(Artikel ini didedikasikan kepada Ahli Kitab)
“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak beragama dengan agama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar “Jizyah” dengan keadaan taat dan merendah diri.”
Surah At-Tawbah 9:29
https://quran.com/9?startingVerse=29
Serius ah? Kita kena bunuh semua saudara-saudara dan kawan-kawan Kristian dan Yahudi kita kalau ikut ayat ini? Kalau ayat 9:29 benar-benar bermaksud begitu, bukankah semua orang Kristian di negara ini sepatutnya sudah mati sekarang?
Ada Sesuatu yang Tidak Kena
Memandangkan anda tinggal di negara majoriti Muslim, dan dikelilingi kawan-kawan Muslim, atau mungkin ahli keluarga anda ada yang memeluk Islam, tanyakan kepada mereka: mengapa mereka masih belum membunuh anda sekarang? Adakah kami (Muslim) salah mentafsir ayat ini, atau mengabaikannya kerana sebab tertentu, atau mungkin, anda yang tidak faham maksud ayat ini?
Media massa yang dikuasai oleh mason sering menggambarkan Islam sebagai kultus sesat yang jahat, sementara umat Islam dilabel sebagai barbar yang meletupkan diri atau membunuh orang secara sewenang-wenangnya. Sementara itu, mereka yang tidak peduli untuk mencari kebenaran hanya menelan mentah-mentah apa yang disajikan kepada mereka.
Mungkin para akademik, saintis, dan wartawan seperti Dr. Jeffrey Lang, Dr. Maurice Bucaille, Bruno Guiderdoni, Gary Miller, Lauren Booth, dan Yvonne Ridley memeluk Islam kerana mereka entah bagaimana terlepas pandang ayat “kejam” ini? Terdapat ramai akademik yang “buta” seperti mereka ini, tetapi untuk memendekkan cerita, mari kita terus kepada soalan sebenar: Apa sebenarnya maksud ayat ini?
Jadi, Apa Maksud Ayat Ini?
Ayat ini adalah arahan untuk memerangi orang Kristian. Titik.

Tenang.
Pertama, anda silap dalam memahami maksud “taqiyah”. Semak semula maksudnya sebelum menggunakan istilah tersebut. Kesalahan menggunakan istilah ini hanya membuat anda kelihatan seperti orang bodoh.
Kedua, kita perlu mengkaji ayat ini dengan teliti. Memang benar, meneliti tafsir dan karya ulama boleh terasa bingung. Tapi percayalah, usaha ini berbaloi.
Adalah mustahil bagi orang-orang yang saya sebutkan di atas untuk memeluk Islam hanya kerana keindahan satu atau dua ayat sambil mengabaikan yang lain yang mungkin kedengaran kejam. Maksud saya, mengubah agama adalah perkara besar dan memberi kesan yang besar terhadap kehidupan kita, termasuk aspek sosial, stigma dari keluarga, dan sebagainya. Orang-orang ini adalah orang yang bijak, cerdas, dan pasti akan mengkaji segalanya dengan teliti sebelum membuat langkah sebesar itu.
Kita akan mendekati perkara ini dengan dua cara. Pertama, kita akan memeriksanya secara permukaan tanpa mendalami tafsir atau tulisan ulama’. Kemudian, tidak dapat dielakkan, kita akan merujuk kepada hadith untuk melihat konteks dan sejarah di sebaliknya. Al-Quran tidak diturunkan kepada Rasulullah sekaligus di atas tablet seperti Nabi Musa. Wahyu kepada Rasulullah diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun, kebanyakannya sebagai respon kepada peristiwa tertentu atau menjawab soalan oleh orang-orang disekelilingnya. Dalam kajian Islam, terdapat sesuatu yang disebut Asbabun Nuzul, yang secara harfiah bermaksud Sebab-sebab Penurunan. Jangan risau—kita akan menjadikannya ringkas, dan saya akan menyediakan rujukan.
Tanpa berlengah lagi…
Mari Perang
“Jap…apa?!”
“Macam mana?“
Ianya jelas. Dengan hanya melihat ayat itu sekali baca, kita boleh katakan ia menyuruh saya berlawan dengan anda. Ada banyak cara untuk kita berlawan. Kita mungkin mengenakan belenggu besi pada leher, seperti yang digambarkan dalam Ulangan 28, merobek perut wanita hamil, seperti dalam Hosea 13, tendang telor antara satu sama lain, atau berlawan menggunakan papan kekunci, seperti yang selalu kita buat di platform seperti Quora, Facebook, X atau apa saja.
Pointnya, ia tidak disebut dengan spesifik dalam ayat itu. Perasan tak bagaimana tiada perkataan “BUNUH” dalamnya? Baru perasan? Sama-sama!

