Pengenalan
” One other thing I want to point out…every time I come here, I get overwhelmed…,”
Javier Mendez
“The respect, the bond, the loyalty you guys have is unreal…every time I come here I’m like wow you guys treat me like family,”
Itu adalah petikan daripada kata-kata Javier Mendez, seorang jurulatih MMA yang telah melatih Khabib, juara terkenal dunia. Kata-kata jurulatih hebat ini dilontarkan di dalam temubualnya bersama wartawan First Sportz, ketika diminta mengulas berkenaan latihannya dengan Islam Makhachev, seorang jaguh MMA yang juga merupakan teman rapat Khabib. Pengasas gym American Kickboxing Academy ini melahirkan rasa kagumnya terhadap layanan yang diberikan oleh anak-anak didiknya setiap kali dia datang ke kem latihan Islam Makhavec di Dagestan, Russia.
Dalam temubual lain di dalam podcast yang dikelolakan oleh The Schmo, Javier mengucapkan bahawa agama mereka iaitu Islam yang membentuk keperibadian mulia anak-anak Dagestan didikannya ini. Namun apa yang ironinya, akhlak mulia ini semakin pudar dikalangan anak-anak umat Islam di tanah air pada hari ini. Jadi untuk episod kali ini, kita akan membincangkan isu ini selepas kita melihat clip ucapan Javier yang saya nyatakan tadi.
Khabib

Saya tak rasa yang Khabib perlu diperkenalkan kepada anda. Tapi just in case ada yang tak kenal Khabib, nama sebenar beliau adalah Khabib Abdulmanapovich Nurmagomedov. Khabib adalah anak kelahiran Dagestan, satu daerah di Rusia. Beliau adalah seorang seniman bela diri profesional yang telah bersara yang mendominasi divisyen Lightweight di Kejuaraan Pertarungan Ultimate (UFC). Dikenali dengan gaya gusti dan serangan tanpa henti, Khabib bersara tanpa kalah dengan rekod 29 kemenangan dan tiada kekalahan, suatu bukti kepada kemahiran dan ketabahan luar biasanya. Di luar oktagon, Khabib dikagumi kerana sikapnya yang merendah hati dan sopan.
Di dalam satu podcast yang dikendalikan oleh The Schmo, beliau mengucapkan yang Khabib sangat menghormatinya sebagai guru dan sentiasa dilayan dengan sangat baik. Walapun Khabib seorang superstar, tapi apabila duduk di dalam kereta, dia tidak pernah duduk di depan melainkan penghormatan itu diberikan kepada dirinya. Menurutnya lagi, budaya yang keluarga Khabib amalkan adalah sangat menghormati orang tua bila mana jika bapanya menyertai mereka di dalam kereta, bapanya akan duduk dihadapan sementara Khabib dan jurulatihnya duduk di belakang.
Dalam senario yang lain, Khabib pernah memberikan bilik suite mewahnya kepada abang beliau sementara Khabib hanya tidur di sofa. Menurut Mendez lagi, Khabib adalah seorang Muslim yang taat seratus peratus terhadap agamanya dan ketinggian akhlak mereka ini berkait rapat dengan budaya dan agama yang dianuti.
Akhlak Muslim

Agamanya adalah Islam dan ini adalah agama yang sangat sempurna dan indah. Diajar oleh rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi cahaya dan rahmat kepada seluruh manusia dan seluruh alam. Tetapi malangnya, ketinggian akhlak yang sepatutnya diwarisi oleh anak-anak umat Islam pada hari ini semakin nipis terhakis. Bukan main banyak lagi aduan dan keluhan guru-guru yang mengajar di sekolah berhadapan dengan anak-anak yang biadap dan tidak menghormati guru. Apabila anak-anak saya pulang dari sekolah, mereka akan menceritakan tingkah rakan-rakannya berhadapan dengan guru yang adakalanya membuatkan saya mengurut dada.
Ada diantara rakan-rakannya yang sengaja mencabar cikgunya hingga membuatkan cikgunya itu menangis. Murid-murid memekak dibelakang mengejek-ejek gurunya benar-benar menguji kesabaran. Tidak ada footage kejadian sebenar tetapi saya rasa anda mungkin boleh faham apa yang saya cuba sampaikan. Malahan ada juga beberapa sikap anak-anak saya sendiri yang perlu saya tegur dan perbetulkan di mana jika saya perhatikan di sekolahnya, memang begitulah cara dan pertuturan.
Budaya Hari Ini

