This website is bilingual

Sifat Tuhan Di Dalam Alkitab

Posted:

Edited:

Author:

Photo by Mikhail Nilov on Pexels.com

Melayu | English

Sebagai seorang Muslim, kita percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab terdahulu dan kita wajib untuk beriman kepadanya. Tetapi kita juga percaya bahawa kitab-kitab yang pernah diturunkan-Nya telah pun rosak di tangan mereka (Yahudi & Kristian).

Kitab-kitab tersebut adalah seperti berikut:

  • Taurat; dikenali sebagai Torah dalam masyarakat Yahudi dan Kristian di luar manakala masyarakat di Nusantara memanggilnya dengan nama yang sama.
  • Zabur; dikenali sebagai Psalm dalam masyarakat Yahudi dan Kristian di luar atau Mazmur dalam masyarakat di Nusantara.
  • Injil; dikenali sebagai Gospel dalam masyarakat Kristian di luar manakala masyarakat di Nusantara memanggilnya dengan nama yang sama.

Maka mengatakan Tuhan di dalam Alkitab sebagai syaitan sebenarnya adalah satu tuduhan yang amat berat. Na’uzubillahiminzalik.

Namun apa yang saya akan bentangkan di sini adalah sebagai bukti bahawa kitab-kitab terdahulu telah rosak dengan amat teruk sekali sehinggakan jika dipetik ayat-ayatnya dapat menggambarkan bahawa Tuhan Alkitab adalah syaitan.

Ianya adalah bukti bahawa “fingerprint” syaitan dapat dilihat di dalam banyak tempat di Alkitab dan si laknat ini lah yang bertanggungjawab di dalam mengubah ayat-ayat-Nya melalui tangan-tangan juru tulis seperti yang diakui oleh Alkitab sendiri:

Pengakuan Korupsi

“Bagaimanakah kamu dapat berkata: Kami bijaksana dan kami memiliki Taurat TUHAN? Sesungguhnya, pena palsu dari juru tulis telah membuatnya menjadi bohong.”

Yeremia 8:8 (TB)

Menariknya, Al-Quran juga ada menyebut perkara yang sama dengan tambahan Allah melaknat mereka:

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, 

Surah Al-Baqarah 2:79

Percaya atau tidak, Yesus pernah memberitahu umat-Nya bahawa mereka adalah anak-anak syaitan, seperti yang disebut dalam Yohanes 8:44, di mana Dia berkata,

Kemudian dia meneruskan perdebatan epik ini dengan kaumnya dengan berkata,

Walaupun kita yakin bahawa kitab suci sebelumnya telah dirosakkan, namun kita juga menyedari bahawa ia masih memiliki sedikit kebenaran asal, seperti ucapan Yesus yang dinyatakan di atas.

Saya tidak fikir adalah keterlaluan untuk mengatakan bahawa kita umat Islam menegakkan prinsip yang sama yang terdapat dalam Sepuluh Perintah Tuhan, yang selaras dengan nilai-nilai Islam.

Kita tidak menganggap TUHAN dalam Bible sebagai syaitan secara literal. Tetapi artikel ini adalah perbandingan yang adil antara sifat syaitan yang disebut dalam Bible VS TUHAN, sama seperti yang saya lakukan pada artikel Allah VS Syaitan dalam artikel ini.

Tuhan, seperti yang kita fahami, seharusnya memiliki sifat-sifat Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Yang Maha Adil, dan sumber utama segala kebaikan serta rahmat. Kelembutan-Nya tiada tandingan, memberikan rahmat kepada mereka yang sesat dan menyambut taubat yang ikhlas dengan tangan terbuka. Kasih sayang-Nya meliputi segalanya, memberikan keselesaan, bimbingan, dan harapan kepada sesiapa yang mencarinya.

Namun, di dalam Alkitab, Tuhan digambarkan dengan sifat-sifat yang menimbulkan persoalan, seperti memberikan hukuman yang sangat kejam di dunia dan menunjukkan kemarahan, yang menjadikan gambaran-Nya sebagai Yang Maha Pengasih dan Maha Adil menjadi tanda tanya.

1 Samuel 15:3 (TB)

“Maka sekarang, pergilah, kalahkan orang Amalek, tumpaslah segala yang mereka miliki, jangan ada yang kau sisakan; bunuhlah semuanya, baik laki-laki maupun perempuan, anak-anak dan bayi, lembu sapi dan domba, unta dan keledai.”

Ini menimbulkan persoalan:

Tuhan jenis apa yang memerintahkan pembunuhan besar-besaran? Bunuh bayi? Dalam terjemahan English KJV, ayat ini menyebut “infant and suckling“. Dahsyat! Bayi kecil yang masih menyusu direntap dari ibunya dan dibunuh! Malahan tiada haiwan yang akan terlepas sama sekali walaupun seekor keldai. I mean, apa salah keldai tu??

