Pengenalan
Bagaimanakah kita dapat memastikan bahawa perkataan yang kita baca dalam teks agama, khususnya dalam Islam, sememangnya berasal dari Tuhan yang menciptakan langit dan Bumi ini?
Soalan ini bukan khusus untuk umat Islam sahaja, tetapi juga merupakan pertanyaan universal yang tidak hanya dikemukakan kepada mereka yang ragu-ragu terhadap kebenaran sesuatu teks agama itu, tetapi juga orang-orang yang mengaku beriman terhadap apa sahaja agama yang dianutinya.
Jika kita fikirkan secara logik, ia seharusnya mempunyai bukti yang langsung tidak dapat disangkal jika dicabar dengan apa cara sekalipun.
Apabila meneliti Islam, sumber utama wahyu ilahi ini ialah Al-Quran. Untuk menentukan asal usul ilahi, seseorang mesti meneliti bukti yang menunjukkan yang ia benar-benar daripada Tuhan. Salah satu bukti utama yang meyakinkan itu terletak pada sifat unik bahasa Al-Quran.
Al-Quran, yang ditulis dalam bahasa Arab, mempunyai kualiti yang membezakannya daripada semua kitab suci lain iaitu ia tidak boleh ditiru.
Ciri ini telah diakui bukan sahaja oleh orang Islam tetapi juga oleh orang bukan Islam, terutamanya orang bukan Islam dari kalangan bangsa Arab yang telah cuba meniru gayanya.
Walaupun telah banyak percubaan dilakukan, namun tiada siapa yang berjaya menghasilkan teks yang sepadan dengan ketinggian bahasa Al-Quran dalam bahasa Arab.
Ini bukan sekadar pendapat subjektif berdasarkan keindahan teks, tetapi fakta kukuh yang diakui oleh ahli bahasa dan sarjana.
Jadi untuk video kali ini, kita akan membincangkan salah satu mukjizat terbesar yang ada pada Al-Quran iaitu ketinggian bahasanya, dan juga cabaran Allah terhadap manusia yang menolak risalahnya ini.
Bahasa Al-Quran
Bahasa Al-Quran sangat unik sehingga mempunyai genre tersendiri dalam kesusasteraan Arab, seterusnya menekankan sifat mukjizatnya.
Al-Quran memberikan cabaran khusus kepada umat manusia kesuluruhannya iaitu menghasilkan teks yang sesuai dengan kefasihan dan gayanya. Cabaran ini telah berdiri selama lebih seribu tahun namun masih belum dapat ditandingi. Allah telah mencabar umat manusia melalui wahyunya.
Surah Al-Baqarah ayat 23-24:
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.
Cabaran Yang Masih Berdiri

Allah mencabar umat manusia untuk menghasilkan satu surah yang setanding dengan Al-Quran yang diturunkannya dan ia diulang beberapa kali dalam al-Quran di dalam ayat yang lain seperti Surah Al-Isra’ ayat 88(17:88), Surah Hud ayat 13 (11:13), Surah Yunus ayat 38 (10:38) dan Surah At-Tur ayat 34 (52:34)
Cabaran untuk menghasilkan surah, yang sekurang-kurangnya serupa dengan surah al-Quran dalam keindahan, kefasihan, kedalaman bahasanya dan juga kedalaman maknanya, masih belum dipenuhi hingga ke hari ini.
Itu belum lagi kita bercakap tentang sebarang kenyataan di dalamnya yang boleh diuji dengan kaedah saintifik mahupun kajian sejarah untuk membuktikan kebenarannya seperti di dalam Surah An-Nahl yang bercakap tentang lebah, Surah Nuh yang ada bercakap tentang bulan dan banyak lagi.
Al-Quran diturunkan di dalam bahasa Arab dan kebanyakkan dari kita hanya memahami isi Al-Quran melalui versi terjemahan yang telah diterjemahkan ke bahasa pertuturan kita.
Terjemahan itu pula menggunakan perkataan terbaik yang kita ada untuk memahami perkataan bahasa Arab di dalam Al-Quran walaupun secara hakikatnya terjemahan kita itu tidak sepadan dengan makna sebenar ayat ataupun perkataan tersebut.
Biar saya berikan perspektif kepada anda supaya lebih mudah untuk difahami. Bayangkan saya meminta anda bercakap dengan saya di dalam bahasa Melayu, tentang sesuatu perkara.
Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan menggunakan sebarang struktur tatabahasa Bahasa Melayu yang sedia ada. Sebaliknya, anda mesti mencipta binaan tatabahasa baharu yang kita tidak pernah gunakan sebelum ini dan ucapan anda mestilah fasih.
Selain itu, anda perlu memperkenalkan perkataan yang kita tidak biasa gunakan, namun kita masih boleh memahaminya pada hari ini mahupun pada masa akan datang.
Selain itu, ambil perkataan lama yang sebelum ini digunakan dalam konteks tertentu dan masukkannya dengan cara baharu dalam ayat yang anda bina dan ianya boleh difahami dan diterima sebagai satu tatabahasa Bahasa Melayu pada hari ini, dan pada masa akan datang sekalipun seribu tahun kedepan.
