Melayu | English
Batu, Simbol, dan Salah Tanggapan

Pengkritik terutama sekali segelintir penganut agama Hindu sering menyamakan Ka’abah dengan objek batu sembahan lain dan mengagap umat Islam menyembah Ka’bah sebagai tuhan atau dewa. Kesilapan menyamakan kedua-dua objek ini hanya kerana rupa yang hampir sama (walaupun sebenarnya tidak) adalah satu kesalahan yang dipanggil sebagai “oversimplify” dan ia adalah sangat tidak bijak. Hujah “nampak-sama” ini sangat dangkal.
Walaupun Kaabah dan Shivling sama-sama berasaskan batu, peranan, makna, dan cara layanan terhadapnya dalam agama masing-masing sangat berbeza. Dalam Islam, batu hanya berfungsi sebagai elemen fizikal, bukan objek sembahan. Sebaliknya, dalam Hinduisme, Shivling dianggap sebagai objek suci yang disembah, sama ada sebagai dewa itu sendiri atau lebih tepat adalah sebagai perantara yang mewakili tuhan menurut kepercayaan mereka. Kebanyakan mazhab Hindu menganggap sembahan mereka adalah ikon terutama sekali aliran Advaita Vedanta.[9] Mereka juga percaya bahawa menyembah objek tersebut dan berdoa kepadanya boleh menunaikan permintaan mereka.

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan perbezaan antara kedua-duanya dan membuktikan bahawa dakwaan bahawa Ka’abah adalah Shiva Lingam adalah tidak berasas.
Asal-usul
Ka’bah

Kaʿbah dianggap dalam Islam sebagai Rumah ibadah pertama yang didirikan untuk umat manusia. Allah berfirman dalam al-Qur’an:
Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.
Surah Ali’ imran 3:96
Daripada ayat ini, jelas bahawa Ka’abah dibina sebagai sebuah rumah ibadah, bukan sebagai ikon atau lambang ketuhanan. Tradisi Islam menyatakan bahawa Kaabah pada asalnya didirikan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail atas perintah Allah, di tengah-tengah tanah yang tandus yang telah dijadikan-Nya sebagai tempat suci untuk beribadah.
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;
Surah Al‑Baqarah 2:127
Sebuah hadis yang diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari menggemakan kisah ini dalam satu riwayat yang panjang:
….Nabi ﷺ menambah lagi, “Kemudian wanita itu minum (air) dan menyusukan anaknya. Malaikat berkata kepadanya, ‘Jangan takut akan diabaikan, kerana ini adalah Rumah Allah yang akan dibina oleh anak ini bersama bapanya, dan Allah tidak pernah mengabaikan hamba-Nya.’ Rumah itu (yakni Kaabah) ketika itu berada di tempat tinggi menyerupai sebuah bukit kecil, dan apabila banjir melanda, air mengalir di sebelah kanan dan kirinya.”.….
Maka, asal-usul Kaabah sama sekali tidak berkaitan dengan zat Tuhan, ANGGOTA TUBUH TUHAN, atau sebarang bentuk perantara, tidak seperti Shivling.
Shivling

Lingam (Sanskrit: लिङ्ग, IAST: liṅga, bermaksud “tanda, simbol atau petunjuk”), kadangkala dirujuk sebagai linga atau Shiva linga—dan inilah asal-usul nama Shivling. Ia merupakan representasi abstrak atau tanpa bentuk (aniconic) bagi dewa Hindu Shiva dalam tradisi Shaivisme.
Itulah maklumat umum yang kita temui tentang objek ini apabila mencari di internet melalui laman popular seperti Wikipedia, Britannica dan laman-laman lain yang didedikasikan untuk menyampaikan ajaran Hinduisme. Namun menurut kitab suci mereka sendiri, apakah sebenarnya yang dilambangkan oleh lingam ini? Untuk mendapatkan jawapannya, kita perlu merujuk kepada teks suci mereka sendiri. Kita akan rujuk kepada Shiva Purana.
Pautan kepada Shiva Purana yang saya lampirkan di atas merujuk kepada Seksyen 4, Bab 12, yang secara jelas menceritakan “The reason for Śiva’s assuming the phallic form (liṅga)” Edisi Śiva Purāṇa yang dirujuk di sini ialah terjemahan bahasa Inggeris yang disunting oleh J. L. Shastri, diterbitkan dalam siri Ancient Indian Tradition and Mythology oleh Motilal Banarsidass.

