This website is bilingual

Islam Meniru Hinduism

Posted:

Edited:

Author:

(Teks adalah skrip)

Assalamualaikum. Pernah viral isu berkenaan Jabatan Agama Islam Perak masuk ke kuil di mana katanya, untuk mencari persamaan diantara agama Hindu dan Islam. Menurut salah seorang peserta bernama Maria, ianya adalah satu program dakwah intensif yang telah diadakan beberapa kali dan kursus yang dihadirinya itu adalah yang ke-empat. Dari keratan frame yang dapat kita lihat di sini, kursus tersebut bertajuk “KURSUS CREATING OF INTERFAITH ACTIVIST” dan ia dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Perak.

Video pertama yang diupload telah mendapat kecaman yang teruk sehingga memaksa salah seorang perserta membuat satu video penjelasan pula untuk menerangkan keadaan dan tujuan sebenar lawatan tersebut. Video penuh boleh ditonton di link yang disediakan di ruangan description. Shoutout untuk bro Hashim sebab video jawapan dari peserta tu paling berkualiti dan lengkap setakat ini.  Saya dah tak jumpa yang orinya.

Penjelasan yang diberikan oleh puan Maria ni tidak menjawab banyak persoalan yang timbul kesan daripada video viral yang pertama. Maka, satu podcast yang panjang telah dibuat oleh bro ustaz Syihabudin menemuramah salah seorang penggerak program tersebut yang bernama Shahkirit. Linknya juga ada saya sertakan di ruangan description video.

Dalam video kali ini, kita akan bincangkan apa benda yang dikatakan sama di antara Islam dan hindu? Bahagian mana yang sama? Akidah ke benda lain? Siapa yang kata kita ada persamaan? Orang Islam ke atau hindu? Teruskan menonton hingga tamat agar kita semua sama-sama mendapat manfaat, insya Allah.

First sekali saya nak clarify, video kali ini bukan nak backup program yang dibuat oleh JAIP, ataupun menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku rentetan dari video yang viral itu. Jadi, kalau tuan-tuan ke sini untuk mendapatkan penjelasan tersebut, saya minta maaf. Boleh tengok video podcast dari ustaz Syihabudin di mana ada ramai orang awam yang call untuk minta penjelasan. Mungkin soalan yang anda nak tanya ada terjawab di situ.

Dari podcast itu, jawapan utama yang boleh didapati  adalah, “sama” yang dimaksudkan oleh puan maria tu bukannya akidah, tapi ada banyak perkara dan benda lain yang sama seperti nilai kemanusiaan dan sebagainya. Dan kalau anda perasan, adat orang Melayu juga ada persamaan dengan mereka. Ianya adalah realiti yang tidak boleh dinafikan. Kecuali potong jambul sebab ianya bukan adat. Ia adalah sunnah.

Tapi, tujuan video ini dibuat adalah untuk memberikan anda perspektif berbeza di mana saya akan mendedahkan realiti sebenar pandangan orang hindu berkenaan Islam. Ini adalah respond terhadap clip brader ni. Jika video dari pihak program terbabit adalah penjelasan dari sudut pandang mereka, video saya ini adalah dari sudut pandang penganut agama hindu.

Mungkin, ini adalah perspektif baru bagi anda yang tak biasa dengan ceramah dan perdebatan perbandingan agama. Saya percaya anda semua relax. Kalau anda jenis yang tak relax, boleh consider untuk tutup siaran ini. Sebab mungkin, anda akan overloaded dengan info yang anda tak biasa kalau tak pernah berminat dengan perbandingan agama. Kalau decide nak tengok, sila tengok sampai habis dengan penuh tanggungjawab dan……relax, insya Allah.