Kata dasar bagi perkataan قَـٰتِلُوا۟

Islam menghargai nyawa lebih daripada apa-apa pun, selepas keimanan yang mutlak dan tidak berbelah bahagi kepada Allah. Anda mungkin berkata, “Itulah sebabnya! Sebab korang percaya kepada Allah, maka korang menjadi pembunuh, perogol, dan barbar!”
Sabar dulu, jangan gelojoh, sila baca lebih lanjut.
Walaupun ayat itu bersifat kontekstual, namun jika seseorang ingin mengambilnya secara literal, ia masih tidak semestinya bermaksud mereka perlu membunuh anda. Kita boleh berdebat secara intelektual menggunakan hujah dan logik sebelum membuat kesimpulan. Ini serupa dengan alasan yang digunakan oleh pendebat Kristian untuk menjelaskan ayat di mana Yesus berkata, “Aku datang bukan untuk membawa damai, tetapi pedang.” Menurut mereka, ini difahami secara metafora, menekankan potensi perpecahan dan cabaran yang wujud dalam komitmen kepada keimanan Kristian. Jika “pedang” boleh ditafsirkan sedemikian, mengapa tidak “berperang”?
Bukti kepada hujah saya boleh dilihat dalam Surah Ali ‘Imran, di mana Allah menyebut bahawa tanggungjawab Muslim hanyalah untuk menyampaikan mesej. Jika orang kafir tidak melakukan apa-apa, biarkan mereka.
Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab, dan orang-orang yang “Ummi” (orang-orang musyrik Arab): “Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (agama Islam yang aku bawa itu)?” Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu).
Surah Ali ‘Imran 3:20
Fine… Tapi Peperangan Yang Muslim Lawan Fizikal!
Adakah Perang Salib hanya perang kata-kata? Adakah Spanish Inquisition sekadar debat antara Muhammad Hijab dan David Wood di Speaker’s Corner? Saya pun boleh juga mengatakan bahawa ayat “Aku datang bukan untuk membawa damai, melainkan pedang” bermaksud benar-benar memotong orang dengan pedang.

Penjajah tiba di Nusantara dan akhirnya ke Tanah Melayu dilakukan dengan pedang dan tipu daya. Ia tertulis dalam buku teks sejarah saya di sekolah.
Apabila Islam datang ke rantau ini melalui perdagangan,[1][2] penjajah datang dan bulldoze semuanya.[3] Mereka kemudian menyebarkan agama mereka di tanah yang mereka takluk. Saya tak perlu menyebut agama mereka, atau patutkah saya?