Dalam laman ini, teks Sanskrit turut disertakan.

Dan jika kita lihat dalam Google Translate, ia memaparkan “linga” bagi perkataan yang sepadan dengan terjemahan dalam bahasa Inggeris.

Jika kita selidik lebih lanjut, definisi sebenar bagi perkataan “linga” ini sememangnya bermaksud zakar atau alat kelamin lelaki.

Di laman web, jika kita gunakan fungsi carian, kita dapat lihat definisi ini tersebar luas dalam bidang ilmu Hinduisme seperti Ayurveda, Kama-shastra, Yoga dan banyak lagi.

Kamus-kamus Sanskrit ini juga menterjemahkan “linga” sebagai zakar atau alat kelamin lelaki, di samping makna lain seperti “tanda” atau “simbol.”


Dengan itu, memandangkan Shivling secara literal bermaksud “Shiva Lingam,” ia sebenarnya merujuk kepada zakar (alat kelamin lelaki) Dewa Shiva.
Pada tahap ini, perbezaan yang jelas dapat dilihat. Ka‘bah asalnya dibina sebagai sebuah rumah ibadah yang didirikan berfungsi sebagai kiblat iaitu arah penyatuan solat bagi umat Islam. Sebaliknya, walaupun istilah linga dalam Sanskrit sering ditafsirkan sebagai “tanda” atau “simbol,” dalam konteks tertentu ia merujuk kepada zakar, terutamanya apabila kita meneliti asal-usul etimologinya.
Struktur
Ka’bah

Bahagian dalam Ka‘bah adalah sangat ringkas. Luas ruang dalam Ka‘bah kira-kira 180 meter persegi. Struktur berbentuk kubus ini terletak di tengah-tengah Masjid al-Haram. Berbeza dengan bahagian luar yang dapat dilihat oleh orang ramai dan dihiasi dengan Kiswah hitam (kain sutera penutup), bahagian dalamnya jarang dilihat oleh majoriti umat Islam kerana hanya boleh diakses oleh segelintir individu pada waktu-waktu tertentu.
Walaupun reka bentuknya sederhana, ruang ini sangat dihormati, menampilkan dinding marmar putih, tiga tiang kayu yang menyokong bumbung dua lapis, tangga menuju ke bahagian atas, serta pelita gantung emas dan perak yang dihadiahkan oleh pelbagai pemerintah Islam terdahulu.


Tiada apa-apa di dalam Kaʿbah yang membawa sebarang representasi simbolik. Ini selari dengan gambaran struktur tersebut sebagai sebuah ‘rumah,’ seperti yang disebut dalam Surah Ali ‘Imran 3:96 di atas. Huraian lengkap mengenai reka bentuk dan ciri-cirinya boleh didapati di laman web Madain Project. Harus diingat, tiada imej atau objek yang boleh digambarkan sebagai Allah atau sebagai sesuatu yang bersifat ketuhanan.
Pintu Kaabah yang kita lihat dari luar sebenarnya mempunyai satu lagi pintu di bahagian kanan di dalamnya. Pintu dalaman itu dinamakan “Bab al-Tawbah” yang bermaksud “Pintu Taubat.” Pintu tersebut membuka kepada sebuah tangga tertutup yang membawa ke bahagian bumbung Ka‘bah.


