Pengenalan

Assalāmu’alaykum. Anda tau lelaki ini? Ini adalah legendary di dalam industrinya yang tidak perlu diperkenalkan lagi sekiranya anda peminat hip hop. Marshall Mathers adalah merupakan nama sebenarnya dan seperti diketahui, mempunyai persona alter ego yang diberi nama Slim Shady.
Skillnya dalam rap telah mendapat pengiktirafan dari beberapa OG di dalam industrinya seperti Dr. Dre, Jay-Z dan ramai lagi. Skill yang dimaksudkan adalah penyampaian lagunya yang laju ataupun spit fire ataupun kadang-kadang dipanggil sebagai spit bars. Lyricism ataupun penmanship adalah kemahiran menghasilkan lirik di mana lirik yang dihasilkan olehnya adalah kompleks dan sering mempunyai double meaning yang memerlukan brainstorming untuk memahaminya.
Di dalam dunia hip hop, nama dan lagunya telah memberi impak yang besar bukan setakat kepada pemain industri, tetapi juga kepada masyarakat di sana. Dan baru-baru ini, dia telah merilis album terbarunya bertajuk The Death of Slim Shady.
Album ini menimbulkan banyak reaksi dan controversy di mana ada diantara tracknya di beri judul sebagai Lucifer dan Antichrist. Ini adalah Iblis dan Dajjal.
Musik
Ingin diingatkan bahawa ada para ulama’ yang mengharamkan muzik berdasarkan hujah daripada Al-Quran dan hadith. Firman Allah yang dimaksudkan adalah Surah Luqman:
Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.
Surah Luqman 31:6
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Ibn ‘Abbas sewaktu mentafsirkan ayat ini, ia merujuk kepada muzik. Selain itu, ada juga hadis lain yang menyebut tentang muzik. Nabi SAW juga pernah bersabda:
“Manusia daripada kalangan umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan nama selain arak, alat muzik akan dimainkan untuk mereka dan penyanyi wanita menyanyi untuk mereka. Allah SWT akan menjadikan bumi menelan mereka dan menukar mereka menjadi monyet dan babi.“
Sunan Ibn Majah (4020)
Walaubagaimanapun, pembentangan di dalam laman web Pejabat Mufti ini menyimpulkan bahawa muzik bukanlah satu perkara yang boleh dihukumkan sebagai harus secara mutlak, atau diharamkan secara mutlak. Para ulama dahulu mahupun kontemporari bersepakat akan pengharaman setiap lagu mahupun muzik yang mengandungi unsur-unsur yang jelas haram.
Antara elemen haram yang boleh dimasukkan ke dalam muzik adalah seperti menggalakkan zina, menyalahgunakan dadah, dorongan meminum arak, tarian-tarian mengghairahkan dan lirik yang mendorong kepada keganasan dan lain-lain perkara yang menyanggahi syariat dan aqidah Islam serta melalaikan pendengar dan pengamal muzik daripada tanggungjawab dan kewajipan agama.
Slim Shady

Seperti yang sedia maklum, scene hip hop di america sarat dengan semua elemen yang diharamkan ini, malahan mereka mengagungkannya. Dan kini Eminem, menambah rencah dengan lagu terbarunya berjudul dajjal.
Dajjal adalah nama yang kita perolehi daripada hadis-hadis nabi. Sinonim dengannya di dalam al-kitab para penganut agama nasrani adalah Antichrist kerana sosok ini akan menentang kristus menurut doktrin agama ini.
Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama eminem mengaitkan dirinya dengan dajjal. Pada tahun 2009, di dalam lagunya berjudul Underground, dia menyebut di dalam lagunya bahawa dia sebagai dajjal kembali dari lubang kubur bersama syaitan bernama Dante.