Pertempuran yang Diperintahkan Terhadap Ahli Kitab
Pertempuran yang diizinkan terhadap Ahli Kitab—Yahudi dan Kristian—sepenuhnya bersyarat. Tidak ada satu pun arahan dalam al-Quran untuk melawan atau membunuh orang kafir yang diberikan tanpa syarat tertentu. Tidak seorang pun dibunuh semata-mata kerana menolak Allah dan Nabi Muhammad (ﷺ).
Bahkan bapa saudaranya, Abu Talib, tetap seorang musyrik hingga ke saat kematiannya disebabkan oleh faktor usia lanjut,[10] meskipun dia telah bersama Rasulullah sepanjang kebanyakan masa. Seorang lagi bapa saudaranya, Abu Lahab, meskipun penolakan yang berterusan dan permusuhan terbuka terhadap Nabi (ﷺ) dan umat Islam, dia tidak pernah mencederakan umat Islam secara fizikal. Oleh itu, tidak pernah ada wahyu yang mengarahkan untuk membunuhnya. Namun, kerana permusuhannya dalam bentuk lain, seperti menyokong Quraisy dengan hartanya dan membayar orang untuk berperang bagi pihaknya dalam Perang Badar, Allah sendiri yang menguruskan Abu Lahab dengan mengirimkan penyakit kulit kepadanya, yang akhirnya menyebabkan kematiannya dalam keadaan yang sangat hina.[11]
Ayat yang kita bincangkan menyatakan untuk melawan mereka yang tidak percaya kepada Allah DAN “yang tidak menganggap haram apa yang Allah dan Rasul-Nya telah haramkan.” Kita akan membincangkan apa maksud “yang tidak menganggap haram” dan “yang tidak menganut agama yang benar” secara lebih mendalam dalam bahagian lain artikel ini.
Sebelum itu, izinkan saya menyampaikan beberapa contoh tambahan di mana arahan untuk melawan diberikan sebagai hasil daripada syarat-syarat tertentu:
1. Surah Al-Baqarah (2:190)
Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.
Konteks dan Syarat-Syarat:
Matlamat Keamanan: Ayat seterusnya, 193, menekankan penghentian permusuhan jika musuh menghentikan serangan mereka:
“Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan agama (iaitu ibadah) hanya untuk Allah. Tetapi jika mereka berhenti, maka tidak ada permusuhan kecuali terhadap orang yang zalim.”
Tidak Melampaui Batas: Umat Islam secara tegas dilarang melampaui batas, seperti menyasarkan orang awam atau menggunakan kekerasan berlebihan. [8][9]
Hanya Untuk Pertahanan: Perang hanya dibenarkan terhadap mereka yang memulakan permusuhan terhadap Muslim. Pernyataan “orang-orang yang memerangi kamu” adalah syarat yang mesti dipenuhi untuk melibatkan diri dalam pertempuran, di mana orang kafir memulakan serangan dan menindas Muslim. Prinsip yang sama juga berlaku untuk contoh-contoh lain di bawah ini.
2. Surah Al-Hajj (22:39-40)
Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi karena sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu,
Konteks dan Syarat-Syarat:
Izin untuk yang Tertindas: Ayat ini adalah ayat pertama yang memberikan izin kepada umat Islam untuk berperang. Ia dengan jelas ditujukan kepada mereka yang diperangi dan dianiaya.
3. Surah At-Tawbah (9:13-14)
Mengapakah kamu tidak memerangi orang-orang yang merusak sumpah (janjinya)? Padahal mereka telah keras kemauannya untuk mengusir rasul dan merekalah yang pertama kali memulai memerangi kamu. Mengapakah kamu takut kepada mereka? Padahal Allah-lah yang berhak untuk kamu takuti, jika kamu benar-benar orang yang beriman.
Konteks dan Syarat-Syarat:
Pelanggaran Perjanjian: Perang diizinkan terhadap mereka yang melanggar perjanjian dan secara aktif berusaha mencederakan komuniti Muslim. Malah, mereka yang memulakan serangan.
Pembelaan Diri: Ayat-ayat ini menekankan bahawa perang adalah sebagai tindak balas terhadap serangan dan pengkhianatan.
Jadi, sentiasa ada syarat yang memerlukan tindakan untuk menyelesaikannya. Pada permulaan penyebaran Islam, penentangan terhadap agama ini sering berlaku dalam bentuk kekejaman seperti penyiksaan dan pembunuhan, yang memerlukan tindakan pada tahap yang lebih tinggi—dalam kes ini, berperang. Ya, ada ayat yang menyebut tentang membunuh, tetapi itu kerana musuh yang memulakan serangan terlebih dahulu.
Namun, jika musuh menginginkan perdamaian, kita wajib memberikannya.
Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Surah Anfal (8:61)
Bukan itu sahaja, sementara Surah Al-Baqarah menghadkan umat Islam dengan memerintahkan mereka supaya tidak melampaui batas, Surah At-Tawbah (9:29), yang sedang kita bincangkan sekarang, menetapkan had kepada pertempuran apabila orang Kristian dan Yahudi membayar jizyah.
“sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk.“
Jizyah
Apa masalahnya? Kenapa mengeluh tentang membayar jizya sedangkan anda tiada masalah membayar cukai kepada kerajaan di negara tempat anda tinggal sekarang? Tahukah anda bahawa jizya sebenarnya memberikan manfaat yang lebih besar kepada anda berbanding umat Islam dalam keadaan tertentu?
Kata akar jizya adalah j-z-y, yang bermaksud “memberikan ganjaran kepada seseorang atas sesuatu”, “membayar apa yang sepatutnya sebagai balasan sesuatu.”[4] Jizya adalah cukai yang dikenakan ke atas penduduk bukan Islam dalam sebuah negara Islam. Cukai ini biasanya dikenakan kepada lelaki dewasa bukan Islam yang mampu bekerja dan mencari rezeki.[5] Pembayar cukai ini akan mendapat—perlindungan, pengecualian daripada perkhidmatan ketenteraan, kebenaran untuk mengamalkan agama bukan Islam dengan autonomi komuniti dalam negara Islam, dan sebagai bukti material kesetiaan mereka kepada negara Islam serta undang-undangnya,[4] malah kadar yang dikenakan juga lebih rendah berbanding zakat.[6]
Saya bukan pakar, mufti, atau ustaz, dan ini adalah topik yang luas yang memerlukan pemahaman mendalam dan sumber rujukan yang menyeluruh untuk benar-benar menyampaikan bagaimana ia sepatutnya dilaksanakan serta manfaatnya kepada masyarakat. Mungkin saya akan membuat artikel lain tentang ini selepas saya selesai menjalankan penyelidikan, tetapi untuk menolak Islam semata-mata kerana jizya dan tanggapan bahawa ia minindas Ahli Kitab dan mengabaikan manfaat yang dinikmati oleh mereka adalah tidak adil. Ia seperti hujah terdesak untuk memenangi perdebatan.
Sekarang, mari kita kembali kepada topik. Sila bersabar kerana kita akan meneroka hadis. Pasang tali pinggang anda!
“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak beragama dengan agama yang benar”
Ringkasnya, ini adalah gambaran tentang kumpulan orang tertentu dalam konteks tertentu. Ayat ini bersifat kontekstual, sebab itu anda tidak dibunuh oleh rakan Muslim, jiran, atau sesiapa sahaja. Ini juga sebab mengapa individu-individu bijak yang saya sebutkan tadi tetap teguh dalam agama ini walaupun mereka tahu tentang ayat ini.
Pernyataan dalam ayat tersebut tidak merujuk kepada semua orang Kristian atau Yahudi pada setiap masa. Jadi, siapa sebenarnya orang-orang ini, dan apa kisah di sebaliknya?
Pendeta E. M. Wherry, seorang pengkritik Islam yang terkenal, menyatakan:
“Ayat 29-128 merujuk kepada peristiwa yang berkaitan dengan ekspedisi ke Tabuk, yang berlaku pada bulan Rajab tahun ke-9 Hijrah.
Namun, ayat-ayat tersebut tidak semuanya dinyatakan dalam satu masa, tetapi sebahagiannya sebelum ekspedisi, sebahagian ketika dalam perjalanan, dan sebahagian lagi selepas pulang. Ayat 29-35 boleh dirujuk kepada waktu ketibaan di Tabuk, apabila putera Kristian, John dari Aylah, menyerahkan dirinya kepada Muhammad dengan membayar jizyah.”[12]