Pintu menuju ke tangga tersebut sentiasa dikunci dan hanya dibuka pada waktu-waktu tertentu, seperti semasa upacara pembersihan Ka‘bah yang dilakukan dua kali setahun, serta majlis penukaran Kiswah yang berlangsung sekali setahun, semuanya di bawah pengawasan pihak berkuasa Arab Saudi.
Di salah satu penjuru Ka‘bah terdapat apa yang kita panggil sebagai Hajarul Aswad.

Hajar al-Aswad, yang secara literal bermaksud “Batu Hitam”, ialah sebuah relik suci yang terletak di penjuru timur Kaʿbah di Makkah. Menurut tradisi Islam, ia telah diturunkan dari syurga dan kemudian diletakkan ke dalam Kaʿbah oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail ketika mereka membina semula Rumah Suci tersebut.
Hari ini, Hajar al-Aswad disarung dalam bingkai perak dan diletakkan kira-kira 1.5 meter dari permukaan tanah, menjadi penanda permulaan dan penamat bagi tawaf (pusingan mengelilingi Kaʿbah) yang dilakukan semasa haji dan umrah.
Sesiapa yang melihat objek ini sebagai menyerupai alat kelamin wanita (vagina) jelas mempunyai fikiran yang kotor atau sekurang-kurangnya sedang berhalusinasi. Sebab lain adalah fenomena ini dikenali sebagai apophenia, iaitu kecenderungan psikologi untuk melihat pola atau hubungan bermakna antara perkara-perkara yang sebenarnya tidak berkaitan.[5]

Masalah apophenia ini bukan sahaja berlaku terhadap Ka‘bah atau Hajar al-Aswad, tetapi juga terhadap objek lain, malahan kepada sesuatu yang rawak seperti penghadang jalan sekalipun!

Dalam konteks Ka‘bah, bingkai perak pertama yang melingkari Hajarul Aswad dilaporkan telah ditambah semasa pemerintahan Abdullah bin Zubayr (sekitar tahun 684–692 Masihi) selepas Ka‘bah dibina semula.
Batu Hitam itu tidak mewakili Allah atau apa-apa yang bersifat ketuhanan. Ia dihormati sebagai relik sejarah, bukan sebagai objek sembahan. Sebarang dakwaan yang mengatakan batu tersebut adalah sebahagian daripada Allah boleh ditepis dengan mudah melalui disiplin Ilmu Hadis, yang meneliti secara teliti rangkaian perawi dan asal-usul setiap kenyataan yang diriwayatkan untuk menentukan mana satu yang sahih daripada Nabi ﷺ dan mana yang tidak.
Menyentuh atau mencium batu tersebut dianggap sebagai Sunnah, bukan kewajipan, dan ia melambangkan penghormatan serta kesinambungan dengan tradisi para Nabi.

Dalam hadis ini, Sayyidina Umar ibn al-Khattab (RA) telah membuat satu kenyataan yang mendalam sebelum mencium Hajar al-Aswad, dengan menegaskan bahawa batu tersebut tidak dapat memberi mudarat atau manfaat, sekali gus menekankan bahawa umat Islam tidak menyembahnya, sebaliknya hanya mengikuti sunnah Nabi ﷺ.

Mana-mana Muslim yang cuba mencium Hajar al-Aswad dengan cara menolak, menyiku, atau bertindak secara melampau, sambil mengutamakan perbuatan itu berbanding ibadah lain, mungkin sedang bertindak dengan cara yang tidak selari dengan ajaran Islam yang sebenar. Malah, beberapa mufti di dunia Islam—terutamanya di Malaysia—telah mengeluarkan fatwa bahawa jika perbuatan tersebut menyebabkan kecederaan, ia dianggap haram.[6] Hanya Allah yang mengetahui niat dan tujuan sebenar yang tersimpan dalam hati mereka.
Fakta menarik: Hajar al-Aswad pernah dicuri selama 23 tahun!
Pada bulan Januari tahun 930 Hijrah, golongan Qaramitah yang dipimpin oleh pemerintah mereka, Abu Tahir al-Qarmati, telah merampas Hajar al-Aswad dan membawanya ke kubu kuat mereka di Hajar, iaitu kawasan yang kini dikenali sebagai Bahrain. Abu Tahir al-Qarmati merupakan seorang tokoh utama dalam negara Qaramitah yang pernah menguasai wilayah bersejarah Bahrain.[3][4]
Ada legenda yang mengatakan Hajar al-Aswad pernah “ditawan” di dalam tandas! Tapi apa pun, kalau itu benar sekalipun, hakikat bahawa umat Islam tidak panik atau menjadikan kehilangan itu sebagai krisis akidah membuktikan satu perkara penting: dalam Islam, batu tetap batu—ia bukan Tuhan, bukan objek sembahan, dan tidak memiliki kuasa ketuhanan.
Shivling

