Pengenalan
Video untuk episod pertama di dalam segmen ini adalah daripada ceramah yang disampaikan oleh Sheikh Ammar Al-Shukry. Beliau berasal dari Sudan dan kini menetap di Queens, New York. Beliau memegang dua ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam dan Pemasaran, dan kini berkhidmat sebagai Pengarah di Institut AlMaghrib serta Imam di Clear Lake Islamic Center, Houston.
Menurutnya dosa adalah sangat bahaya dan boleh memberi kesan kepada yang besar kepada kita.
Shiekh Ammar menegaskan bahawa dosa boleh membawa kerosakan kepada diri kita sebagaimana hujahnya dengan memetik kata-kata Ibnu Qayim di mana dosa menyebabkan lebih banyak kerosakan pada hati berbanding racun yang menyebabkan kerosakan pada tubuh.
Menurutnya lagi, Ibnu Abbas pernah berkata bahawa apa yang akan datang selepas sesuatu dosa itu dilakukan adalah lebih buruk dari dosa itu sendiri.
Hilangnya rasa malu semasa melakukan dosa adalah lebih buruk dari dosa itu sendiri. Hilang rasa malu terhadap Allah dan juga malaikat yang sedang mencatatkan amalan kita adalah sangat buruk dan teruk.
Hilangnya rasa gentar di dalam hati terhadap murka dan hukuman Allah adalah sesuatu yang sangat buruk dan lebih besar dari dosa itu sendiri.
Ilmu Terhalang
Kesan besar pertama akibat dari melakukan dosa adalah kita akan terhalang dari menerima ilmu. Keadaan ini dipanggil sebagai..
Ilmu dan pengetahuan adalah cahaya yang Allah sinarkan ke dalam hati seseorang. Kebanyakan dari kita berfikir bahawa pengetahuan hanyalah tentang menghafal dan memahami ilmu yang banyak.
Tetapi sebenarnya, pengetahuan adalah cahaya yang Allah sinarkan ke dalam hati hamba-hambaNya yang beriman. Cahaya yang Allah kurniakan ini adalah sesuatu yang memberikan kita wawasan pada saat orang lain tidak mempunyai penglihatan. Imam Malik pernah berkata kepada Imam As-Syafi’i:
Cahaya yang dipancarkan ke dalam hati kita boleh menjadi gelap akibat dosa yang kita lakukan. Maka kita haruslah berjaga-jaga dari melakukan dosa terutama sekali mata kita. Bak pepatah orang-orang tua, dari mata turunnya ke hati. Kalau anda boleh faham, fahamlah.
Hilang Rezeki
Kesan yang kedua, Shiekh Ammar berkata bahawa seseorang akan kehilangan rezekinya. Terdapat sebuah hadis yang indah di mana Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam bersabda,
Ada sebuah kisah di mana ada seorang pengembara yang dalam keadaan berdebu, miskin dan patah hatinya berdoa kepada Allah. Namun Rasulullah berkata bahawa doanya tidak dimakbulkan kerana segala-gala yang ada pada dirinya adalah benda yang haram.
Kesimpulan
Dosa membawa kesan yang mendalam terhadap kehidupan seseorang, baik dari segi hubungan dengan Allah, kesihatan rohani dan jasmani, serta keberkatan dalam rezeki dan umur. Setiap dosa yang dilakukan bukan sahaja mempengaruhi individu itu sendiri tetapi juga hubungannya dengan masyarakat dan orang-orang soleh di sekelilingnya. Oleh itu, penting untuk kita sentiasa bermuhasabah dan memohon perlindungan daripada Allah agar tidak terjerumus ke dalam dosa.
Sebagai hamba Allah, kita diseru untuk memperbaiki diri, menjaga hati daripada noda, dan meningkatkan ketaatan. Doa dan zikir menjadi penawar kepada kelemahan akibat dosa, seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidatina Fatimah dan Saidina Ali. Usaha meninggalkan dosa adalah langkah menuju kehidupan yang diberkati dan penuh makna, serta menjadikan kita lebih dekat kepada Allah.
Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk menjauhi dosa, mencintai ketaatan, dan meraih keredhaan-Nya. Amin.
Teologi Pembelaan Isu Mukjizat
Rujukan:
- AmmarAlShukry. (2017, February 22). Effects of Sin Ammar AlShukry [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=PXElwW61feU
- Sepriansyah, D. (2015, July 11). Setiap Jiwa Tidak akan Mati Sampai Rezekinya Sempurna, Tips Mencari Kerja. Sripoku.com. https://palembang.tribunnews.com/2015/07/11/setiap-jiwa-tidak-akan-mati-sampai-rezekinya-sempurna-tips-mencari-kerja







Leave a comment