Di dalam ayat tersebut masukkan juga sebarang kenyataan yang kita boleh uji ketepatan faktanya samaada menggunakan kaedah saintifik mahupun sejarah dan ianya tidak bercanggah dengan fakta yang terbukti kukuh yang ada pada hari ini, ataupun hanya akan mampu dibuktikan pada masa akan datang.
Tidak cukup dengan itu, ucapan anda itu haruslah boleh terpelihara sehingga beberapa abad sekalipun tanpa sebarang perubahan dan percanggahan.
Harus diingat Al-Quran diturunkan 1400 tahun dahulu dan disampaikan melalui Rasulnya junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W yang tidak boleh membaca mahupun menulis ditengah-tengah padang pasir, namun sehingga hari ini masih banyak ilmu pengetahuan dan rahsia yang kita masih boleh pelajari hingga ke hari ini, dan juga pada masa akan datang.
Cabaran yang dikemukakan oleh Allah ini sangat mencabar, bukan?
Untuk memantapkan lagi cabarannya Allah menurunkan tahap kesukarannya peringkat demi peringkat iaitu bermula cabaran untuk menghasilkan sebuah kitab yang setanding dengan Al-Quran, kemudian diturunkan kepada 10 surah, kemudian diturunkan kepada 1 surah sahaja. Sekarang, untuk menjadikan keadaan lebih mudah, cuba hasilkan 1 ayat sahaja yang mempunyai ciri-ciri seperti ini.
Tidak menghairankan jika anda fikir anda tidak boleh melakukannya
Ia sememangnya satu tugas yang amat sukar untuk kita kecuali bagi pencipta alam semesta ini yang merupakan Maha Bijaksana. Dia jugalah yang Maha Mengetahui segala yang nyata dan juga tersembunyi.
Dengan meneliti cabaran yang diajukan oleh Al-Quran kepada manusia untuk menghasilkan sesuatu yang setanding dengannya, khususnya dalam aspek bahasa dan kandungan ilmiah, kita dapat mengenali keunikan dan kehebatan Al-Quran sebagai mukjizat ilahi.
Cabaran ini, yang berdiri teguh selama lebih dari seribu tahun, menekankan bahasa yang unik dan tidak dapat ditiru serta kandungannya yang melebihi pemahaman dan pengetahuan manusia pada zamannya.
Kita diingatkan untuk memahami Al-Quran bukan hanya sebagai kumpulan kata-kata, tetapi sebagai petunjuk hidup dari Tuhan yang Maha Bijaksana.
Meskipun kita dapat menerjemahkan maknanya ke dalam bahasa yang kita pahami, keindahan dan kedalaman bahasa Arab Al-Quran tetap menjadi bukti keagungan ilahi yang tidak dapat dicapai oleh usaha manusia.
Oleh karena itu, cabaran Allah kepada manusia melalui Al-Quran tetap berdiri sebagai panggilan untuk merenungi dan mengakui keagungan ciptaan-Nya yang tiada tandingan.
Teologi Pembelaan Isu Mukjizat
| Linguistik | Astronomi | Biologi | Entomologi | Oceanografi | Geologi | Fizik |
Rujukan:
- Najib, S. H. A. (2022, August 2). Cabaran mencipta kitab seperti al-Quran. IKRAM. https://ikram.org.my/cabaran-mencipta-kitab-seperti-al-quran
- Naik, Z. (2007). The challenge of the Quran. In The Qur’ân & Modern Science: Compatible or incompatible? essay, Darussalam.
- The Muslim Lantern. (2023, February 23). Arab Christian introduced to the challenge of the Quran! Muhammed Ali [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=n-flvFktgzU
- Arberry, A.J (1955). The Koran: Interpreted. New York: Macmillan.pp. xi
– The Koran cannot be translated. That is the belief of old-fashioned Sheykhs and
the view of the present writer. The Book (the translation) is here rendered almost literally and every effort has been made to choose befitting language. But the result is not the Glorious Koran, that inimitable symphony, the very sounds of which move men to tears and ecstasy. It is only an attempt to present the meaning of the Koran — and peradventure something of the charm — in English. It can never take the place of the Koran in Arabic, nor is it meant to do so.
- Armstrong, K (1994). A History of God.p.169
– “It is as though Muhammad had created an entirely new literary form that some people were not ready for but which thrilled others. Without this experience of the Koran, it is extremely unlikely that Islam would have taken root.”
- Leaman, Oliver (2006). The Qur’an: an Encyclopedia.p.404
– “the verses of the Qur’an represent its uniqueness and beauty not to mention its novelty and originality. That is why it has succeeded in convincing so many people of its truth. it imitates nothing and no one nor can it be imitated. Its style does not pall even after long periods of study and the text does not lose its freshness over time”
- William, Gary (1977). The Amazing Quran. p57
– The odds that Muhammad (S.A.W), an illiterate, guessed correctly about thousands and thousands of subjects, never once making a mistake, are so high that any theory of his authorship of the Quran must be completely dismissed ‐ even by the most hostile enemies of Islam!







Leave a comment