No, it can’t be, it can’t be—yes, it can be
The f*ckin’ Antichrist is back, Dante
It’s Satan in black satin panties
Sekiranya anda rajin mendengar ceramah-ceramah eskatologi seperti Ustaz Auni dan yang seangkatan dengannya, kita akan faham bahawa dajjal akan sering menawarkan kemewahan dunia kepada pengikutnya yang menerimanya sebagai tuhan.
Di dalam lagunya berjudul Rock Bottom yang dirilis pada tahun 1999, dia mengakui bahawa dia mahukan semua kemewahan dunia dan faham itu akan membawanya ke neraka.
I want the money, the women, the fortune and fame
That means I end up burnin’ in Hell, scorchin’ in flame
That means I’m stealin’ your checkbook and forgin’ your name
This lifetime bliss for eternal torture and pain
Kemudian pada tahun 2000, dia merilis Kill You di mana ada liriknya yang boleh diterjemahkan membawa unsur menakut-nakutkan dan menghina beberapa kumpulan individu termasuk rahib gereja memandangkan latar belakang agamanya adalah nasrani.
Texas Chainsaw, left his brains all
Danglin’ from his neck while his head barely hangs on
Blood, guts, guns, cuts
Knives, lives, wives, nuns, sluts
Kemudian dia menuang minyak ke dalam api kebenciannya terhadap penganut agama lamanya itu dalam lagu Renegade bersama Jay-Z pada tahun 2001:
A monger of hate, satanist, scatter-brained atheist
[…]
I’m wavin’ the pistol at sixty Christians against me
Go to war with the Mormons, take a bath with the Catholics
In holy water, no wonder they tried to hold me under longer
Illuminati

Dravon Thatcher atau dikenali sebagai @dravonishere, adalah merupakan seorang pengamal sihir sebelum beliau memeluk Islam. Di dalam bukunya berjudul “Chasing Shadows”, beliau menggambarkan pertemuannya dengan roh pelindung dan entiti jahat, serta penglibatannya dalam ritual-ritual occultism yang mencetuskan pertanyaan mendalam mengenai kebaikan dan kejahatan.
Pengalaman ini merupakan sebahagian daripada perjalanan peribadinya yang akhirnya membawanya kepada Islam. Di dalam videonya yang di upload pada 14 July 2024, beliau menerangkan intipati lagu terbaru si dajjal ini. Beliau menyifatkan ‘em sebagai “sellout” ataupun pengkhianat kepada bangsa manusia.
Jika dilihat pada cover album ini sahaja sudah ada symbolism mata satu yang sering dikaitkan dengan illuminati. Menurut Dravon, para artis ini sudah tidak berselindung lagi bercakap tentang diri mereka yang terlibat dengan organisasi rahsia ini.
Ada beberapa sebab yang menyumbang kepada keterbukaan ini. Kita akan bincangkannya nanti. Tapi pada clip seterusnya nanti, Dravon ada menyebut tentang bagaimana seseorang itu boleh dipengaruhi oleh entiti untuk memberinya beberapa kelebihan luar biasa.
Jadi, ini mungkin menjelaskan kenapa Em mempunyai 2 sosok iaitu Marshall dirinya yang sebenar, dan Slim Shady yang lebih dikenali dengan lyricism yang gelap, kasar, kurang ajar, explicit dalam sexuality dan juga kejam. Sebagai contoh dalam lagu Kim, dia membunuh isterinya.
Hmm….bunyinya dah macam ada masalah mental. Sebenarnya bila ada orang claim yang dia ada persona lain dalam diri dia mengingatkan saya kepada Iqram Dinzly. No pun intended.
Theory Conspiracy adalah istilah yang diwujudkan untuk mengelirukan orang ramai dengan mengatakan bahawa ianya sebagai suatu fantasi paranoia yang tak wujud. Orang-orang yang bercakap tentang konspirasi sesuatu perkara itu dikatakan membuat spekulasi yang berlebihan tanpa mempunyai sebarang bukti dan asas yang kukuh.