“Maka sekarang bunuhlah semua laki-laki di antara anak-anak, dan bunuhlah juga setiap perempuan yang sudah pernah bersetubuh dengan laki-laki. Tetapi semua anak perempuan yang belum pernah bersetubuh dengan laki-laki, biarkanlah mereka hidup untukmu.”

Bilangan 31:17-18 (TB)

Kenapa? Arahan pembunuhan ini disertai perintah spesifik untuk menyimpan anak-anak perempuan dari suku Midian untuk diri mereka. Untuk apa? Sex?

Menariknya, Negara Israel telah menggunakan ayat ini untuk menghalalkan jenayah mereka terhadap penduduk Gaza dan memanggil mereka sebagai Amalek.

Bukan itu sahaja, Musa menurut Alkitab berasa begitu marah kerana bala tenteranya tidak membunuh para wanita seperti yang diarahkan. Lalu Tuhan pun menurunkan wabak kepada mereka disebabkan keingakaran itu.

Ini sangat berbeza sama sekali dengan Tuhan Al-Quran, Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Pengampun;

Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi jangan melampaui batas. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

Surah Al-Baqarah 2:190

Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Surah Al-Anfaal 8:61

Apabila kita meneliti Bible dengan teliti, kita dapati beberapa ayat lagi yang mengaitkan tindakan TUHAN dengan tindakan Syaitan seperti menggoda, menipu, dan menghasut orang.

TUHAN VS Syaitan Yang Menggoda

TUHAN VS Syaitan Yang Penipu:

Saya tak tergamak nak komen apa-apa di sini. Saya serahkan kepada anda untuk menilai.

Di seluruh Bible, tuhan-tuhan palsu sering digambarkan menuntut pengorbanan darah daripada pengikut mereka, kadangkala pengorbanan manusia sebagai cara untuk hajatnya dimakbulkan atau untuk tujuan penyerahan. Contohnya, tuhan Kanaan, Molokh, mewajibkan kanak-kanak dikorbankan dengan api, satu amalan yang dikutuk secara jelas oleh Tuhan yang benar:

Namun, ironinya, dalam doktrin Kristian, kepercayaan utama berkisar pada idea yang serupa bahawa Tuhan memerlukan pengorbanan ‘Anak-Nya yang tunggal’ untuk mengampuni dosa-dosa manusia. Konsep ini mencerminkan kepercayaan pagan bahawa pengampunan kepada tuhan memerlukan darah, yang bercanggah dengan pelbagai petikan Perjanjian Lama di mana Tuhan mengisytiharkan pengampunan tanpa sebarang pengorbanan sama sekali.

Dalam Yehezkiel 18:21–22, dinyatakan:

Begitu juga, Yunus 3:10 mencatatkan bahawa apabila penduduk Niniwe bertaubat dengan ikhlas,

Dalam kedua-dua contoh di atas, tiada pengorbanan yang dituntut. Hanya bertaubat dan membetulkan kembali akhlak dan moral mengikut aturanNya. Ini secara langsung menolak idea bahawa pengampunan Tuhan bergantung pada penumpahan darah orang yang tidak bersalah. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tanggapan mengorbankan “anak tuhan” yang diperkenalkan kemudian mencerminkan penyelewengan manusia, menggemakan mentaliti tuhan palsu yang sama yang pernah dikutuk oleh para nabi.

Walaupun umat Islam mengakui bahawa Allah pada asalnya menurunkan Taurat, Zabur, dan Injil kepada Bani Israel, Islam mengajarkan bahawa identiti, sifat, dan mesej sebenar-Nya tidak dipelihara sepenuhnya dalam bentuk kitab suci ini sekarang. Dari perspektif Islam, konsep Tuhan yang digambarkan dalam versi teks-teks ini yang kita ada hari ini, yang sering disebut dengan nama seperti YHWH tidak lagi mewakili sifat-sifat Allah yang sempurna atau keesaan-Nya dengan tepat.

Sebaliknya, kita percaya bahawa dari semasa ke semasa, penyelewengan dan perubahan yang diperkenalkan oleh tangan manusia dan pengaruh syaitan telah mengaburkan dan merosakkan mesej dan gambaran asal tentang Yang Maha Kuasa.

Akibatnya, Tuhan yang digambarkan dalam Bible mempunyai sifat-sifat syaitan dan merendahkan sepenuhnya Keagungan dan sifatNya yang Maha Penyayang. Inilah sebabnya mengapa ateis seperti Richard Dawkins, yang dibesarkan sebagai seorang Kristian, menggambarkan Tuhan Perjanjian Lama dalam bukunya The God Delusion sebagai;


Teologi Pembelaan Isu Mukjizat

Leave a comment

We understand that life’s challenges are a test of faith. Through reflections, Quranic miracles, and Islamic apologetics, we aim to help you deepen your understanding of Islam.