Walaupun definisi sebenar dalam kamus menyatakan bahawa lingam merujuk kepada alat kelamin lelaki (phallus), ramai ahli teologi Hindu menekankan makna kosmik dan metafiziknya seperti tiang cahaya, penyatuan tenaga, dan sifat ketuhanan yang tidak terbatas. Kedua-dua tafsiran ini wujud dalam wacana akademik dan keagamaan.
Tafsiran tersebut telah menjadikan struktur yang ringkas ini kelihatan sarat dengan makna metafizik, walaupun secara fizikalnya ia sangat sederhana. Tapi begitulah, bila sesuatu perkara itu dimasukkan ke dalam wilayah falsafah dan fiksyen, ia boleh ditafsirkan sebagai hampir apa sahaja.
Apa yang menarik tentang agama Hindu ialah bagaimana ia berevolusi. Hari ini, mereka berbicara tentang hubungan antara kosmos dan alam semesta dengan objek sembahan mereka. Tapi mari kita undur ke belakang, khususnya ke abad ke-2 atau ke-1 di Gudimallam, di mana bentuk awal lingam yang ditemui di sana jelas menyerupai bentuk anatomi lelaki, lengkap dengan ukiran tubuh manusia.

lingam atau linga
Di sini terdapat sebuah kuil yang menampilkan struktur linga yang agak luar biasa. Ini mungkin merupakan linga kedua tertua yang diketahui berkaitan dengan dewa Shiva yang pernah ditemui setakat ini.[6]

Menurut Harle, ini merupakan “satu-satunya arca yang benar-benar penting” yang masih wujud dari zaman purba India Selatan sebelum kemunculan seni arca di bawah dinasti Pallava pada abad ke-7 Masihi.[6] Figur yang terpahat pada lingam ini secara meluas dikenal pasti sebagai Dewa Shiva dalam bentuk awal. Ia merupakan figura lelaki berdiri penuh yang tingginya kira-kira separuh daripada ketinggian linga itu sendiri.[7]Bahagian glans penis (kepala zakar) jelas dibezakan daripada batangnya dengan bentuk yang lebih lebar, serta terdapat alur dalam yang condong kira-kira satu kaki dari bahagian atas linga. Linga ini mula mendapat perhatian akademik, menurut catatannya sendiri, selepas sikaji oleh ahli arkeologi T. A. Gopinatha Rao (ketika itu berkhidmat untuk negeri beraja tempatan, dan kemudian bersama ASI), “beberapa tahun” sebelum beliau menerbitkannya pada tahun 1911.

Yoni
Apabila kita melihat hujah mereka untuk mengaitkan objek sembahan mereka dengan Islam, mereka menggunakan pendekatan “nampak serupa”. Jika sesuatu kelihatan mirip dengan apa yang mereka bayangkan, mereka terus mendakwa ia adalah perkara yang sama. Itulah sebabnya mereka akhirnya menyembah penghadang jalan!

Sekarang, jika kita guna kaedah mereka yang sama, struktur ini kelihatan seperti logo alat kelamin wanita dengan sebatang tiang di bahagian ari-ari. Tapi… adakah itu benar-benar maksudnya? Jom kita selidik.
Sebelum itu, mari kita zum masuk sedikit untuk lihat dari sudut pandang yang berbeza.