Walaupun ada bukti yang terbentang di depan mata, tetapi mereka akan selamba menafikannya dengan hujah teori konspirasi. Sebagai contoh, kes 9/11 adalah rancangan kerajaan untuk menghalalkan penyerangan iraq bagi menjajah sumber minyak di sana. Dikatanya teori konspirasi.
Apa pun, ada bars di dalam lagunya ini yang ‘em memanggil orang-orang yang mengambil liriknya secara literal sebagai bodoh. Inilah bendanya. Mereka boleh cerita macam-macam kemudian cakap “it’s just a joke”. It is an art expression dan pelbagai dalih lagi.
Ini adalah proses normalisasi dengan melakukannya secara berulang-ulang kali. Ini adalah proses repetition dengan objektif menjadikan benda itu kelihatan normal, jenaka dan seterusnya tiada orang yang peduli. Ini menjadikan dajjal sebenar lebih mudah untuk diterima apabila muncul kerana dia tidak lagi dilihat sebagai satu sosok yang perlu dijauhi.
Lirik-liriknya yang penuh dengan najis, makian dan cacian tetap diterima dengan baik oleh pendengar kerana telah dijadikan indah seperti yang disebutkan dalam Al-Quran bahawa syaitan akan menjadikan setiap perkara yang mungkar kelihatan elok dan cantik.
Maka berleluasalah seks bebas, arak, judi, penceraian dan segala macam gejala sosial yang boleh berlaku di dalam sesebuah masyarakat. Tidak cukup dengan itu, sekalipun kita mungkin tak faham dengan music rap yang liriknya terlalu rumit atau laju, beats dan perkataan yang digunakan boleh memberikan kesan kepada hati sebaik ia masuk ke dalam telinga.
Cari sahaja journal-journal di internet yang mengatakan music boleh memberi kesan pada hati dan otak. Lirik dengan perkataan yang kotor boleh menggelapkan hati kita. Anak-anak kecil lebih mudah terkesan kerana otak dan hatinya seperti span yang menyerap semua benda dengan mudah.
Maka berhati-hatilah dalam memutarkan lagu di dalam kereta dan rumah anda. Seeloknya, jangan dimainkan langsung sebarang jenis musik, lebih selamat. Kerana music akan memenuhi hati. Hati yang penuh music dan kata-kata yang lagha akan sukar untuk menerima ilmu dan ayat-ayat Allah.
Jika anda bertanya, saya ada masalah ke dengan ‘em? Beria kondem. Jawapan saya adalah saya ada masalah dengan scene hip hop dari barat entirely. Terlalu kotor dan memualkan. B words, S words, BS dan sebagainya adalah zikir mereka. Perlahan-lahan elemen jijik ini dah meresap masuk ke dalam scene di tanah air dalam aliran mainstream.
Jika kita dengar lagu-lagu mereka, sebenarnya tanpa sedar hati akan rasa bertambah tertekan tanpa diketahui punca, mudah menyirap dan lidah terasa ringan untuk berkata yang bukan-bukan. Begitu real penangan music yang memberi kesan pada hati, ditambah lagi dengan lyrical kata-kata nista dalam lagunya.
Baik lagi layan Kmy Kmo, Aman Ra atau Ayien Rahman. Itu sahaja video kita pada kali ini. Terima kasih kerana menonton. Sila hempas butang like dan subscribe untuk melihat lebih banyak video tentang mukjizat Al-Quran dan pengetahuan lain berkenaan Islam.
Teologi Pembelaan Isu Mukjizat
Rujukan:
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan – BAYAN LINNAS SIRI KE-197: ISLAM DAN MUZIK. (2019, July 14). https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/3570-bayan-linnas-siri-ke-197-islam-dan-muzik
- Dravonishere. (2024, July 13). Eminem’s new album is written by the Illuminati for the Dajjal [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=l_W-UOOi_no







Leave a comment