Dilihat dalam konteks sejarahnya, ayat ini diturunkan sebagai perintah kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam untuk bertindak balas terhadap Empayar Byzantin (Rom), yang telah bersiap sedia untuk menyerang komuniti Muslim. Dalam Sahih Muslim, disebutkan:
“Beliau (Hadrat ‘Umar) berkata lagi: Aku mempunyai seorang sahabat dari golongan Ansar, dan kami bergilir-gilir menemani Rasulullah. Dia berada di sana pada suatu hari, manakala aku berada di sana pada hari yang lain, dan dia membawa berita kepadaku tentang wahyu dan perkara lain, begitu juga aku membawakan berita kepadanya seperti itu. Dan kami berbincang bahawa Ghassanid sedang menyediakan kuda-kuda mereka untuk menyerang kami. Suatu ketika, sahabatku menghadiri majlis Rasulullah dan kemudian datang kepadaku pada waktu malam, mengetuk pintuku dan memanggilku. Aku keluar menemuinya, dan dia berkata: Ada perkara yang sangat penting berlaku. Aku bertanya: Apa itu? Adakah Ghassanid telah datang? Dia menjawab: Tidak, tetapi sesuatu yang lebih serius dan lebih penting daripada itu: Nabi telah menceraikan isteri-isterinya.” [13]
Jika anda cukup bersemangat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Perang Tabuk, Ghassanid, hadis ini, atau apa-apa yang berkaitan dengannya, anda boleh mencarinya sendiri. Artikel ini hanya bertujuan untuk membuktikan bahawa Surah At-Tawbah ayat 29 bersifat kontekstual. Walaupun ada yang mengambilnya secara literal, mereka tetap terikat dengan adab dan prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah dan disampaikan oleh Rasul-Nya.
Masih tak cukup baik ke? Sudahlah mereka hendak menyerang, malah kita bagi peluang pula untuk berdamai dengan membayar cukai.
Etiquette & Principles of War in Islam