Perkataan yoni bermaksud “pemegang,” “faraj,” “sumber,” atau “rahim.” Menurut ajaran Tantra Yoga, yoni dianggap sebagai asal kehidupan, iaitu punca kepada alam semesta. Ia dikaitkan dengan prakriti, iaitu zat asas universal.
Dalam agama Hindu, yoni merupakan simbol Shakti, iaitu kuasa penciptaan yang menggerakkan alam semesta. Simbol grafik bagi yoni biasanya digambarkan sebagai segitiga terbalik, di mana tiga sisinya mewakili gunas, iaitu tiga sifat asas alam semula jadi: sattva (kesucian), rajas (aktiviti), dan tamas (kegelapan/inertia).[8]

Setelah semua ini dibentangkan, hakikat sebenar mengenai Shivling atau Shiva Lingam ialah bahawa lingam mewakili zakar Dewa Shiva, manakala yoni mewakili faraj yang muncul untuk menenangkan zakar Shiva yang “jatuh”, menurut petikan dalam Shiva Purana yang disebut sebelum ini.
Yoni itu sendiri digambarkan sebagai manifestasi tenaga feminin, yang berasal daripada roh isteri Shiva yang telah mati, iaitu Sati (Shakti). Tafsiran ini mencerminkan gabungan unsur maskulin dan feminin dalam kosmologi Hindu, namun ia juga menunjukkan bagaimana simbolisme seksual diangkat menjadi lambang metafizik dalam tradisi tersebut.
Jadi, apabila membincangkan perbezaan struktur antara kedua-duanya, Ka‘bah ialah sebuah rumah ibadah dengan reka bentuk kubus yang ringkas, manakala Shiva Lingam pula mewakili sesuatu yang jauh lebih kompleks iaitu gabungan naratif mitologi tentang anggota tubuh Shiva yang terputus, serta penyatuan tenaga maskulin dan feminin yang dipercayai sebagai pencetus kepada penciptaan alam semesta.
Rumah VS Simbol Tenaga Kosmik
Layanan
Ka’ba
Oleh kerana Ka‘bah hanyalah sebuah struktur batu dan tidak mewakili Allah atau apa-apa yang bersifat ketuhanan, ia tidak pernah dipuja secara berlebihan atau secara istimewa seperti mana penganut Hindu memuliakan Shiva Lingam. Dalam Islam, penghormatan terhadap Ka‘bah adalah kerana ia merupakan arah kiblat dan tempat ibadah, bukan kerana ia memiliki sebarang kuasa atau sifat ketuhanan.


Ini menegaskan bahawa Ka‘bah bukan objek sembahan, tetapi hanya arah kiblat yang menjadi pusat ibadah.

Perkara macam ni mustahil berlaku dengan Shivling, sebab dalam tradisi Hindu, Shivling dianggap sebagai manifestasi ketuhanan, bukan sekadar simbol. Tapi dalam Islam, Ka‘bah hanyalah struktur batu yang jadi arah kiblat, bukan objek sembahan. Kami hormat fungsinya, bukan mistik di sebaliknya.


Shivling / Shiva Lingam
Menurut ajaran Hindu, bergantung kepada mazhab atau aliran pemikiran yang diikuti, Shivling dihormati sebagai representasi Dewa Shiva. Maka, inilah yang berlaku:


Sementara itu;