Sejujurnya, saya tidak tahu apa hasil dapatan dua hala dari lawatan yang dibuat ke kuil tersebut, tapi jika kita buat carian di internet, memang akan jumpa banyak video, artikel dan dakwaan yang mengatakan bahawa agama Islam meniru banyak perkara dari agama hindu. Ya…anda dengar betul. Sila jangan tukar siaran internet anda. Menurut mereka, Islam (MENIRU) agama hindu. (clip)

Apa hujah diorang untuk buat claim macam ni? Mungkin ini tidak mewakili semua penganut agama hindu terutama sekali di malaysia, tetapi dakwaan seumpama itu memang ada. Pernah sekali dulu masa bujang, saya potong rambut botak. Kebetulan plak pada waktu itu, adalah musim perayaan mereka. Seorang kawan hindu bertanya kepada saya kenapa botak? Dia tanya sebab dia sendiri pun baru je botak. Saya pun lupa saya jawab apa, tapi respond dia adalah “eh, samalah. Aku ni botak sebab bayar nazar”. Saya jem tak tau nak respon apa. Walaupun anda dan saya tidak akan setuju jika kita di samakan, tetapi realitinya, memang ada persamaan. (clip Ustza Iqram)

Soalan saya adalah, sekiranya ada seseorang yang beragama hindu cakap macam ni di depan muka anda, apa yang anda akan cakap? Menjawab dengan buku lima bukanlah cara yang terbaik kerana anda akan didakwa pula kerana mencederakan. Perkataan dia pun tiada perkataan yang mencarut.

Jadi adalah penting untuk kita menambah sedikit ilmu berkenaan agama lain untuk memberikan perspektif yang lebih luas tetapi masih berpaksikan Islam sebagai dasar keimanan kita, dan seterusnya dapat menjawab segala hujah dengan akal dan ilmu. Perkara yang haq dan perkara yang batil adalah dua benda yang berbeza. Jika anda yakin keimanan anda adalah yang haq, tidak perlu goyang untuk belajar agama lain sebab kebenaran akan menandingi kebatilan sebagaimana cahaya menerangi kegelapan. Sekiranya kita tak tau apa-apa pasal agama mereka, maka akan berlakulah kecelaruan. (clip) Sama ada ikut saja-saja tak tentu hala tujuan, atau menjadi titik kepada pertelingkahan.

Belajar sedikit pasal agama lain juga, dapat mewujudkan harmoni diantara kaum di negara kita, yang terdiri dari berbilang kaum dan bangsa. Allah menciptakan kita berbilang bangsa, untuk saling kenal-mengenal dan berbaik sesama kita. Agama yang berbeza adalah peluang untuk kita mencari pahala dengan mengikut sunnah rasulullah untuk berdakwah sesuai dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104. Dengan memahami agama mereka, mudahlah untuk kita memulakan dakwah dengan cara yang terbaik.

Pertama sekali, apa yang saya akan buat di dalam video ini adalah, kita senaraikan dulu apa perkara-perkara yang dikatakan sama itu sebagaimana yang didakwa oleh penganut agama hindu secara amnya, dan juga lelaki dalam video ini. Kemudian kita akan react terhadap semua perkara yang dikatakan sama itu dengan satu hujah yang mapan dan seterusnya, kita akan respond pula dakwaan lelaki hindu ini satu persatu.

Kisah Nabi Nuh

manou-vishnou-poisso.jpg
Manu terima maklumat akan berlaku banjir besar.

Untuk perkara-perkara yang penganut agama hindu kata Islam sama dengan mereka ialah, yang pertama, kisah nabi Nuh. Menariknya. kisah ini bukan sahaja ada di dalam  Quran dan juga al-kitab, tetapi juga di semua kesusasteraan peradaban dunia termasuklah antara yang terawal di Sumeria dengan tajuk The Epic of Gilgamesh. Di dalam peradaban hindu, kisah ini dikatakan ada di dalam Matsya Purana dan juga Satapa Brahamana di mana watak utama yang seiras dengan nabi Noh adalah bernama Manu. Mungkin kisah Manu ini ditiru dari manuskrip terdahulu?

