
Pengenalan
Mesti kaki kutuk akan cakap, “Kemonlah, ini cuma kebetulan!”, “Bro, tak sama langsung.” Tapi sekurang-kurangnya ini adalah perbandingan yang paling hampir jika dibandingkan dengan tangkai-tangkai yang lain.

Fikirkanlah, bro. Bayangkan kalau anda hidup pada zaman itu (zaman Nabi), di tengah-tengah padang pasir. Bila anda pandang ke atas, apa yang anda nampak cuma bulan di tempatnya. Tanpa NASA, atau kamera untuk tangkap gambar dari satu sudut, atau sebarang teknologi canggih, dikelilingi oleh masyarakat yang kebanyakannya buta huruf, anda tak kan tahu bahawa bulan sebenarnya bergerak dalam bentuk; seperti tangkai kurma.
Dalam Al-Quran, bulan digambarkan dengan imej yang jelas dan mendalam, yang boleh relate dengan pendengarnya, penduduk padang pasir yang hanya kenal kurma (dan buah padang pasir lain).
Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.
Ya-Sin 36:39


Gambaran Puitis dan Saintifik Fasa Bulan dalam Al-Quran
Tangkai Kurma di Langit
Ayat ini menyampaikan gambaran puitis yang sekaligus tepat secara saintifik tentang fasa-fasa bulan. Perbandingannya dengan tangkai kurma yang kering dan melengkung memberikan pandangan mendalam bukan sahaja tentang alam semesta tetapi juga kemampuan Al-Quran untuk berhubung dengan pendengarnya melalui metafora yang akrab dan mudah difahami.
Tangkai Kurma Angkasa
Bulan mengalami fasa-fasa yang jelas ketika mengorbit Bumi, bermula dari sabit hingga menjadi purnama dan kembali ke sabit. Menjelang akhir kitarannya, bulan kelihatan seperti sabit tipis yang menyerupai tangkai kurma tua yang melengkung. Gambaran ini pasti dikenali serta-merta oleh masyarakat Arab abad ke-7, yang kehidupan sehariannya berkait rapat dengan pohon kurma, walaupun tiada NASA untuk memberikan gambarannya.
Metafora ini bukan sahaja menjadi alat visual, tetapi juga menggambarkan kitaran dan pembaharuan, seiring perjalanan bulanan bulan. Pemilihan Al-Quran untuk menyamakan fasa akhir bulan dengan sesuatu yang begitu spesifik adalah mengagumkan. Allah tidak tersilap dengan menggunakan tangkai buah lain untuk dijadikan pembandingan membuktikan kekuasaan-Nya dan bertapa luasnya ilmu pengetahuan-Nya.
Simbolisme Tangkai Kurma
Di sebalik ketepatan saintifiknya, perbandingan dengan tangkai kurma ini membawa makna simbolik. Tangkai kurma kering adalah sisa dari pohon yang pernah subur dan berbuah, melambangkan kemerosotan dan pembaharuan. Begitu juga, sabit bulan yang semakin hilang menandakan akhir kitaran, tetapi hanya untuk bermula semula dengan bulan lunar berikutnya.
Pengajaran untuk Kemanusiaan
- Pemerhatian terhadap Alam
Ayat ini mengajak manusia untuk merenung keajaiban alam semesta dan reka bentuknya yang teratur. Fasa-fasa bulan, walaupun nampak sederhana, adalah bukti ketelitian dan susunan alam semesta. - Masa dan Pembaharuan
Seperti bulan yang melengkapkan kitarannya, kehidupan juga dipenuhi dengan fasa dan peralihan. Al-Quran menggalakkan manusia untuk merenungi perubahan ini, menanamkan rasa rendah diri dan penghargaan terhadap kebijaksanaan Allah. - Hubungan Budaya dan Spiritual
Dengan menggunakan metafora yang begitu dekat dengan kehidupan masyarakat Arab, Al-Quran merapatkan jurang antara dunia fizikal dan spiritual, menyampaikan pengajaran yang kekal relevan sehingga hari ini.
Kesimpulan
Perbandingan fasa bulan dengan tangkai kurma kering dalam Al-Quran sememangnya menakjubkan. Walaupun perumpamaan ini mungkin tidak sepenuhnya menyerupai bentuk bulan seperti yang kita lihat hari ini, tiada siapa yang mampu memberikan perbandingan yang lebih baik.
Penduduk padang pasir mungkin menyedari pergerakan bulan, tetapi untuk mengenal pasti bagaimana fasa-fasanya menyerupai tangkai kurma adalah sesuatu yang benar-benar luar biasa. Kaki kutuk, skeptik, penyembah berhala, dan lain-lain hanya mampu mengejek atau menolaknya, namun untuk mereka mengemukakan sesuatu yang setanding adalah mustahil.
“Dan jika kamu berada dalam keraguan tentang apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka datangkanlah satu surah yang seumpamanya dan panggillah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.”
Surah Al-Baqarah (2:23)
Teologi Pembelaan Isu Mukjizat
| Linguistik | Astronomi | Biologi | Entomologi | Oceanografi | Geologi | Fizik |







Leave a comment