Melihat kepada cara layanan dan perbezaan dalam memperlakukan batu, jelas sekali bahawa dalam Islam, batu tetap batu, ia tidak mewakili Tuhan atau memiliki kuasa ketuhanan. Sebaliknya, dalam Hinduism, mana-mana batu boleh dianggap sebagai wakil atau manifestasi Tuhan, bergantung kepada mazhab anutannya.
Kesimpulan
Ka‘bah dan Shivling berada di dalam dua dunia yang berbeza—dari segi sejarah, teologi, dan etimologi. Ka‘bah ialah rumah ibadah yang dibina semula oleh Nabi Ibrahim (AS) dan anaknya Ismail (AS), berfungsi sebagai arah penyatuan umat Islam, bukan sebagai objek sembahan. Sebaliknya, Shivling merupakan representasi Dewa Shiva itu sendiri, yang disembah sebagai penjelmaan ketuhanan.
Cara layanan terhadap kedua-duanya pun sangat berbeza:
- Umat Islam tidak memberi makan, tidak menghias, dan tidak berdoa kepada Ka‘bah. Ia hanyalah struktur simbolik untuk perpaduan, bukan lambang ketuhanan.
- Sebaliknya, Shivling dimandikan secara ritual, diberikan makanan, dan dihias sebagai sebahagian daripada ibadah langsung.
- Umat Islam boleh berdiri di atas Ka’abah sedangkan dalam kes Shivling, seseorang itu boleh diancam bunuh.
Cuba menyamakan kedua-duanya melalui pendekatan “nampak serupa” atau apophenia bukan sahaja dangkal dan tidak bijak, malah malas secara intelektual. Persamaan rupa tidak bermakna ada kaitan, apatah lagi bila setiap satu membawa asal-usul, fungsi, dan teologi yang sangat berbeza.
Kalau logik cacat ini digunakan secara konsisten, maka orang lain juga boleh mendakwa bahawa trisula Shiva (Trishula) ditiru daripada trisula Poseidon dalam budaya Hellenistik, atau bulan sabit yang dikaitkan dengan Shiva diambil daripada simbol Mesopotamia dan Greco-Rom. Semuanya wujud lebih awal daripada ikonografi Hindu klasik.
Pendek kata:
Ka‘bah bukan Shivling, dan tauhid Islam kekal murni, tidak terjejas oleh persamaan luaran yang cetek. Untuk memahami kebenaran, seseorang perlu mengkaji sejarah, bahasa, dan teologi. Bukan sekadar bergantung pada apa yang “nampak serupa”.

| Linguistics | Astronomy | Biology | Entomology | Genetics | Oceanography | Geology | Physics |
References:
- Sunnah.com. (n.d.). Şahīh al-Bukhārī 3364 – Book of Prophets (Kitāb al-Anbiyā’). Retrieved October 25, 2025, from https://sunnah.com/bukhari:3364
- Encyclopædia Britannica. (n.d.). Lingam. In Wikipedia. Retrieved October 25, 2025, from Here’s how you can cite that source in APA 7th edition style, bro:
- About Islam. (2024, May 2). How was the Black Stone stolen from Makkah? Retrieved from https://aboutislam.net/reading-islam/understanding-islam/black-stone-stolen-makkah/
- Islamic Landmarks. (n.d.). Hajr al-Aswad (the Black Stone) – Makkah Haram Sharief. Retrieved from https://www.islamiclandmarks.com/makkah-haram-sharief/hajar-al-aswad
- Rogers, K. (n.d.). Apophenia — Description, forms, gambler’s fallacy, & intervention. In Encyclopædia Britannica. Retrieved October 27, 2025, from https://www.britannica.com/topic/apophenia
- Wikipedia. (n.d.). Gudimallam Lingam. In Wikipedia. Retrieved October 27, 2025, from https://en.wikipedia.org/wiki/Gudimallam_Lingam
- Indian Templess. (2025, June 27). Gudimallam temple: Home to the world’s oldest Shiva Linga. IndianTempless.in. https://indiantempless.in/2025/06/27/gudimallam-temple-home-to-the-worlds-oldest-shiva-linga/
- Hridaya Yoga. (n.d.). Yoni — Sacred Source. Retrieved from https://hridaya-yoga.com/yoni-sacred-source/
- Vedas AI. (n.d.). Is idol worship mandatory in Hinduism? Vedas AI Blog. Retrieved October 28, 2025, from https://www.vedasai.com/blog/is-idol-worship-mandatory-in-hinduism