Berihram & Tahallul

Persamaan lain yang mereka kata sama dengan kita ialah berihram dan tahallul. Dalam sesetengah upacara keagamaan, sami-sami mereka akan memakai dhoti yang nampak macam ihram ni walapun ada sedikit perbezaan. Mereka juga akan mencukur rambut mereka dalam upacara keagamaan tertentu untuk membayar nazar. Malah, mereka juga ada upacara potong jambul bagi bayi atau mereka panggil sebagai mundan.

Tawaf

Pradhakshina mengelilingi pokok suci.

Persamaan seterusnya yang menurut penganut agama hindu sama dengan kita adalah tawaf mengelilingi kaabah di mana mereka mendakwa, ini adalah pradhakshina di mana ia adalah upacara mengelilingi objek suci, sama ada kuil atau dewa atau tumbuhan suci atau orang suci atau gunung atau lembu atau orang tua dan ibu bapa sendiri. Ia dilakukan mengikut arah jam dengan objek suci di sebelah kanan sepanjang masa.

Puasa

Hindu berbuka puasa.

Perkara lain yang popular menurut penganut hindu yang dikatakan sama dengan kita adalah puasa dan nazar. Sebelum menyambut perayaan thaipusam, penganut hindu akan berpuasa selama sebulan. Bezanya, dalam tempoh sebulan ini, mereka berpuasa dengan makan sayur sehari sekali dan sentiasa mengunjungi kuil. Hanya 24 jam sebelum menyambut Thaipusam, mereka akan berpuasa sepenuhnya. Kemudian, mereka akan membawa kavadi sebagai tanda membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa Subramaniam.

Sembah Batu (?)

Terjemahan; "Mekah suci adalah kuil shiva?" - Gambar diambil dari sebuah web Hindu.
Terjemahan; “Mekah suci adalah kuil shiva?” – Gambar diambil dari sebuah web Hindu.

Sebenarnya ada banyak lagi, tapi ini yang terakhir yang popular dan paling epic setakat ini menurut dakwaan penganut agama hindu adalah kita sama-sama menyembah batu, cuma nama je berbeza. Ka’abah ini menurut mereka adalah shivling iaitu singkatan dari shivalingam. Lingam adalah simbolism kepada lelaki (zakar) dan ia sering dipadankan dengan yoni (faraj), yang merujuk kepada simbolism perempuan. Ada kepelbagaian menurut interpretasi mereka iaitu mereka menganggap struktur ka’abah itu adalah lingam manakala kawasan sekitarnya adalah yoni. Ada juga yang mengaggap bahawa yoni itu ruang hajarul aswad ini.

Hajarul Aswad

Ini adalah claim yang biasa kita boleh lihat kalau kita buat carian berkenaan topik “so called” persamaan ini. (Mungkin), tak semua penganut hindu di Malaysia membuat dakwaan yang sama seperti persamaan-persamaan yang disebutkan tadi. Apa pun, satu hujah ringkas yang boleh digunakan untuk menjawab ke semua dakwaan ini serentak adalah dengan menggunakan perumpamaan 2 buah buku.

Standard cetakan dikawal

Satu dicetak oleh syarikat Pelangi, manakala satu lagi dicetak oleh Sasbadi. Kalau kita buka isinya, akan ada banyak persamaan di antara keduanya. Adakah ini bermakna Sasbadi meniru Pelangi? Atau pelangi meniru sasbadi? Setelah disiasat rupanya ada 1 badan yang mengawal standard cetakan ini iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia. Maksudnya, ada 1 sumber authority yang menjadikan ke dua-dua buku ini nampak sama dan serupa isinya.

Di dalam Surah Ghafir ayat 78 dan Surah Yunus ayat 47, Allah ada berfirman bahawa setiap umat telah diutuskan Rasul dan bertanggungjawab menerangkan perihal Allah dan hukum-hukumnya. Ada diantara rasul-rasul utusan-Nya tidak diceritakan kepada kita. Ada hadis diriwayatkan dari Abu Dzar yang menyebut bahawa para anbiya’ telah diutus seramai 124,000 dan dari kalangan itu seramai 313 adalah rasul. Hadis ini dihimpunkan dalam Sahih Ibn Hiban dan telah dibincangkan di dalam page mufti wilayah persekutuan.

