This website is bilingual

Beriman Kepada Malaikat

Posted:

Edited:

Author:

Melayu | English

Beriman kepada malaikat adalah rukun iman yang kedua. Ia merupakan asas keimanan yang menunjukkan pengakuan terhadap kewujudan makhluk ghaib yang diciptakan oleh Allah SWT dengan sifat-sifat yang istimewa.

Kewujudan malaikat bukanlah perkara yang asing di dalam tradisi agama samawi (langit) – Islam, Yahudi, Nasrani. Ianya ada juga disebutkan di dalam kitab-kitab mereka. Kita akan bincang lebih lanjut pada bacaan seterusnya. 

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan konsep keimanan kepada malaikat berdasarkan dalil daripada Al-Quran dan hadis.

Malaikat adalah makhluk ghaib yang diciptakan oleh Allah SWT daripada cahaya. Mereka tidak memiliki kehendak bebas ataupun “free will” seperti manusia, dan tugas mereka hanyalah melaksanakan perintah Allah tanpa sebarang keingkaran.

Dalam Surah At-Tahrim, Allah SWT berfirman:

Keimanan kepada malaikat merangkumi keyakinan terhadap kewujudan mereka, sifat-sifat mereka, tugas-tugas yang mereka laksanakan, dan nama-nama malaikat yang disebutkan dalam nas-nas syarak.

1. Dalil Al-Quran

Allah SWT menyebut tentang kewajipan beriman kepada malaikat dalam banyak ayat Al-Quran. Antaranya:

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa keimanan kepada malaikat adalah sebahagian daripada rukun iman yang tidak boleh diabaikan.

2. Dalil Hadis

Rasulullah SAW menegaskan kepentingan beriman kepada malaikat dalam hadis yang masyhur. Hadis ini disebutkan Rasulullah ketika Jibril datang kepada baginda dan bertanya beberapa perkara di hadapan para sahabat. Apabila ditanya tentang iman, Rasulullah menjawab:

“Iman ialah engkau beriman kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhirat, dan engkau beriman kepada takdir, yang baik mahupun yang buruk.”

Hadis Riwayat Muslim [1]

Hadis ini menerangkan enam rukun iman yang menjadi asas akidah seorang Muslim, termasuk beriman kepada malaikat.

Seperti yang disebutkan di atas, saya akan sebutkan malaikat-malaikat di dalam kitab agama samawi yang lain juga. Tetapi saya hanya akan sebutkan namanya sahaja tanpa membincangkan peranan mereka seperti yang disebutkan di dalam Alkitab. Penyebutan ini hanya sekadar memberikan perspektif bahawa Alkitab telah diwahyukan oleh Allah. Namun harus sentiasa diingat bahawa Alkitab yang ada pada hari ini adalah versi yang sudah jauh terpesong dari wahyu asalnya.

Antara malaikat-malaikat yang telah disebutkan di dalam Al-Quran dan hadis berserta dengan tugas-tugas adalah seperti berikut:

  1. Jibril | Gabriel, Gavri’el:
    – Menyampaikan wahyu kepada para nabi dan rasul.
  2. Mikail | Mikhael, Mikha’el:
    – Menguruskan rezeki dan rahmat Allah.
  3. Israfil | tidak jelas dalam Alkitab:
    – Meniup sangkakala pada hari kiamat.
  4. Izrail | tidak jelas dalam Alkitab:
    – Mencabut nyawa manusia.
  5. Raqib dan Atid | tiada konsep ini dalam Alkitab:
    – Mencatat amal baik dan buruk manusia.
  6. Munkar dan Nakir | tiada konsep ini dalam Alkitab:
    – Menyoal manusia di alam kubur.

