KAJIAN AGAMA

Ini adalah sebab utama kami menubuhkan website ini dimana “theology” atau kajian agama adalah merupakan minat kami. Di halaman ini, kita akan membincangkan mengenai kajian perbandingan agama utama di dunia.
Semoga perbincangan yang dihantar melalui halaman ini memberi pencerahan dan membuka ruang untuk pemahaman yang lebih baik disamping cuba memahami perbezaan dan persamaan yang ada. Dengan cara ini kita akan dapat menegakkan kebenaran berdasarkan kajian yang dilakukan menggunakan sumber-sumber yang boleh dipercayai dan mempunyai kredibiliti yang tinggi.
Walaupun kajian yang dibuat adalah dari perspektif dan kaca mata Islam, namun sebolehnya kami akan menggunakan sumber yang boleh diterima oleh masyarakat yang menganut agama yang dikaji. Diharapkan, ini dapat membantu dalam usaha untuk saling mengenali antara satu sama lain. Tumpuan akan diberikan kepada “Abrahamic Religion” kerana kita mempunyai perkaitan yang amat kuat dengan kedua-dua agama samawi ini.
Disamping itu, matlamat utama kami adalah membela agama Islam dari fitnah-fitnah yang dilemparkan dan menjawab segala tuduhan demi menegakkan agama Allah ini.
Dalam kajian-kajian yang dilakukan juga, kita akan meneliti pelbagai aspek seperti asas kepercayaan agama, sejarah, berserta dengan fakta-fakta lain yang ada. Kami akan bongkar semuanya. Kami dapati, hasil kajian yang kami jalankan berkemungkinan akan menimbulkan rasa kurang senang pada penganut agama lain.
Selain itu juga, apa yang penting adalah kami cuba untuk mengikut sunnah Rasulullah yang menyampaikan dakwahnya kepada orang bukan Islam, supaya mereka mengenal Allah.

Teologi Pembelaan Isu Mukjizat
Pautan Ke Halaman Berkaitan:
ISLAM
Agama rasmi kami dan juga negara Malaysia. Di halaman ini kami akan kongsikan tentang doktrin yang diajarkan oleh Islam, sejarah dan juga pembelaan dalam menentang fitnah dan menjawab sebarang FAQ yang sering timbul.

Zoroastrianism (Majusi)

Judaism (Yahudi)

Kristian (Nasrani)

Hinduism

Buddhism

Sikhism
Kebenaran Islam Menerangi Seluruh Alam