Jadi, tidak mustahil hinduism juga (ASALNYA) membawa mesej yang sama tetapi telah dipesongkan kepada fahaman lain iaitu menyekutukan tuhannya. Topik ini panjang untuk dibincangkan. Mari fokus kepada hujah “persamaan” tadi. Ke dua-dua agama ini mempunyai kitabnya sendiri. Sekarang mari kita bawa kepada penilaian. Mari ambil satu perumpamaan lain. Jika ada dua orang dipersoalkan kesaksian mereka, kita akan lihat siapa yang bercakap benar dan siapa yang berdusta. Sudah tentulah yang bercakap benar akan diambil kesaksiannya sebagai orang yang boleh dipercayai.

Keterangan dua saksi dinilai, siapa bercakap benar.

Mari ambil 1 sahaja point untuk menguji. Bumi menurut sains, adalah sebuah objek angkasa berbentuk sfera yang terapung tanpa sebarang tapak, tiang mahupun tali. Bulan dan matahari berputar mengelilingi orbit. Semua objek angkasa juga disifatkan seperti berenang dan berputar di dalam orbitnya di ruang angkasa kerana alam semesta ini tidak kosong tetapi di penuhi partikels.

Di dalam Purana, Bumi disifatkan flat seperti cermin yang berbentuk bulat, ataupun flat disk. Di dalam sebuah puisi bertajuk Avani-Kūrma Śataka, bumi di letakkan di atas kūrma bagi mengelakkannya jatuh ke dalam pātāla.

Kurma; penyu.

Di dalam citation nombor 8 kajian Purana yang dilakukan oleh penyelidik, pengarang cuba mengaitkan Al-Biruni sebagai penyumbang kepada idea bumi flat disk, tapi tiada bukti dikemukakan dan tiada citation dibuat berbanding kenyataan lainnya yang banyak memetik sumber dari purana. Bukti sejarah juga membuktikan Al-Biruni adalah penyumbang kepada teori bumi berbentuk sfera. Ini membantah sumbangan al-biruni sebagai penyumbang kepada idea flat earth. Rujukan ada di nombor 9 dan 10.

Hasil karya Al-Biruni

Sementara itu, di dalam Surah Al-Anbya’ ayat 33, Allah telah berfirman;

Dalam Surah As-Zumar ayat 5, fenomena yang disebutkan ini membuktikan bahawa bumi berbentuk bulat. Saya ada bentangkan dalam video di channel YouTube saya bertajuk Bentuk Bumi.  Jadi, dengan ini boleh disimpulkan bahawa Al-Quran memiliki ketepatan dari segi cosmology dan tidak terbantah. Ini membuktikan bahawa ia telah diturunkan oleh tuhan pencipta, Allah Azzawajala. Tak mungkin ada mana-mana manusia yang dapat expose maklumat setepat ini pada 1400 tahun lalu memandangkan tiada teknologi angkasa untuk mengesahkan.

Ini juga bertepatan dengan claim Allah bahawa Al-Quran adalah kitab yang tiada keraguan diturunkan untuk membetulkan kitab-kitab terdahulu seperti mana dinyatakan dalam Surah Al-Ma’idah ayat 48.(clip) Jadi tidaklah menghairankan kalau ada sama pun. Sama, tak bermakna anda adalah sumber. Kita akan bahas lagi statement saya ini di minit seterusnya. Jadi, mesej saya kepada semua Muslim, kalau ada orang claim agama sesiapa je sama dengan kita, korang kena relaks. Standby hujah. Benda boleh counter. Ini lah pentingnya belajar agama lain. Kita takkan jatuh murtad kalau baca bible, vedas atau apa-apa je. Asalkan jangan beriman kepada kitab tu plak dahlah.

