
Tentang Infiniti Islam
Inspirasi utama lahirnya Infiniti Islam adalah untuk cuba untuk menjawab segala fitnah yang dilemparkan ke atas Islam dengan kajian dan penjelasan yang kritikal. Terasa bosan dan jelak dengan segala tohmahan yang dilemparkan oleh media barat, kami bertekad untuk menyampaikan risalah yang benar tentang Islam kepada dunia. Ada juga rakyat negara ini dikalangan orang bukan Islam terpengaruh dengan tohmahan-tohmahan tersebut.
Ini dapat dirasai apabila penulis utama laman ini, Aqlami mula memberanikan diri untuk bercakap tentang Islam kepada para sahabatnya yang terdiri dari orang bukan Islam. Kami juga dapat melihat perkara yang sama apabila melihat komen-komen di laman sosial lain yang berpangkalan di Malaysia seperti TikTok, YouTube, Twitter, Facebook dan sebagainya.
Apa yang kelakarnya adalah, segalanya bermula apabila seorang pegawai atasan Aqlami yang merupakan seorang atheist mempersoalkan agama yang dianutinya.Aqlami yang pada mulanya mengalami kesukaran untuk memberikan hujah, perlahan-lahan mula dapat “counter” hujah pegawai atheistnya itu melalui kajian yang dilakukannya. Semakin lama, segalanya dirasakan semakin mudah dan perdebatan Aqlami dengan atheist tersebut sering berhujung dengan muka pegawainya itu menjadi merah kerana bengang.
Pendekatan yang kami gunakan adalah bersifat apologetik dan hujah balas dalam premis yang sama juga akan menjadi keutamaan kami. Disamping memberikan penjelasan dan membetulkan salah faham, matlamat kami juga adalah untuk membuka minda pembaca dengan kandungan yang mencetuskan pemikiran kritikal, yang menyoroti aspek rasional, moral dan juga spiritual.
Kemuncaknya, Infiniti Islam akan melakukan yang terbaik untuk membuktikan kehebatan dan juga kebenaran yang dibawa oleh Islam. Kami juga berminat di dalam mempelajari agama lain dan hasil kajian akan dikongsikan dengan harapan kita semua dapat sama-sama belajar untuk memahami antara satu sama lain di dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama, di samping mendedahkan perkara-perkara lain yang benar.
Editor: aqlami@infinitiislam.com

