEY SERIES @YasirQadhi [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=CsqiKELSYPo 
  1. BBC Global. (2022, July 18). The tribe that evolved to stay underwater longer – BBC REEL [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=5jNfDr-_P_Q
  2. VICE News. (2017, September 10). Japan’s last “AMA” – the Female Fishers who Free-Dive for Seafood (HBO) [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=GDsslEE8S7E

Leave a comment

We understand that life’s challenges are a test of faith. Through reflections, Quranic miracles, and Islamic apologetics, we aim to help you deepen your understanding of Islam.