Sekejap, sekiranya anda yang menonton adalah seorang yang beragama hindu, jangan swipe dulu. Ini adalah jemputan kepada anda untuk belajar tentang Islam. Mari, ada banyak lagi yang ingin saya sajikan. Ini adalah panggilan persaudaraan, bukannya permusuhan. Ini adalah enlightenment, insya-Allah.

At the end of the day, you can choose what you want to believe. And we agree to disagree. Mari sambung.

Sekarang, mari kita address statement saudara india kita ini (clip) Bro Hashim telah respond dengan efisyen sekali mengambil kira statement bro india tu tidak disertakan bukti. Untuk kita, Ok dah jawapan bro hashim ni. Tapi untuk lebih pencerahan mari kita explore.

Hinduism Agama Tertua

Izinkan saya memperkenalkan sebuah buku, The Discovery Of India, ditulis oleh seorang freedom fighter, yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri India pertama bernama Jawaharlal Nehru. Link untuk download pdf di ruangan description. Di halaman 74, penulis menyebut bahawa nama hindu tiada langsung di dalam rekod-rekod purba kesusasteraan india.

First time muncul perkataan hindu ni di dalam buku-buku India adalah pada abad ke 8 masihi, di mana hindu bermaksud orang atau people, bukan pengikut mana-mana agama. Walau bagaimana pun, perkataan ini adalah perkataan lama dan muncul di dalam peradaban purba parsi iaitu avesta. Parsi ye, bukan India. Parsi di sini. (clip) India di sini. Nama yang khusus untuk agama di india adalah Arya Dharma yang bermaksud kesatuan di mana ianya adalah campuran semua jenis kepercayaan yang ada di tanah itu samaada yang percaya vedas ataupun tidak.

Pada halaman 75, penulis cuba mentakrifkan makna hinduism dan ini adalah perkataannya.” Agama Hindu, sebagai satu kepercayaan, adalah kabur, tidak berbentuk, pelbagai sisi, lain orang lain maknanya. Ia sukar untuk ditakrifkan, atau untuk mengatakan secara pasti sama ada ia adalah agama atau tidak, dalam erti kata yang biasa. Dalam bentuknya yang sekarang, dan juga pada masa lalu, ia merangkumi banyak kepercayaan dan amalan, dari yang tertinggi hingga yang terendah (kasta), sering bertentangan atau bercanggah antara satu sama lain.

Pada saya, ini bermaksud hinduism bukanlah satu sistem kepercayaan yang tersusun seperti Islam, Christianity atau Judaism. Hinduism juga tidak mempunyai struktur agama dan disiplin ilmu yang ampuh. Dalam Islam, kita ada ilmu tauhid, fiqh, faraid, jenayat dans sebagainya. Banyak lagi. Penulis juga menyebut tentang bercanggah.  Mari lihat Surah An-Nisa’ ayat 82, (clip). Maksudnya, kalau sesuatu kitab tu bukan dari tuhan yang menciptakan seluruh alam semesta dengan ilmunya, tentulah ada banyak percanggahan. Tapi Al-Quran dari tuhan yang sebenar maka tiadalah percanggahan.

Kesimpulannya, sebenarnya tiada agama bernama Hinduism sehinggalah diberikan nama oleh british pada tahun 1877 oleh Monier-Williams  menurut Britannica. Ianya tiada standard khas yang mengawal dan tidak berstruktur.  Menurut Jawaharlal Nehru, agama yang ada di sekitar lembah Indus adalah Arya Dharma. Semua kepercayaan setempat disatukan tanpa mengira beriman pada vedas ataupun tidak.  Mahatma Gandhi di dalam satu text spiritualnya bertajuk The Essence of hinduism menyebut bahawa, A man may not believe in God and still call himself a Hindu. Penjelasan yang cuba diberikan oleh Gandhi adalah berbolak balik, contradicting and confusing. Tidak menjelaskan atau menyokong keutuhan hinduism. Saya minta maaf tapi statement anda invalid. Islam on the other hand, dipanggil Islam sejak dari mula dan perkataan itu ada di dalam Al-Quran. Di dalam surah Ali-Imran ayat 19 Allah berfirman,