Islam bukan agama pasifisme (menolak keganasan dan perang). Kita lawan balik.
Selama 15 tahun, umat Islam pada zaman Nabi diseksa, dianiaya secara fizikal, dan diboikot secara ekonomi. Banyak pembunuhan berlaku semasa tempoh di Mekah, tetapi Islam menekankan kesabaran sehingga umat Islam cukup kuat untuk mempertahankan diri. Surah Al-Hajj (22:39-40) menjadi titik permulaan apabila mempertahankan diri dibenarkan kerana penindasan yang berterusan.

Namun, pernyataan “tetapi jangan melampaui batas” dalam Surah Al-Baqarah (2:190), seperti yang disebutkan di atas, pada dasarnya adalah arahan kepada tentera Muslim untuk tetap berperikemanusiaan terhadap musuh, meskipun kekejaman yang telah mereka alami di tangan Quraisy sebelum wahyu ayat ini. Berikut adalah garis panduan prinsip dan kod etika dalam konflik dan perang.
Prinsip dan Kod Etika Perang dalam Islam
- Pertahanan, Bukan Serangan:
Perang hanya dibenarkan untuk mempertahankan diri atau melawan penindasan dan pengkhianatan yang jelas. Bukti telah diberikan di atas melalui ayat-ayat yang dikutip. - Etika Kemanusiaan:
Orang awam, bukan kombatan, wanita, kanak-kanak, malah pokok dan tanaman perlu dilindungi.[8][9] - Keamanan Sebagai Matlamat:
Apabila musuh menghentikan permusuhan atau menawarkan perdamaian, umat Islam mesti membalas dengan perdamaian.
- Surah Al-Baqarah (2:192)
Tetapi jika mereka berhenti, maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. - Surah Anfal (8:61)
Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. - Surah At-Tawbah (9:6)
Dan jika seorang diantara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian antarkanlah ia ketempat yang aman baginya.
Menjawab Tuduhan Orang Bodoh Yang Hipokrit
*Tulisan ini dibuat sebagai respon terhadap hinaan seorang yang bebal, yang saya malas nak layan. Dia dengan angkuhnya mengabaikan hujah yang saya sudah bentangkan lebih awal. Hujah yang sebenarnya telah pun auto tolak fitnahnya itu. Inilah bukti betapa bodoh dan “buta huruf” dirinya, yang langsung tidak mahu mencari kebenaran setelah dibentangkan bukti yang kukuh.*
“Kalau ada sesiapa yang tidak bersetuju dengan apa-apa pun, tolong nyatakan secara beradab. Itu saja yang saya minta.”
Aqlami Islam
KRISTIANITI & al-KITAB
Keganasan agama bukanlah monopoli mana-mana satu agama. Mereka yang menuduh umat Islam sebagai pengganas sambil menutup mata terhadap kekejaman selama berabad-abad yang dilakukan atas nama agama lain ibarat menghunus pedang didalam gelap lalu akhirnya melukakan dirinya sendiri. Mereka terlalu terdesak untuk menang hujah dan mengabaikan hujah saya di atas bahawa ajaran Islam meletakkan nilai tinggi pada nyawa manusia dan mengenakan batasan yang ketat terhadap tentera Muslim.
Kalau kekejaman itu sebuah agama, sejarah bagaimana agama Kristian tersebar pasti menjadi juara. Inkuisisi Sepanyol (Spanish Inquisition) berdiri sebagai salah satu lambang berdarah penyebaran agama Kristian dimana ia adalah satu sistem penyiasatan yang dicipta untuk mengawal akidah, memaksa kepercayaan melalui penyeksaan, pengakuan paksa, serta hukuman bunuh. Ini bukanlah “kemalangan sejarah” dalam Kristianiti, tetapi dasar penindasan secara sistematik. Beginilah caranya untuk sesebuah agama menjadi juara dalam penyebarannya dimana ia dilakukan bukan melalui kebenaran, tetapi melalui keganasan. [14]


