This website is bilingual

5 Rukun Islam: Panduan Asas Keimanan dan Ibadah

Posted:

Edited:

Author:

Melayu | English

Rukun Islam merupakan asas utama dalam ibadah yang diwajibkan ke atas setiap mukallaf, iaitu individu yang telah mencapai tahap keupayaan untuk memikul tanggungjawab agama. Bermula dengan pengucapan dua kalimah syahadah sebagai rukun pertama, setiap rukun Islam yang lain menjadi tanda pembeza antara seorang Muslim dan mereka yang kafir.

Muslim itu sendiri membawa maksud menyerahkan (surrender/submit) jiwa dan raganya hanya kepada Allah dan mentaati setiap suruhan dan larangan yang diperintahkan.

Seorang Muslim yang menjaga solatnya dengan sempurna pasti kelihatan berbeza daripada rakan-rakannya yang bukan Muslim. Begitu juga dengan ibadah puasa. Jika seorang Muslim meninggalkan puasa di bulan Ramadan, penampilannya akan menyerupai golongan yang tidak beriman, seolah-olah tiada bezanya antara dia dan orang kafir.

Rukun Islam adalah lima asas utama yang menjadi panduan dalam kehidupan setiap Muslim. Ia bukan sahaja menunjukkan kepatuhan seorang hamba kepada Tuhannya, tetapi juga membentuk akhlak, disiplin, dan keperibadian seseorang.

Berikut adalah rukun-rukunnya.

Dua kalimah ini adalah pengakuan keimanan yang mengesahkan seseorang sebagai Muslim. Ia bukan sekadar lafaz di bibir, tetapi pengakuan hati dan amal perbuatan. Kalimah ini menuntut keimanan kepada keesaan Allah (Tauhid) dan ketaatan kepada ajaran Rasulullah SAW sebagai penyampai wahyu.

Apabila pengakuan ini datangnya dari hati, maka lafaz dibibir tidak akan menjadi sebarang makna sekiranya seseorang itu melafazkan ucapan ini tanpa memahami maksudnya. Sekiranya seorang kafir itu diugut untuk melafazkan ucapan ini dengan mengacukan senjata kepadanya, maka tidak sah lah ke Islamannya.

Begitu juga sekiranya dia diperdaya (prank) untuk membacakan lafaz ini agar mendapat Iphone sebagai ganjaran tanpa memahami maksudnya, maka dia juga tidak akan menjadi seorang Muslim.

Solat adalah ibadah harian yang dilakukan lima kali sehari. Ia termasuk Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, dan Isyak. Solat menghubungkan seorang Muslim dengan Allah, mengukuhkan hubungan spiritual, dan membantu menjaga disiplin diri.

Jika kita melihat ada Muslim menjaga solatnya, tetapi sikap dan kehidupannya tidak mencerminkan akhlak yang terpuji, itu bermakna mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan solatnya atau mungkin juga solatnya tidak diterima. 

Zakat adalah kewajipan untuk memberi sebahagian kecil daripada harta kepada mereka yang memerlukan. Ia bertujuan untuk membantu golongan fakir miskin, membasmi kemiskinan, dan mengukuhkan solidariti dalam masyarakat Islam.

Puasa dilakukan sepanjang bulan Ramadan, di mana umat Islam menahan diri daripada makan, minum, dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Puasa bukan sahaja melatih kesabaran tetapi juga meningkatkan kesedaran rohani dan empati terhadap mereka yang kurang bernasib baik.

Haji adalah rukun Islam yang terakhir, wajib bagi mereka yang mampu dari segi kewangan dan kesihatan. Ia dilakukan sekali seumur hidup. Perjalanan ini memperkuat ukhuwah Islamiah dan mengingatkan umat Islam tentang kesamaan di hadapan Allah.

Rukun Islam adalah asas kepada keimanan dan amalan seorang Muslim. Melalui pemahaman dan pelaksanaan lima rukun ini, umat Islam dapat mencapai keseimbangan antara kehidupan dunia dan akhirat, serta menjadi individu yang bermanfaat kepada masyarakat. Muslim yang mematuhi Rukun Islam akan dapat dilihat perbezaan yang jelas antara dirinya dan orang bukan Islam di sekelilingnya, dari segi akhlak, disiplin, dan kesungguhan dalam melaksanakan tanggungjawab kehidupan. Pelajari dan hayati rukun ini untuk membentuk kehidupan yang diberkati.


Teologi Pembelaan Isu Mukjizat

Leave a comment

We understand that life’s challenges are a test of faith. Through reflections, Quranic miracles, and Islamic apologetics, we aim to help you deepen your understanding of Islam.