Surah Al-Ma’idah ayat 3, Allah berfirman,

Bulan

Betul. Bulan ada di mana-mana yang related dengan Islam. Di kubah masjid, dalam kad ucapan hari raya, sampul duit raya. Nak puasa atau raya pun tengok bulan. Menariknya berkenaan tengok anak bulan, David A. King di dalam thesisnya ada menyebut bahawa “Dalam Islam, tidak seperti agama lain dalam sejarah umat manusia, prosedur saintifik telah digunakan untuk membantu mereka dalam pelbagai aspek upacara keagamaan.” Maknanya, Islam adalah agama yang compatible dengan sains. Sebenarnya, kaitan diantara Islam dan bulan telah disalah ertikan di mana ada orang menuduh bahawa Muslim menyembah bulan. Untuk counter, mari lihat Surah Fussilat ayat 37. (clip)

Kalau Allah itu bulan dan ingin kita sembah dia yang bulan tu, takkan dilarang macam dalam surah ni kan? Ayat ni juga menunjukkan perbezaan 3 entiti iaitu Allah sebagai tuhan yang layak disembah, bulan entiti lain, matahari entiti lain. Jadi, dengan ini auto invalid statement bro ini yang mengaitkan bulan pada masjid dengan shiva. Dah tu, kenapa bulan sinonim dengan Islam?

Well, Islam diawalnya tidak menggunakan sebarang simbol, logo atau lambang. Orang yang pertama kali guna bulan pada kubah masjid adalah Khalifah Uthman. (clip)

Lingam berbentuk zakar diletakkan dalam Yoni berbentuk faraj.

Saya takkan ulas banyak pasal shivalingam ni di sini. Boleh copy paste link pada rujukan nombor 17 dan 18 untuk bacaan anda. Tapi jika ditengok pada video ini (clip), mereka menyembah, bagi makan dan sebagainya. Mereka juga memanggilnya shivling atau shivalingam atau lingam. Maksudnya sembahan dan nama objek sembahan sama. Dan lagi, mereka tak akan pijak lingam ni.

Tapi tengok kaabah. (clip) Tuhan Islam namanya Allah dan kiub ini namanya Ka’abah. Kami tak sembah batu yang namanya Ka’abah ini. Kami sembah Allah. Dan Allah tiada di bumi mahupun dalam Ka’abah. Ringkasnya, ini adalah sekadar arah untuk solat. Dan ia juga lambang penyatuan dalam beribadah.

Bayangkan anda terbang dengan flight dan ada teropong, dan semua muslim decide untuk solat di luar rumah pada waktu yang sama, anda akan lihat semua orang mengadap pada arah yang sama, di seluruh dunia. Amazing! Takdelah sorang mengadap utara, sorang mengadap selatan, sorang mengadap langit. Dalam Islam, kita unite dalam ibadah. Dan lagi, kita tak bagi batu besar ni makanan, minuman ataupun susu. Lagipun, kita tak percaya tuhan perlukan makanan. Kenapa nak bagi tuhan makan sedangkan sepatutnya dia yang bagi kita rezeki?

Air Zamzam

Kita andaikan yang anda duduk di perak, saya di KL. Then saya claim air dari paip rumah anda tu adalah paip rumah saya. Make sense? Anda jawab sendiri. Sila bentangkan hujah anda macam yang saya buat ni. Tapi for the sake of argument, mari diskas. Seorang delusional psychopath terrorist bernama Yati Narsinghanand telah membuat claim bahawa telaga zam-zam adalah milik dewa mereka (clip ). Si bangsat yang berpengaruh kuat ni sebenarnya adalah ahli di dalam organisasi pengganas hindutva.