Ada diantara mereka yang menganggap ianya cool untuk bercakap dengan cikgu-cikgu mereka seperti bercakap dengan rakan-rakan sebaya mereka. Macam mana mereka bercakap bersama rakan-rakan sebaya? Anda sendiri tahu bagaimana. Saya tidak boleh terima cara mereka dan saya tegur anak-anak saya. Alhamdulillah mereka mendengar. Susah nak cakap berkenaan isu ini kerana ada kemungkinan ia berpunca dari generasi kita sendiri. Ada ibu bapa sendiri tidak menunjukkan hormat mereka kepada guru-guru yang mengajar anak-anak mereka. Off course tak semua macam tu, tapi ada.
Di dalam satu artikel yang disiarkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), ia menyebut bahawa Profesor Doktor Yusuf Al-Qardhawi berkata, Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatnya generasi mudanya pada hari ini. Cuba kita renung kembali bagaimana akhlak anak-anak muda generasi kita pada waktu kita muda dahulu? Ada budak sekolah saya bergaduh dengan cikgu, mencaci cikgu dan sebagainya. Subhanallah. Dan begitulah anak-anak yang biadap tadi kini menjadi seorang dewasa dan menjadi ayah dan ibu pada anak-anak yang ada pada hari ini.
Sesungguhnya Islam melarang umatnya memperlekeh dan mempersendakan guru bahkan ramai dalam kalangan ilmuan islam telah menukilkan betapa pentingnya menjaga adab dengan guru. Imam Ahmad telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Bukanlah dikalangan umatku mereka yang tidak memuliakan orang yang lebih tua dalam kalangan kami, mereka yang tidak menyayangi anak-anak kecil dalam kalangan kami dan mereka yang tidak memberikan hak kepada orang alim dalam kalangan kami.”
(Riwayat Ahmad: 22755)
Rasulullah adalah sebaik-baik manusia, yang diutuskan kepada umat manusia, mengajarkan kepada kita tentang tauhid dan agama Allah ini. Rasulullah juga adalah sebaik-baik pembimbing dan guru kepada umat manusia. para sahabat Nabi SAW juga telah menunjukkan contoh dan tauladan ketika berhadapan dengan guru yang mana mereka amat menjaga kelakuan dan tuturkata ketika bersama dengan guru mereka. Perkara ini berdasarkan sepotong hadis yang diriwayatkan oleh ‘Urwah bin Mas’ud:
“Apabila Baginda SAW bersabda (para sahabat) akan merendahkan suara mereka di sisi baginda, mereka tidak menajamkan penglihatan kepada Baginda sebagai tanda hormat kepadanya.”
(Riwayat Bukhari: 2731)
Demikianlah perlunya setiap muslim menjaga adab ketika berhadapan dengan guru hatta pandangan mata juga perlu dijaga semasa bersama dengan guru. Sesungguhnya guru simbol kepada ilmu pengetahuan, oleh itu menghormati guru bermakna menghargai ilmu dan sikap hormat ini merupakan perantaraan untuk mendapatkan keberkatan melalui apa yang dipelajari. Jika kita mengamalkan ini, diri kita akan dihormati semula bahkan akan disayangi mungkin juga dikagumi seperti mana apa yang diucapkan oleh jurulatih Khabib di awal video tadi.
Teologi Pembelaan Isu Mukjizat
Rujukan:
- Bhuyan, N. N. (2023, October 17). “Treat me like family,” Emotional coach Javier Mendez shares ‘unreal’ Team Khabib . . . FirstSportz. https://firstsportz.com/ufc-news-emotional-coach-javier-mendez-shares-unreal-team-khabib-experience-respect-loyalty/
- akam jaf. (2022, February 23). Behind the scenes ,this is what Islam teaches you , Javier Mendez [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=c1V2FC28GVA
- https://www.youtube.com/watch?v=65vMrIh23Bk (Cikgu Sedih)
- ASA Production. (2018, May 16). BERANI CIKGU NAK ROTAN SAYA? [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=HoMixNtL2gw
- Belia hari ini cermin masa depan negara. (2008, May 30). Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). https://www.ikim.gov.my/index.php/2008/05/30/belia-hari-ini-cermin-masa-depan-negara/
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan – AL-KAFI #1787: LARANGAN MEMPERSENDAKAN GURU. (2021, April 26). https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4753-al-kafi-1787-larangan-mempersendakan-guru
Credits & Attribution:
- https://www.youtube.com/@ufc (UFC Channel)
- https://www.youtube.com/@AnatomyofaFighter (Anatomy Of Fighter Channel)
- https://www.youtube.com/@theschmo312 (The Schmo Channel)
- https://www.youtube.com/@RecitationOfQuran1 (Recitation Of Quran)
- https://www.youtube.com/watch?v=HoMixNtL2gw (ASA Production)
- https://www.pexels.com/video/an-elderly-man-standing-in-front-of-a-fruit-stand-3808512/ (Video by Jakob Lundvall: )







Leave a comment