Mereka mungkin berkata ia kerana orang-orang itu “menolak kebenaran,” “ingkar perintah Tuhan,” atau “perlu disucikan daripada dosa.” Tetapi sebagai seorang bukan Kristian, saya melihatnya bukan sebagai keadilan Tuhan, sebaliknya keganasan barbaric semata-mata.
Tiada konteks atau tafsiran apa pun yang boleh membenarkan kekejaman luar biasa ini yang dilakukan atas nama Kristus di bawah pemerintahan paus yang gila.



Itu baru satu contoh alat penyeksaan semasa Inkuisisi. Ada banyak lagi sebenarnya.
Contoh keganasan lain semasa penyebaran agama Kristian ialah apa yang dipanggil Perang Salib Albigensian (1209–1229) di selatan Perancis: dilancarkan oleh pihak kepausan (Gereja Katolik) di bawah Paus Innocent III terhadap golongan Cathar (juga dipanggil “Albigensians”) yang dianggap sesat. Tujuannya bukan sekadar untuk mengubah kepercayaan mereka, tetapi juga untuk menghapuskan mereka. Satu anekdot terkenal dari pengepungan Béziers mencatat seorang utusan paus berkata: “Bunuh mereka semua. Tuhan akan mengenali hamba-Nya sendiri.” Walaupun angka diperdebatkan, ada catatan yang menyebut puluhan ribu terbunuh. [15]

Tindakan kejam yang dilakukan oleh mereka ini adalah di atas dorongan daripada ayat-ayat Al-Kitab sendiri. Sebagai contoh, dalam 1 Samuel 15:3, Tuhan memerintahkan Saul untuk “binasakanlah segala yang dimiliki orang Amalek.
Jangan biarkan seorang pun hidup, bunuh lelaki dan perempuan, anak kecil dan bayi.”
Dalam Hosea 13:16, hukuman Ilahi digambarkan dengan begitu ngeri sekali:
“Anak-anak mereka akan dihentak hingga hancur, dan wanita hamil mereka akan dibelah perutnya.”
Nampaknya inilah yang berlaku di Gaza hari ini, di mana ayat-ayat itu diambil secara literal pada satu tahap yang lebih tinggi.