Ada pihak yang mendakwa bahawa sifat suci air zam-zam tu sama macam sucinya air sungai gangga. Jadi konsep air suci ni ditiru dari hinduism. 1st, kami tak buat mandi air zam-zam ni, tidak seperti hindu yang mandi di dalam sungai itu. Bukan setakat mandi, semua benda yang melibatkan kesucian akan dilakukan dalam sungai ini termasuklah melepaskan abu mayat, dan juga melepaskan mayat yang masih utuh sifatnya ke dalam sungai sehingga menyebabkan pencemaran yang dahsyat dan kronik di sungai “suci” itu. Ada kisah mythology berkaitan sungai gangga. Mari lihat jika ada kaitan kisahnya dengan kisah zam-zam.

Hmm…menarik. Tapi asal telaga zam-zam adalah apabila Nabi Ismail menghentakkan kakinya ke tanah. Kisahnya juga tiada kena mengena dengan sungai dari syurga, ada dewa tahan sungai tu dan sebagainya. Paling penting sekali, zam-zam bukannya sungai. Zam-zam adalah dari telaga. Langsung takde kena mengena. Jadi, statement brother ni invalid.

Jadi bang, selepas semua pembentangan ini, diharapkan ianya dapat mengubah persepsi anda tentang perkara yang abang sebut tu. Perkara yang dikatakan sama itu tidak membuktikan yang anda adalah sumber. At least boleh consider ada beberapa perkara yang ada, datang lebih awal seperti tamadun sumeria. Cuma dalam Islam, kami percaya perkara itu lebih awal dari sumeria pun, iaitu nabi Adam. Satu lagi,dalam Islam, kami diperintahkan untuk memeriksa segala maklumat yang diterima sebelum menelannya. Maka ,mungkin anda boleh follow juga.

Untuk episod akan datang, kita akan melihat pula perbezaan di antara Islam dengan agama lain di dunia yang akhirnya, membuktikan bahawa Islam adalah agama yang unik diantara semua agama yang ada di muka Bumi ini. Tidak ada yang setaraf dengannya sekaligus menjelaskan kenapa Islam adalah  agama yang paling pantas berkembang dan akhirnya menjadi agama yang akan mendominasi kehidupan manusia menjelang tahun 2070. (clip)

Itu sahaja video kita untuk kali ini. Terima kasih kerana menonton. Sila hempas butang like dan subscribe untuk melihat lebih banyak video lain yang bermanfaat berkenaan Islam.  Jumpa lagi di episod akan datang. Segala yang baik datangnya dari Allah, mana yang kurang adalah dari kelemahan saya sendiri. Mohon maaf sekiranya ada tersalah kata yang mungkin mengguris hati sesiapa. Tiada ubat yang manis. Wallahu A’lam Bis Sawwab. Assalāmu’alaykum.  