Malaikat mempunyai sifat-sifat khas yang membezakan mereka daripada makhluk lain:

  1. Tidak mempunyai kebebasan membuat pilihan:

    – Akur pada segala perintah Allah tanpa sebarang keingkaran.
    – Namun masih boleh bertanya kepada Allah untuk kepastian. Contoh; Malaikat bertanya kepada Allah atas keputusan-Nya mencipta khalifah di muka Bumi (Surah Al-Baqarah 2:30)
  2. Tidak makan dan minum
    – Malaikat tidak mempunyai keperluan biologi seperti manusia.
  3. Tidak pernah letih
    – Mereka sentiasa beribadah kepada Allah SWT tanpa henti.
  4. Bentuk rupa yang indah
    – Malaikat memiliki rupa yang indah dan menawan, tetapi mereka juga boleh menjelma dalam bentuk manusia dengan izin Allah.
  1. Mengukuhkan Keimanan:
    Beriman kepada malaikat membantu seorang Muslim memahami kebesaran dan kekuasaan Allah SWT yang mengatur alam semesta melalui makhluk-Nya.
  2. Beriman bahawa Al-Quran yang diwahyukan sempurna sifatnya
    Malaikat adalah makhluk Allah yang mempunyai intergriti yang sangat tinggi. Jadi wahyu yang disampaikan kepada Rasulullah adalah yang benar.
  3. Motivasi untuk Beramal Soleh
    Kesedaran bahawa amal perbuatan dicatat oleh malaikat menjadi motivasi untuk sentiasa berbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran.
  4. Mendekatkan Diri kepada Allah
    Dengan memahami tugas malaikat yang sentiasa taat kepada Allah, seorang Muslim terdorong untuk mencontohi sifat ketaatan tersebut.

Dalam Islam, manusia memiliki potensi untuk mencapai darjat yang lebih tinggi daripada malaikat, tetapi ini bergantung kepada sejauh mana manusia melaksanakan tugas mereka sebagai hamba Allah SWT dengan keimanan, ketaqwaan, dan amal soleh. Hal ini kerana manusia diberikan kelebihan yang tidak diberikan kepada malaikat, termasuk akal, kehendak bebas (free will), dan kemampuan untuk memilih antara kebaikan dan keburukan.

Dalil dan Penjelasan

Selain dari firman Allah di atas, berikut adalah beberapa hujah yang menyokong pandangan bahawa darjat manusia boleh melebihi malaikat:

1. Manusia Diberi Kedudukan Istimewa dalam Penciptaan

Ketika Allah menciptakan Nabi Adam AS, Allah memerintahkan malaikat untuk sujud sebagai tanda penghormatan:

Perintah sujud ini menunjukkan bahawa manusia, dalam keadaan ketaatan kepada Allah, memiliki kelebihan yang mengungguli malaikat.

2. Kemampuan Memilih Kebaikan Mengangkat Darjat Manusia

Malaikat diciptakan tanpa kehendak bebas dan hanya mampu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah:

Sebaliknya, manusia diuji dengan kehendak bebas. Apabila manusia memilih ketaatan kepada Allah walaupun berhadapan dengan godaan dan kelemahan, mereka mencapai darjat yang lebih tinggi kerana mereka telah membuat pilihan yang sedar dan sukarela.

3. Manusia sebagai Makhluk yang Diuji

Allah SWT menjadikan dunia ini sebagai medan ujian untuk manusia:

Apabila manusia lulus ujian ini dengan amal soleh, mereka diberikan ganjaran yang sangat besar di akhirat, yang bahkan malaikat tidak miliki.

Beriman kepada malaikat adalah satu aspek penting dalam akidah Islam yang membentuk kefahaman seorang Muslim terhadap dunia ghaib. Ia memupuk ketaqwaan dan rasa tanggungjawab dalam setiap perbuatan. Semoga kita semua terus istiqamah dalam beriman kepada malaikat dan menghayati peranan mereka dalam kehidupan kita.

Wallahu a’lam bissawab.


Teologi Pembelaan Isu Mukjizat

Asas Kepercayaan | Rukun Iman | Rukun Islam | Al-Quran | Sejarah

  1. Sahih Al-Bukhari 50 – Belief – كتاب الإيمان – Sunnah.com – Sayings and teachings of Prophet Muhammad (صلى الله عليه و سلم). (n.d.). https://sunnah.com/bukhari%3A50

We understand that life’s challenges are a test of faith. Through reflections, Quranic miracles, and Islamic apologetics, we aim to help you deepen your understanding of Islam.