Ayat-ayat pemusnahan total, dendam, dan dehumanisasi bukan sahaja membentuk peperangan bangsa Israel dahulu kala, tetapi juga tafsiran kemudian yang menghalalkan penaklukan Eropah dan kolonialisme. Ironinya, adegan yang terkait dengan ayat-ayat itu iaitu wanita hamil dibunuh, kanak-kanak tertimbus di bawah runtuhan sebenarnya sedang berlaku di depan mata kita di Gaza, walaupun jarang ada yang berani membuat perbandingan. Malahan, jika dicabar pendirian mereka dengan mengatakan kitab mereka mengajar kekejaman, dengan selamba mereka menjawab. “itu zaman dulu, sekarang dah tak buat”, sedangkan bukti di depan mata menyatakan sebaliknya.
Sekarang kita akan bincang tentang agama lain.
PAGANS
Ada golongan penyembah berhala. Golongan inilah yang pertama sekali ditemui oleh Rasulullah ketika baginda memulakan dakwahnya. Selama hampir 15 tahun, baginda dan para pengikutnya diseksa dan dibunuh oleh kaum Quraisy.
Ada penganut agama Hindu yang mengaku bahawa agama orang Quraisy adalah sama dengan mereka. Malahan ada yang mengaku kiblat dan air zamzam adalah milik mereka. Sekarang mari kita bincangkan tentang agama ini. Jika kita bertanya kepada mereka, mereka akan berkata bahawa Hindu adalah agama kedamaian dan kemanusiaan, dan mereka tidak pernah memaksa sesiapa untuk memeluk agama mereka. Tapi benarkah begitu?


Jadi kepada Hindu diluar sana, cermin dahulu sebelum berkata-kata.
atheism
Golongan ateis dengan beraninya sering mendakwa bahawa agama merupakan punca utama kepada segala masalah di dunia. Mereka merujuk kepada sejarah panjang peperangan yang kononnya berlaku atas nama Tuhan untuk membuktikan agama siapa paling benar. Namun, tuduhan sebegini lazimnya datang daripada mereka yang tidak pernah benar-benar membaca, memahami, atau mencari kebenaran di sebalik konflik tersebut, mahupun mahupun menilai realiti ideologi mereka sendiri.
Benar, sejarah mencatatkan bahawa peperangan berasaskan agama seperti Perang Salib atau Thirty Years’ War telah meninggalkan kesan kehancuran yang besar. Namun, kekejaman paling dahsyat dalam abad ke-20 — seperti pembersihan Stalin, Great Leap Forward oleh Mao Zedong, dan pembunuhan beramai-ramai Pol Pot di Kemboja — dilakukan oleh rejim yang secara terang-terangan menolak kewujudan Tuhan, dan mengorbankan puluhan juta nyawa manusia.
Menyalahkan agama sebagai satu-satunya sumber keganasan adalah tidak tepat dari sudut sejarah. Hakikatnya, sama ada kepercayaan pada tuhan mahupun tidak seperti komunisme, kedua-duanya boleh dijadikan alat kekuasaan apabila digandingkan dengan pemerintahan yang bersifat kuku besi. Sejarawan Tim O’Neill turut menegaskan bahawa dakwaan klise kononnya “lebih ramai mati akibat perang agama berbanding sebab lain” sebenarnya tidak kukuh apabila diteliti, kerana kebanyakan peperangan berpunca daripada faktor politik, perebutan kuasa, dan sumber, bukannya soal teologi.
Kesimpulan
Cukup untuk mengatakan bahawa Surah At-Taubah ini bersifat kontekstual. Jika anda memiliki akal yang sihat dan mampu berfikir serta menggunakan logik, anda seharusnya bertanya kepada diri sendiri mengapa agama ini terus berkembang meskipun terdapat tuduhan keganasan, pembunuhan, dan jenayah yang kononnya dilakukan atas nama Islam.
Tidak masuk akal, bukan? Adakah semua orang itu buta? Jawapannya TIDAK!
Mereka adalah antara manusia paling bijak kerana mereka menggunakan akal dan logik mereka, mencari jawapan dan kebenaran. Kebenaran yang saya maksudkan bukan sekadar kata-kata kosong, seperti apabila missionary Kristian berkata, “Firman TUHAN adalah kebenaran,” tanpa mempersembahkan sebarang bukti. TIDAK! Ia jauh lebih daripada itu. Kami ada bukti.
Berikut adalah surat cinta dari TUHAN kepada orang Kristian:
Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik (penyembah berhala). Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata, “Sesungguhnya kami ini orang Nasrani (Kristian)”. Yang demikian itu disebabkan karena di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) karena sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri.
Surah Al-Ma’idah 5:82