  1. ExoticIndiaArt. (2021, October 18). Dhoti-The Ancient Indian Attire of Gods, Sages and Kings. Exotic Indian Art. https://www.exoticindiaart.com/blog/dhoti/
  2. Lang, J. (2016, April 12). How Indians shave their head and hope for luck. BBC News. https://www.bbc.com/news/magazine-35972848 (Hindu shaving hair)
  3. Pandey, A., Pandey, A., & Pandey, A. (2020, August 19). What is Hindu Mundan Ceremony? – https://hindupriest.com/. https://hindupriest.com/ – Arjun Pandey. https://hindupriest.com/blog/what-is-hindu-mundan-ceremony/ (mundan)
  4. Pradakshina: Why do we go clockwise around temples. (2023, January 2). https://isha.sadhguru.org/en/wisdom/article/pradakshina-go-clockwise-around-temples (pradikshina)
  5. Kamal, F. (2020, February 8). Thaipusam, satu perayaan bagi mereka beragama Hindu bernazar dan bersihkan dosa. Thaipusam, Satu Perayaan Bagi Mereka Beragama Hindu Bernazar Dan Bersihkan Dosa. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/02/08/thaipusam-satu-perayaan-bagi-kaum-india-bernazar-dan-bersihkan-dosa/ (puasa & nazar Hindu)
  6. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan – AL-KAFI #1348: BERAPA JUMLAH NABI DAN RASUL YANG DIUTUSKAN ALLAH SWT? (n.d.). https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3641-al-kafi-1248-berapa-jumlah-nabi-dan-rasul-yang-diutuskan-allah-swt (jumlah Anbiya’)
  7. Knudsen, T. L. (2021). Three purāṇic statements on the shape of the Earth. History of Science in South Asia, 9, 128–166. https://doi.org/10.18732/hssa55 (Puranic Earth flat)
  8. DESAI, D. (2009). KŪRMA IMAGERY IN INDIAN ART AND CULTURE. Artibus Asiae, 69(2), 317–333. http://www.jstor.org/stable/20801625 (earth at the back of tortoise)
  9. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan – Carian. (n.d.). https://www.muftiwp.gov.my/ms/carian?q=al-biruni (al-biruni)
  10. COLMAN, W. J. A. (2011). 95.05 Measuring the radius of the Earth. The Mathematical Gazette, 95(532), 72–76. http://www.jstor.org/stable/23248623 (al-biruni)
  11. Wikipedia contributors. (2024, August 3). Hinduism – Wikipedia. https://en.wikipedia.org/wiki/Hinduism (nama Hinduism)
  12. Dimock, E. C., Gold, A. G., Narayanan, V., Basham, A. L., Doniger, W., Van Buitenen, J., & Smith, B. K. (2024, August 4). Hinduism | Origin, History, Beliefs, Gods, & Facts. Encyclopedia Britannica. https://www.britannica.com/topic/Hinduism (origin of hinduism)
  13. Mazumdar, B. P. (1970). MANUS IN THE PURANAS. Proceedings of the Indian History Congress, 32, 85–92. http://www.jstor.org/stable/44141054 (great flood)
  14. Wayback machine. (n.d.). https://web.archive.org/web/20150724045756/http://www.mkgandhi.org/ebks/essence_of_hinduism.pdf (Ghandi’s spiritual texts)
  15. Companion Encyclopedia of the History and Philosophy of the Mathematical Sciences. (n.d.). Google Books. https://books.google.com.my/books?id=2hDvzITtfdAC&pg=PA80&redir_esc=y#v=onepage&q&f=false (Islam guna ilmu saintifik untuk beribadah)
  16. Huda. (2018, September 12). A history of the Crescent moon in Islam. Learn Religions. https://www.learnreligions.com/the-crescent-moon-a-symbol-of-islam-2004351 (bulan sabit)
  17. Doniger, W. (2011). God’s Body, or, The Lingam Made Flesh: Conflicts over the Representation of the Sexual Body of the Hindu God Shiva. Social Research, 78(2), 485–508. http://www.jstor.org/stable/23347187 (lingam phallus)
  18. The Cult of the Lingam – Open the magazine. (2022, July 4). Open the Magazine. https://openthemagazine.com/lounge/books/the-cult-of-the-lingam/ (lingam & yoni)
  19. The Editors of Encyclopaedia Britannica. (1998, July 20). Lingam | Hinduism, Shiva & Worship. Encyclopedia Britannica. https://www.britannica.com/topic/lingam 
  20. Mesej keganasan dari hindutvavi: https://youtube.com/shorts/F6TczBBZd_w?si=yPwvbLNtDoAtupqO 
  1. TikTok – Make your day. (n.d.). https://www.tiktok.com/@beritapertiwi/video/7397997809447849234 (JAIP masuk kuil)
  2. Hashim Kawsin. (2024, August 2). TERUK DI KECAM, JABATAN AGAMA ISLAM PERAK TAMPIL BERI JAWAPAN [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=-tQRzcK0TkM (Shoutout untuk bro Hashim)
  3. Syihabudin Ahmad. (2024, August 3). Live Podcast: Ziarah Kuil, Banyak Persamaan Hindu dan Islam?! Ulasan daripada Saksi Hidup! [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=Ll_q7_5IOpg

Leave a comment

We understand that life’s challenges are a test of faith. Through reflections, Quranic miracles, and Islamic apologetics, we aim to help you deepen your understanding of Islam.