Teologi Pembelaan Isu Mukjizat
Artikel Berkaitan:
Citations
- UNESCO. (n.d.). Did you know? The spread of Islam in Southeast Asia through trade routes. Retrieved January 1, 2025, from https://en.unesco.org/silkroad/content/did-you-know-spread-islam-southeast-asia-through-trade-routes
- Wikipedia contributors. (n.d.). Islam in Southeast Asia. Wikipedia. Retrieved January 1, 2025, from https://en.wikipedia.org/wiki/Islam_in_Southeast_Asia#:~:text=The%20spread%20of%20Islam%20generally,Dewa%20Shah%20into%20a%20Muslim
- Raben, R. (2012). On genocide and mass violence in colonial Indonesia. Journal of Genocide Research, 14(3-4), 485–502. Retrieved January 1, 2025, from https://www.academia.edu/2003934/_On_genocide_and_mass_violence_in_colonial_Indonesia_Journal_of_Genocide_Research_14_3_4_2012_485_502?utm_source=chatgpt.com
- Wikipedia contributors. (n.d.). Jizya. Wikipedia. Retrieved January 1, 2025, from https://en.wikipedia.org/wiki/Jizya
- Alawiye, H. O. (2023). Concept of Jizyah under Islamic Law and The Historical Factors Contributing to its Decline. Journal of Islamic Studies. Retrieved from https://journalshariah.my/index.php/jis/article/view/26/38
- Nafis Irkhami. (2019). Zakat, Kharāj, ’Ushr, and Jizya as the Instruments of Islamic Public Finance: A Contemporary Study. SHARE: Jurnal Ekonomi dan Keuangan Islam, Vol. 8, No. 1, pp. 90-113. DOI: 10.22373/share.v8i1.3804.
- SeekersGuidance. (n.d.). What were the criteria for paying jizya? IslamQA. Retrieved from https://islamqa.org/shafii/seekersguidance-shafii/241482/
- Elias, A. A. (2014, April 20). Umar ibn al-Khattab forbade killing women, children, and civilians in war. Daily Hadith Online. Retrieved January 1, 2025, from https://www.abuaminaelias.com/dailyhadithonline/2014/04/20/umar-no-killing-civilians/
- Darussalam. Sunan Ibn Majah 2682 – The prohibition of killing women and children in war. The Book of Jihad. Sunnah.com. Retrieved January 1, 2025, from https://sunnah.com/urn/509710
- Darussalam. (n.d.). Sahih al-Bukhari 1360 – Funerals (Al-Janaa’iz) Abu Talib’s Deathbed. Sunnah.com. Retrieved January 1, 2025, from https://sunnah.com/bukhari%3A1360
- Federal Territories Mufti Office. (n.d.). Al-Kafi #992: Abu Lahab and the story of his death. MuftiWP. Retrieved January 1, 2025, from https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2934-al-kafi-992-abu-lahab-and-the-story-of-his-death
- A comprehensive commentary on the Quran – by Reverend E. M. Wherry, volume 2 page 274
- Darussalam. (n.d.). Sahih Muslim 1479e – The Book of Divorce (Kitab Al-Talaq). Sunnah.com. Retrieved January 1, 2025, from https://sunnah.com/muslim%3A1479e
14. Ryan, E. A. (2025, September 6). Spanish Inquisition. In Encyclopaedia Britannica. Retrieved from https://www.britannica.com/topic/Spanish-Inquisition
15. Cline, A. (2017, August 28). Christianity and violence: The Crusades. Conversations on Vietnam Development. Retrieved from https://cvdvn.net/2017/08/28/christianity-and-violence-the-crusades/







Leave a comment